Sunday, April 29, 2012

Mim.Alif.Lam.Sa.

I've been asked to prepare a skeletal submission for a new case. not so new la- in fact, aku yg tlg k.ana amik notes of evidence tym defense case. But saat ni, aku sgt la mls. mcm tulang-tulang aku ni dah dijangkiti barah pemalas yang amat. dh stage pertengahan. mampu nk ubat tapi tu lah, biarkan sajooooo.. 

malas. sungguh. 

penyakit malas ni mmg membunuh. gile ko tak membunuh, masak aku kena gulai ngan k.ana esok. mesti kena kow2 punye. tp still- aku malas. so tak dapek la den nk nolong. 

Td cik Siti Syuhada which is me, Puan Nurul Farhana Yanti, dan bakal Puan- Cik Noordiana a.k.a angahku berserta adik angah yg cool iaitu Nadia telah berkumpul sekejap utk menghadiri majlis tunang Az. Sorang lagi kawan aku nk masuk alam lain. Yanti open, Angah bln 6 ni and Az hujung tahun ni.. turn aku? blm sampai lagi..


.good friends. bersama puan dan bakal-bakal puan. 


*sobs*sobs* nk kawen jugakkkk~~


selamat bertunang az.. moga jodoh kekal hingga ke syurga-Nya.. Amin~

nanti aku update gambar. Update dah pun~~ :P
blog tak de gambar ibarat makan roti bakar kosong takde kaya. tak best. tak manis and tak sweet. tak gitu?? memandangkan phone 2G saya tu tak mampu nk amik gambar cecanggih, so tunggu member upload then aku apply permission sbb copyright org lain punye. okay?


okay. nk solat isya'. nak pilih baju nk pakai esok. nak tdo. besok keje...?!

HuAAAAAA..BESOK KEJE.
1Mei tak blh ke esok. 

besok ada menu istimewa kedai mkn bwh office aku- Kari Daging Syuhada.  

Please pray for my safety. I badly need it. Please. 

Sunday, April 22, 2012

Surat Seorang Lelaki- Part 2

Dua tiga hari lepas I've posted an entry psl surat seorang lelaki kan? and i promised to reply dat letter kan?? Selepas difikir2, i think, i'll not replying to that letter as bakal isterinya, tapi sebagai seorang pengkritik sbb banyak bnda yg tak kena:-

  1. As a perempuan, perkara pertama yg aku notice dlm surat ni adalah keinginan dia utk mempunyai isteri lebih dari satu. Have he ever noticed yg dia menyatakan niatnya nk memasang lebih dari satu sebanyak EMPAT (4) kali. Yup, dia ada kata yang dia tak nk bini 2,3,4 tapi bila dah menyebut even BEFORE dia jumpa pun si bakal isteri, fikir-fikirkanlah. so to yg dpt surat ni, think twice before you grinning happily bila dpt surat yang secara literalnya nmpk sweet tp bnyk defectnya.
  2. Surat ni dari lelaki yang tak gentleman ye. 1st sbb td- dia tak sensitif dgn hati perempuan yang mmg dh well-known pantang hal bermadu ni.. 2nd- he wants u to find him not vise versa.. at least ckpla, please pray that we will meet sooner ke.. dia akan berusaha utk mencari si bakal isteri ke.. Ni suruh cari dia, kalo tak takut dia jumpa org yg slh so taknk si bakal isteri jd yg kedua.. apa yg 1st tu org yg slh ke? Ngok betul jantan yg menulis ni.. Ape daaa...
  3. Sedarkah dia bhawa dia keeps mahukan ini itu- nk wifenye FB tak bnyk gmbr yg daring2, pndai msk.. ye, aku akui yg tu mmg normal la bg lelaki nk isteri mereka cam gitu, tp apa yg dia blh bg utk wifenye.. i'm not talking soal kebendaan. tp fb bkl suami pun kena bersih. jgn banyak gmbr sosial, bergaul ngan pmpuan nth sape2.. pkai sluar pendek tak kira tempat.. masjid kariah pun tak tahu kt mana, surau fakulti pun sesat tak jumpa (kalau cari la kan..) yg mcm ni nk dijadikan suami?? tepuk dada tanya iman..
  4. Dia tak minta dilayan bagai raja- tapi dia mintak bila dia balik keje tlg bukakan stokin dia ye: kalo tak wat kawin lagi satu- wahh! hebat sungguh kamu. tak salah utk org pmpuan buat ni- tapi bahasa tu kna jaga.. kalo lah pmpuan tu yg kamu nak dia jd suri rumah- keletihan, penat melayan anak2 suami, kerja rumah segala benda- mampu ke kamu nk wat perkara yg sama, cik abg? tak payah banyak- just urutkan bahu n kaki bila dia letih2 bdan, setahun dua kawen nak la ko.. dh 10 tahun?? ceh!
  5. Pasal msk tu- I have no further arguments, Yang Arif.
  6. Life nmpk mcm mudah gila di pandangan lelaki yang menulis surat ni.. naif mungkin

    kesimpulan: jgn la bakal suami aku yg tulis surat ni.. kalo tak panjang surat takliq tym nikah nanti sbb banyak term tambahan yg aku masukkan.. huehehe..

    p/s: Ada satu blog entri dari blog dakwah feymes yg aku baru jumpa. entri ini bagus. pendekatan nya lebih islamic. yup. berkait dg pe yg aku ckp td. lebih rasional. dan pastinya lebih matang. bacalah.

