Monday, December 29, 2014

Mimpi

malam tadi
aku mimpi kamu
entah kenapa dlm banyak2 org- kamu pula yg dtg
dan itu adalah mimpi paling sweet yang pernah aku rasa
ah- kalau tentang kamu, semuanya pun sweet
haha

we back to 2003
baju sekolah, suasana sekolah- mudanya masa tu
we arguing about something
and she- yes, the one whom i thought u have crushed with suddenly blurted out
"korg ni suka sama suka!"
damn. masa aku taip ni pun aku masih senyum yg sama

i remember seeing the letters- the notes- the cards
everything that i've sent for u years ago
i received it back in that dream
but the differences were- u were the one who sent it
and those lovely words were dedicated for me- only me
i remember your neat handwriting
yes- i still remember it until today
senyum. senyum lagi.

tapi sayang- itu semua hanya mimpi
kamu tahu betapa sedihnya aku masa aku terjaga dari tidur
rasa mahu menangis sbb aku tak mahu bangun
aku mahu terus berada dlm mimpi itu
sebab aku tahu- apa yang jadi dlm mimpi itu
tidak akan pernah terjadi di alam reality

senyum.
senyum malu.
sigh. after 12 years. kamu masih ada dlm ingatan
biarpun bukan dlm hati tapi sentiasa dlm doa
sebab kamu adalah org yang buat aku bahagia tanpa perlu kamu berbuat apa-apa
cukup aku tahu kamu sihat seadanya

semoga kamu berbahagia dgn anak-anak dan isteri tercinta

ikhlas- alongsyuhada 

Wednesday, December 24, 2014

Musafir Di Aidilfitri

[Ye. Aku tau ni baru Rabiulawal]

Huyeah! akhirnya aku dh jumpa target dh nk wat pe tahun depan. adalah ini aku declare bahawa azam Siti Syuhada tahun depan adalah bercuti tiga kali setahun! weeeehuuuuuuu~~ now everyone can fly ma so aku kenalah berkerja dengan lebih gigih sambil berjimat cermat mengumpul duit demi mencapai impian ohsem itu. Apakah tempat menjadi idaman kalbu? Muehehehe. Swonok nye la hai kalo bab berangan ni. 

First- Greece!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 
Cantiknya Subhanallah. Ada both things yang aku cari kalo berjalan- history n scenery. oh-so-ohsem



Second- Macau 
 bnda wajib aku nak wat- bungee jumping. wishlist. kena buat at least sekali dlm hidup.  InsyaAllah. 

Third- Japan, preferably Osaka
 

Fourth- Korea. 
Nape Japan dulu baru Korea? Sbb aku jatuh cinta dgn Arashi dulu baru BigBang. Hihu 
 


 naaahh.. niat sbnr nk p korea nk amik gambar ngan standee Baekhyun n Kai je. Kyungsoo pun boleh lah. Chanyeol pun. Hanbin skali. Kalo ada Jiyong pun xpe. Muehehehe.


Jadinya- marilah kita berkerja bersungguh2 bagi memenuhi nafsu berjalan ni. Wooot wooooott. Bye guys. Selamat bercuti. dah hujung2 tahun ni, smngt keje tu mcm teratai layu di tasik madu pula. 

btw doakan aku lepas interview n9. cuak nih! 

Thursday, December 11, 2014

MeToDay.MeTomorrow.

2015 dah mengintai2 nak dtg. tahun depan umur aku dh nak masuk 28 tahun. dlm pada duk teringat umur, aku still tak dpt figure out apa aku nak buat dlm hidup.aku kena ada target la dlm hidup. Seingat aku, satu-satunya cita2 yang aku pernah ada adalah untuk menjadi seorang peguam. Ok. So now cita-cita tu dh achived, aku nak buat apa sekarang? Apa aku nak buat dengan hidup aku?Apa tujuan hidup aku lepas ni? Apa aim aku seterusnya?

Seriously, aku tak ada idea.

