Wednesday, March 26, 2014

SBB- The Crime Archives

SBB kali ni patutnya aku cerita pasal buku bertajuk- A Woman with Worm in Her Head. Buku tu aku beli sbb cerita ttg how a woman faced a fatal disease. But then main character cite tu doktor so there are lots of medical term being used. Aku- yang amatlah lemah bila berhadapan dengan science subject ni- terpaksa la tukar buku lain. sbb kalo paksa ngadap buku tu, alamat xde SBB la for 6 months. Heh. So! Hari ni aku nak cite buku super cool- super best- super ohsem especially yg ske subjek criminal & evidence [even tak dpt A] mcm aku. 

Buku utk sesi SBB kali ini adalah The Crime Archives.


buku ni mmg terbaik. Antara buku yang aku borong kat Big Bad Wolf aritu. Harga tak ingat bape tapi kat tanda harga tulis RM25. Murah gila kalau nak dibandingkan dengan kualitinya. Buku ni adalah compilation 30 cerita penjenayah. Penceritaannya details tapi mudah faham. Setiap cerita guna dua pages je. Cool tak cool buku ni, dia siap sekali lampiran tentang bukti yang ada dalam kes tu. Tak la semua tapi masa tengok evidence tu meremang gak la sbb rasa macam real je. 


Gambar yang dia guna tak de la se-horror fail kes2 bunuh yang aku pernah tengok. Gambar nye mild je. Contohnya macam ni. 


Boleh sakit kepala gak dibuatnya especially cite pasal penculikan dan penderaan seksual kanak-kanak yang membawa kepada pembunuhan diorang akirnya. Teringat fail kes Arwah Nurin Jazlin. [Al-Fatihah buat rohnya] Macam mana jari Arwah merengkot menahan sakit, belakang kepalanya lebam dek kerana menahan seksa. At some point bila baca cerita ni buat aku realized yang dont be too innocent, syuhada. There are peoples yang sanggup buat apa yang tak terlintas kat kepala kita pun. Jadi berhati-hatilah dan selalulah berdoa agar kita dan sesiapa jua selalu dalam lindungan-Nya. 


Ni pun mangsa kekejaman gak ni. Kecik2 lagi orang dah buang, kesian tak de ibu masa umur sekecik ni. Presenting- my new family member- TumBin. 

Tuesday, March 25, 2014

Selamat Jalan Orang Asingku

Kalian- adalah orang asing bagiku
Nama, kerja, semua aku tidak tahu
Namun kini ku titipkan doa buatmu
Selamat Jalan Orang asingku

 Sejuk tanganku mendengar berita
Mengenang nasib mereka
Tak terbayang rasa bagaimana
sakaratul maut menjemput semua
Dibawa pulang mengadap Tuhan yang Esa

Lebih sebak memikirkan nasib si anak
Yang dewasa pun merasa seksa, apatah lagi mereka berdua
Dalam diam aku berharap,
Bahawa kalian telah pun diambil Dia
Agar kalian tidak merasa seksa semuanya


Semalam aku melihat dia
Pemimpin yang dahulunya aku tidak suka
Mungkin kerana hampir hilang rasa percaya
Tapi semalam aku rasa sebak melihat dia
Sugul wajahnya, sedih bicaranya
Mengeshkan bahawa orang-orang asingku
Telah terkubur di lautan sana

Tuhan,
Aku mohon belas kasihmu
berikan kekuatan buat dia dan buat mereka
Sejak dikhabarkan tentang orang asingku
Entah bila lena tidur mereka
Entah  mana makan minum mereka
Demi negara, mereka korbankan segala


Orang asingku--
Aku benar-benar berharap kalian tenang
Selamat jalan aku ucapkan, Al Fatihah aku iringkan
Tuhan sudah tetapkan itu jalan kalian,
Aku juga menanti jalan
Jalan terakhir di bumi Tuhan.

#MH370 #Alfatihah

Thursday, March 20, 2014

Heartbroken? Meh Sini Meh.

Lunch hour dah jadi waktu aku update blog. Nampak tak betapa cinta nya aku kat blog aku ni. Tapi sebenarnya aku nak hempok diri sendiri. Tym aku tengah meeting la, dalam court la idea sampai. Time keje tengah menimbun, time tu idea datang hegeh2 cuit aku. Ok, fine! Aku catat mana2, so now here I am- updating my Little Hut again.

Macam yang aku kata selalu- faktanya tentang Syuhada- aku tak pernah bercinta ni. I mean having mutual feeling. Syok sendri selalu. Alah, kan aku dah penah kaborkan before ni. Time selalu clash. Bila org suka, aku tak berkenan. Bila aku suka, orang tak layan. Acaner? Haruslah mengubat hati lara.. eceeeewah! Lately cam ramai plak orang di keliling aku patah hati. Memandangkan aku baru je recover dari sakit sebab patah hati ni, aku nak share how I cope with it. Ni bukanlah nasihat pro. Hanya melalui pengalaman aku dan kawan2. Aku share ngan korg, manalah tau berkesan plak ngan korg- boleh aku start wat buku then jual bagi kaya! Hihu.

Ok. Meh sini. Duk sini. Aku bagitahu cara acaner nak wat bila hati korang terkopak.