Thursday, April 19, 2012

Cinta Sampai Di Sini..

Hallowwwww ;)
suddenly rasa nk dgr lagu melayu. minda terlampau banyak dijajah dgn lagu2 kpop.


tiba2 teringat kat dia. no, no.. takde niat jahat, hanya teringat. maaf, tidak punya niat lain.
ibu pernah kata: antara along dengan dia mcm keretapi.. landasannya ada tapi tidak bertemu. haha. kata2 ibu mmg betul.. sampai sudah, kami tidak bertemu. dia bahagia sekarang, dan aku gembira utk dia.. i thought i could never forget him- but kuasa Tuhan, melihatkan dia gembira dengan isterinya, aku mampu tersenyum.

..semoga kamu berbahagia bersama yang tersayang..

p/s: hati melonjak kegirangan bila bos kata- syuhada is the baby in this office.. hehe. so dont yell at me again boss. i'm just a baby okayyyy~~

Wednesday, April 18, 2012

Surat Seorang Lelaki

.. i'll reply this letter. tak la kata yg surat ni for me- but nth, rasa nk reply..

Kehadapan my future wife....
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I …menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju..

So, wahai my future wife,
I don’t know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harapyou mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun. I berharap bila I check Facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat Facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem. Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi..

My future wife,
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau. Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah, jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan makan-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2).
Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you.
See? I memang prihatin..
Ermm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife ,
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem... Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you blh jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bullshit. So, don’t trust them..

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. PERFECT, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan?
#copypasteanakanaknegerisembilan


Wednesday, April 11, 2012

Jiwa Kacau

Its not a term to show aku ni rock kapak ke pe. but seyes. jiwa kacau. 11 april 2012. ada perkara yang aku bengangkan actually- but untuk umur yg hampir masuk suku abad ni, aku kna lawan perasaan jiwa kacau yg sgt tidak rasional ini. bengang yang bangang. maaf. kasar bunyi. tapi tulah yg aku namakan perasaan emo tak tentu hala ini.

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah..


magrib td lps mndi, aku minta ibu bacakan ayat2 Al-Quran kat aku *sbb aku tak blh baca* lps tu okay skit. hati aku kelam kabut. rasa jauh dgn Tuhan. aku rasa diri aku kotor gila. tapi ni sume berlawan dlm hati yg akhirnya menyebabkan- ya, jiwa kacau.

saya bukan orang suci. kamu perlu tahu itu. saya hipokrit. saya pemarah. saya punya banyak kelemahan. saya sering melupakan Pencipta saya. Saya lalai. saya anak yang tidak sempurna. saya selalu melawan kata-kata ibu ayah.

saya bukan orang suci.

Monday, April 2, 2012

me2day: 2nd of April

Perkara Pertama:-
hari ini hari buku kanak-kanak sedunia. saya baru tau pagi td from radio masa *ehem* drive kete g office ;) so please take note. mana la tau berguna untuk masa depan.

Perkara Kedua:-
*Insert drum roll please* syuhada kan, hari ni kan.. dia kan... DAH BLH DRIVE KERETA GI OFFICE SORANG2!!!!! YAAYYYYY!!!! owh, mekasih, mekasih.. ya, saya sangat bangga dengan diri saya apabila selamat sampai di rumah petang td. even gelabah tym nk parking, alhamdulillah, pada usia yang ke-25 hidup di dunia ini, saya berjaya mengatasi ketakutan saya. alhamdulillah~

Perkara Ketiga:-
Hari ini birthday adik saya yang bongsu: Ahmad Milzam Mohd Isa.


*do remember- ni gambar lama.. dia tidak lagi secomel ini*

Ijam adalah copy paste saya. saya akui itu. Pemikiran kami hampir sama. bila ada sesuatu senario yang kami hadapi bersama, saya blh tahu apa yg ada dlm fikirannya, sama seperti dia. mungkin sbb sama, kami selalu bertekak. ijam adalah anak manja ibu. dia punya personaliti yang kadang-kadang di luar jangkauan pemahaman kita. berubah-ubah. ya, sama seperti saya. Dia tegas tapi masih keanak-anakkan.. mungkin dilahirkan sbgai yg bongsu, yg besar2 semua mengharapkan dia bersikap sepeti kami. tidak seperti usianya dan nyata, itu silap. Ijam baru berusia 14 tahun. Bnyak lagi perkara yang perlu dihadapinya..

Happy Birthday to you, Ijam..
Along doakan Ijam terus kuat untuk menghadapi hari mendatang, InsyaAllah..
Even banyak kali along menyumpah ko tym2 bengang tu, tp along tetap sayang ko
sbb u are part of me