Ada plan nak buat master. No bukan plan tapi ada hasrat nak menyambung sampai ke master. Tapi aku nak buat apa dengan master aku? Keje sebagai peguam ni tak pandang master kau, tapi pengalaman keje. Master ni for me nampak macam pelengkap belajar. Mcm ko dh ada PMR so ko nk kena ada SPM. Macam tu lah Ijazah Sarjana ni kat aku. Aku tak pernah berhasrat sedikit pun nak jadi pensyarah. Sebab dulu aku pernah tempelak seorang cikgu- kalau tak reti mengajar, jgn mengajar sbb nanti menganiaya org lain. Since aku mmg tak de kesabaran untuk mendidik org sehingga pandai, jd mengajar ni tak pernah ada dlm pilihan hidup. Ok then, kalo dh camtu, nape ak blh berhasrat nak buat master-ko tanya? Sbb aku teringin nak konvo lagi. Hahaha. Dengki tgk org konvo ada dua line kt tangan. ;) 

 1st konvo: BLS
 2nd konvo: LLB
3rd konvo: DLSA 

[nk cukupkan empat kali- pastu tak mo dah. nk p konvo tadika anak plak. hehe] 

Lepas merasa seronoknya berjalan ke negara org, aku aim nak travel banyak2 pulak. Tempat first dlm angan-angan aku skrg- Jepun. Then aku termimpi2 nak pergi Greece. Cumanya masalah aku skrg, mak aku tak bagi aku travel sorg or dgn member berdua je. Isu ni dh timbul masa aku ngan k.ety nk p perhentian lagi. Mmg aku tak puas hati lansung, but then bila dia raise isu hukum perempuan keluar rumah tanpa mahram ni aku mmg tak dpt nak kata apa la. Since kwn2 sume dh ada laki memasing, aku mcm gatal kepala gak nk ngajak sape berjalan same ramai2 ni. 

[jaejong was there a week after aku balik Malaysia. Why jaejong, whyyyy?? akan ku kirimkn slm rindu utk yoochun kalo kita bertemu.. huhu]

Ok. Apa lagi choice ada?

Aku nak try cari kerja lain. Aku nak try buat bnda lain plak. Aku nak kerja as.. entah. Aku tak pasti. Tapi aku rasa betul la kata sheera. Aku kena berhijrah. Aku dh selesa sgt kt sini. I have to challange myself. Bukan ke hijrah tu satu tuntutan? Kan? Aku nak try join company. Tapi sblm pape- aku nak habiskan syariah ni dulu. At least aku nak ada sijil praktis kt n9. Kalo tak, membazir pulak DLSA aku tu nanti.

Aku ada teringin nk join org buat bantuan kemanusiaan. Apa-apa lah. Pergi selamatkan kucing jalanan pun aku tak de masalah. Sbb sampai satu point, aku question- apa lah kejadahnya aku dkt dunia ni? Sumbangan apa aku dh bagi pd dunia. Apa aku dh buat as khalifah Tuhan? Takde la aim nk jd glamer mcm Heliza Helmi, tapi sekadar nak menyumbang. Pergi Syria aku mcm takut [nampak tak iman aku tahap mana kat situ] satu hari mmg aku kena mula buat sesuatu. Mesti.

Selain travel, aku mmg dh berhasrat nak tunaikan umrah. Nak buat haji turn aku 2070 bape nth nanti. In fact bulan2 aku blm pernah tambah pun duit simpan nak p haji. Tahun dpn ayah nk g. Bwk abg, ateh n ijam kot. Takpelah. Gilir-gilir. insyaAllah kalo ada rezeki nanti, turn aku plak.. aminnn..

Lagi? 

kawen? ok. tu tak blh buat sorg. 

next!!!

Thursday, December 4, 2014

#demimuchewan

demi kenduri kawen che wan- yang aku tak naik kenderaan air je. Kalo x mmg segala transport udara, air n darat aku ngan sheera harung sbb nk tgk dia naik pelamin. I am such a good friend. yeah. i know. i know. hewhew. 

me and sheera. sesudah subuh. KLIA2.

slps menempuh onak dan duri. rasa worth it gila sbb dpt mkn cendol sedap


i cant describe d feeling masa tgk cikwan bersanding. i almost get teary-eyed. apapun, she looks extremely stunning on her big day. doa aku utk kebahagiaan hg, cik wan. insyaAllah sampai bila-bila

 lps pekena laksa mengadap pulau jerjak. fakta ttg syuhada- tu first tym aku tau mana letaknye lah pulau jerjak. 

 
 our superheroes yg menyelamatkan kami lps kereta Faiza problem. Terima kasih bnyk2 sbb sudi hulurkan bantuan utk ringankan beban. siap bawak kami p pesta penang lagi. aku doakan perkahwinan korg yang bermula hujung minggu ni sentiasa dibawah lindungan rahmat Tuhan. InsyaAllah. :) :)

and not to forget- my sedara Sheera. Terima kasih sbb bersusah sng bersama utk 24jam tu. I wont forget that day. kalo tak de awak, lagi gelabah la sy rasanya. kenangan naik bas gila tu harapnya akan jd kenangan manis kita. ngeh ngeh. 

wani tak dtg kawen aku- siaplah!

Tuesday, November 25, 2014

Vienna: Bila Tuhan Kata Kun Fayakun (Bahagian Kedua)

Hari ni marked sebulan dah cerita Vienna ni. Sebulan lepas tym ni mungkin aku tgh sarapan kat bumi Eropah sana. [sampai skrg mcm tak caye je aku dh jejak kaki ke sana. heh] aish. rindu lah plak. #viennainmemories

Schonbrunn Palace
[alolo. comey Hjh Liza. cenonit je nmpknye dia nk dibandingkn dgn istana tu]. 
 
tempat ni kira tempat wajib singgah la kt sana. mcm dtg melaka tapi tak p a'famosa, mcm- ko biar betik tak p sana?! nak details tentang tempat dan sejarahnya, p lah google. sbb stakat ilmu seminggu aku ni mmg tak dapek la den nk nolong. but mmg seriously besar n luas gila kawasannya. siap ada zoo bagai. Aku difahamkan ni istana musim panas raja diorg dulu.

 diorg banyak buat persembahan muzikal gini. sayang tak dpt tgk even satu pun. btw dlm istana ni ada muzium actually. aku teringin gila nak masuk tp disebabkan main reason aku dtg Vienna bukan utk melancong, jd org yg bwk kitorg tu tak de la provide masa & duit utk masuk tgk muzium ni. sayang kan? [satu hari aku kena dtg lagi. as a traveler] sigh.

 dtg masa autumn. mmg sehelai dua je la bunga kot ada. imagine kalo dtg masa spring. mesti cantik gila sbb diorg mmg ada taman luas utk bunga mcm2 ni. [silalah dtg utk honeymoon. as cheesy as it sound, this place is breathtakingly beautiful]



ok. binaan atas bukit tu namanya Gloritte. Difahamkan tempat tu adalah utk tempat makan diraja la. dlm kawasan istana tapi sblh blkg. aku tak faham cane diorg blh terdaya nak tinggal tempat lain , n mkn kt tempat bapakla jauh. jauhnya tempat ni dr istana mcm.. umm.. trafic light pintu blkg uitm s7 dgn DC tp ikut pagar blkg mawar. [haha. paham tak kekdahnya tu]

Stadtpark
Taman. Taman yang cantik gila. [kalo nak tgk gambr, kt FB aku dh upload. tp fb mmg aku letak gambar yang takde org. scenery je. yg nak tgk orgnye, spesel kt blog ni je lah. hihu]



 
 
pokok stok-stok masuk majalah mmg banyak kat sini and autumn's view was beyond words. kalo kt album fb aku banyak tgk pokok2 cantik tu, ha tu gambar kt sini la. subhanallah :)

 [even aku mmg acknowledge mak aku cantik, but she is is extra beautiful in this pic. kan? kan? ]

Setphansplatz
 

kalo duit ribu riban dtg Vienna, korg blh la habiskan kat sini sbb sini la tempat segala brg branded dijual secara ekslusif. tapi kalo ko dtg Vienna hanya ada 500 Euro dlm tgn mcm aku, blh la dtg cuci mata n tambah ilmu ttg brand yang ko xpernah tahu pun sblm ni.

Hundertwasserhaus
rumah pelik. takde garisan lurus- adalah main objective org yg buat bangunan ni. sekali lagi aku gigit jari sbb tak dpt masuk ke dlm rumah yang kisahnye ade mcm2 bnda tunggang tebalik. so dpt g kawasan beli cenderamata je lah gamaknya.



dia mcm ala-ala pasar seni gak. mcm2 jenis cenderamata ada kt sini. cuma pasar seni takde jamban yang ada water fountain mcm kt sini. dats y aku amik gambr kt situ. [bukan sesaje gayat p europe sampai gambr jamban pun aku nk amik gmbr] 

Designer Shopping Outlet- Parndorf


aku tak pernah p JPO. tapi ni mcm JPO la. tapi lagi banyak brg branded berhrga mampu milik [kerana aku berjaya memiliki 2 handbag dengan harga rm240 or 60 euro lebih kurg]
 kalo korg tertanya2 kenapa aku solehah sgt sampai nak berjubah bagai- fyi, dlm jubah tu ada dua tshirt, jeans n long john. reason: sejuk nak mati wey.

ok. aku rasa sampai sini je la kot. kalo aku sambung pun myb secara keseluruhan Vienna pd mata aku. damn. i miss travelling. tu je. bye.

Friday, November 14, 2014

He's Just Not That Into You

 

Girls are taught a lot of stuff growing up.
If a guy punches you he likes you.
Never try to trim your own bangs and someday you will meet a wonderful guy and get your very own happy ending.
Every movie we see, Every story we're told implores us to wait for it, the third act twist, the unexpected declaration of love, the exception to the rule.

But sometimes we're so focused on finding our happy ending we don't learn how to read the signs. How to tell from the ones who want us and the ones who don't, the ones who will stay and the ones who will leave.

And maybe a happy ending doesn't include a guy, maybe... it's you, on your own, picking up the pieces and starting over, freeing yourself up for something better in the future. Maybe the happy ending is... just... moving on. Or maybe the happy ending is this, knowing after all the unreturned phone calls, broken-hearts, through the blunders and misread signals, through all the pain and embarrassment you never gave up hope.

-Gigi

Tuesday, November 11, 2014

Vienna: Bila Tuhan Kata Kun Fayakun (Bahagian Pertama)


“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar (2). Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu (3).” (Surah At-Thalaq: 2 -3)

Tuah ayam nampak di kaki [ye ke] tuah manusia siapa yg tahu. dpt ke Vienna ni betul2 hadiah besar Tuhan untuk aku. so utk first part ni,aku citelah asal kejadian keberangkatan aku ke bumi eropah tu. sblm pape, meh tgk map utk sape2 tak tahu mana letaknya vienna ni.


9. Oktober 2014.
Aku kat office, dpt call dari ibu. Katanya dpt jemputan untuk mengaji. Okaylah. perkara biasa lah tu. aku tanya kat mana. Di Vienna, Austria katanya. and i was like.. what?? dan2 tu p google tempat yang aku tak pernah dgr pun [ok. pernah dgr. Vienna Treaty. International Law. tp tak pernah apik pun mana letaknya Vienna ni] n d best part about that phone conversation bila ibu tanya- along nak ikut x?. owh, mak. apakah perlu ditanya? haruslah mahu! lps tu juga g jumpa pn.mai n explain about the invitation and my leave application approved okeh. [see. kalo Tuhan kata ko punya, Dia akan permudahkan jlannya] [lompat-lompat kegembiraan]

14 Oktober 2014.
Cerita nak ke Vienna ni mcm mimpi. macam ye tak ye. mcm tipuuuu je. mcm scam je. mcm.. biar betul? sbb masih belum ada surat hitam putih. masih belum confirm. masih belum ada pape pun lg. but jd ke tidak, aku p gak buat pasport sbb ni first tym aku nak p luar negara. takpelah, kalo xjd pun p vienna, mungkin ada nk guna p tempat lain la kot. [ayat pasrah memujuk hati]

17 Oktober 2014.
buat pertama kalinya sejak 130887, siti syuhada ni menaiki kapal terbang. ke perlis je pun. turun alor star. leka pandang luar tingkap. mujur bos bagi can aku duk tepi tingkap. cantiknya lah awan. subhanallah. mcm padang penuh snow. dlm hati duk fikir, mcm ni ke agaknya rupa padang maysar? teringat juga ttg MH370 & MH17. [alfatihah] hari jumaat tu first tym naik kapal terbang, selasa depan nak p jalan jauh? naahhh.. tipulah! 

20 Oktober 2014
Cerita nak ke Vienna masih belum confirm. selagi tak tgk email utk tempahan tiket sampai ke sudah aku tak caye. btw ni tak berkaitan dgn Vienna but on dat day, aku first tym buat cross exam sorg2 tak de bos. aku tak pernah buat re exam pun, tetibe kena buat cross. kt Plaintif pulak tu. kaki gigil, muka cool. steady, steady. Alhamdulillah, it went well. masih duk berkira, kalo tak jd p vienna, cane aku nk handle sedih kt muka?

21 Oktober 2014
email tempahan tiket akhirnya sampai. patutnya pergi malam ni. tapi ibu wasap kata flight 23hb malam. ok. sempat nak buat last preparation sbb even jaket tebal pun kitorg tak de. in fact aku ada banyak keje yg perlu disettlekan sblm pergi. cuti start 23.


23 Oktober 2014
pagi sempat lagi aku p seremban naik opis. dah sign few documents, maka bermula lah cuti seminggu terkejut aku ni. akhirnya. flight pukul 11.30 malam. naik KLM. Dutch Airways. ok. kitorg lambat naik flight. org KLIA dah banyak kali annouce, n sampai panggil baru notice kitorg dah kena naik dh pun. siap kena marah. pe lagi, lari2 la sambil mencungap2. naik flight duk row tgh. aku duduk between ibu n kak lin... and our 14 hours journey began

24 Oktober 2014



pukul 6 pagi waktu Amsterdam, kitorg sampai di Amsterdam Airport Schiphol utk transit. and again, kitorg lambat sbb between gate sampai n gate flight ke vienna adalah sgt jauh. terlepas flight. pergi jumpa org airportn diorg letakkan kitorg dlm waiting list utk flight pkl 11 pagi. tp xde rzki, next flight yg confirm ada tempat adalah pkl 5 ptg. 10 hours stranded. tak mandi, tak hape. sumpah muka sememeh gila. mknan halal amatlah susah nak cari n all our food pun dlm luggage yg berkemungkinan dah sampai vienna. g la cari ape2 mkanan yg dirasa confident nak telan. toilet- tu lg satu masalah. owh serius, tym ni aku betul2 rasa nak balik malaysia.

[nmpk tak muka kitorg separuh nyawa je tinggal ni?]
 
lps bertabah hati selama berbelas jam tu, kitorg pun akhirnya berlepas ke vienna utk 2 jam flight. dlm flight tak fikir pe, tdo je. tau2 dh sampai. i still cannot forget the very 1st moment aku melangkah kuar dr flight [sbb dia mcm ko kena naik bas n g ke gate masuk. mcm air asia tu] windy and sejuk gila! no. not gila. its gilosss. aku mmg tak tahan sejuk. aircond dlm blik opis aku ni pun aku letak 27 drjh celcius. mulut bergetar mcm baby bru lps mndi tu. n rasa nk nangis sbb sejuk yg amat. damn weather apps! kata 17 darjah celcius! tipah tertipu. 



keluar dr international arrival tu [btw luggage kitorg sampai sama dgn kitorg. alhamdulillah] kitorg dijemput oleh org yg menganjurkan program ni termasuk suami kat balqis, ustz maulud.dibawa ke Restoren Tulpe; restoren Turki utk mkn sbb utk berbelas jam tu yg ada dlm perut aku hanyalah roti dan air hot choco. dan masa itulah aku mengakui bahawa aku mmg anak rembau, tekak org melayu. mmg tak boleh masuk segala pe yg diorg bg mkn and ada satu bau [ustz amir kata bau minyak zaitun] yg aku mmg tak blh blah. dlm hati duk doa cpt la check in hotel. aku nk mkn maggi malaysia. hukhuk


 
 [tu Aisyah. dia tgh ajar k.lin cane nk mkn lauk turki ni. nasi yg penuh daging ni, dia blh habis sorg2 mkn. plus the sup. sup perut. nmpk tak beza mangkuk sup aku ngan mangkuk sup dia]

lps mkn, kitorg dibawa check in hotel. Hotel Kaffeemuhle namenye. hotel biasa je tp cantik lah jugak.


 

cantik kan? okeh. aku sambung lagi nanti. utk 7 hari aku di sana. :)