Pertamanya- banyakkan solat sunat. Nature nya kita manusia, dah terhantuk baru nak terngadah. Mana tahu, mungkin kejadian ni buatkan kita mula selalu wat tahajud, lama2 boleh jadi kebiasaan. InsyaAllah. Mengadulah dengan Dia. Remember, nobody understand the system better than the creator. Then kan, lps solat hajat amik Quran yang siap terjemahan kan, then 'berbual' lah dengan Allah. Korang akan jumpa ayat2 yang seolah2 Allah tujukan untuk kita untuk situasi tu. Get my point tak? Memang la Quran tu untuk kita tapi bila jumpa ayat-ayat yang berkait dengan situasi kita, korang akan rasa ketenangan yang subhanallah.. Tuhan sahajalah yang tahu. 

Second- jangan duduk sorang2. Never ever. Dont! Gi la keluar ke, call la sesape tak pun kalo mcm mmg tak de orang sangat, meh wasap aku. I can be your crying shoulder. Sungguh. Aku faham sgt rasa sesak- nak luah kat org tapi xtahu kat sape. Kalo x, online tgk running man ke Maharaja lawak ke anything yang akan avoid korg teringat psl perkara2 yang tak perlu korg ingat.

Third- cut all connection! ingat pun tak boleh, inikan pulak la any connection. Anything yang boleh buat korg teringat or tahu tentang dia, better avoid. tapi kekadang, yang korg nak avoid tu la yang tetibe datang. Pergh, dugaan sungguh! Benda ni jadi kat aku. Tepuk dahi weh. Hati jangan cite la. Tapi usahala dan doa, insyaAllah Tuhan tolong. yang penting usaha! Nekad. Stop talking about manusia yang ko nak lupa tu. If ade orang buka cerita pasal dia, layan nak tak nak je. Ubah topik kalo dapat. Talking about him will make u think about him. Nanti lagi parah luka ko.

Fourth- harooooomkan telinga korg dengar lagu sedih, tgk cerita sedih and any benda sedih. In all means!  Its ok to cry but only within 24 hours after korg decide utk putuskan semuanya. Jangan melayan rasa! hidup ni bukan sekadar hal cinta. Tugas khalifah korg lagi besar menunggu. Bangkit! 

Fifth- ignore. Orang yang korg nak lupakan tu dahulunya adalah orang pertama yang korg ingat lps korang bangun tidur and last person u think about before going to sleep. Yang selalu ada dalam doa korang setiap kali solat. Nak lupa automatik mmg takkan boleh kecuali korg kena amnesia dan2.

ingatan ttg dia akan dtg. kdg2 through lagu, bau, tempat- any memories yang related la. so ignore! banyakkan istighfar. Setan duk cucuk hati korg tu. Bila jadi gitu kan, apa kata korang selawat. Selawat banyak2 and ingat, Rasullah s.a.w lagi banyak ingat ttg korg dari korg ingat dkt si dia tu.

 Sixth- STOP baca quote sedih2 tu. stop save segala quote yang konon2 nak naikkan semangat korg tp dalam situasi aku- ia sama sekali tak membantu. Delete segala quote melayan rasa tu. Cuba cari bnda2 lawak, kelakar dan anything yang tak membuatkan korg fikir banyak. 

Seventh- admit. Ni nasihat ibu pada aku. Admit yang korg mmg frust, admit yang hati korg mmg terluka, admit yang jauh dari sudut hati mmg korg letak harapan. Surrender and admit semua. Korang kalah dalam game kali ni. then lepas tu bangkit- dan melangkah dengan lebih kuat, gagah lagi macho. Even kalah, korg kalah bermaruah. Korg dah usaha cuma dia bukan orangnya. At some point korg kena faham, frust tergolek camne pun, if he is not for u, he is not for u. Jealous camne pun dengan orang lain, kalau dah bukan kita punya, mmg takkan jadi kita punya. 

Eight- enjoy your life then u will appreciate yourself better. Gi mingle ngan kawan2, lepak selalu ngan family, cari hobi baru and do any sorts of thing yang boleh buat korg happy. Buat kerja sukarelawan. Helping others can made u feel better.

Ninth- sabar. Ok dalam banyak-banyak point, point ni paling payah nak cite sebab ni based on kekuatan ko sendri. Tapi bila korg slalu bangun tahajud, insyaAllah, Allah akan bagi kekuatan tu. Minta la diberi kekuatan, keteguhan iman untuk ko hadapi situasi ni. Sedih wei. Sakitnya tak terkata. Aku tahu and ramai lagi yang tahu sbb kalau dah baya aku tak pernah rasa gitu, aku wonder ilmu apa korg pakai- blh aku datang jadikan korg mahaguru aku. Hehe. 

Last but not least- senyumlah banyak2. Masa aku berdepan dengan situasi ni aku juga jadi crying shoulder org. Bila kita nasihat orang dalam senyum, kita pun tgh pujuk hati kita dlam sendu [ayat teater lagi aku] Biarlah org tak nampak apa kita rasa, tapi percayalah Dia sentiasa ada.Allah Maha Mengetahui segala apa yang kita rasa. Its okay to lie that u are fine even u are not because there is no point pun telling others how bad you feel sbb macam yang aku cakap tadi, orang takkan faham completely apa yang korg rasa except Dia. Smile and spread happiness.

Tarik nafas panjang-panjang. Lepas. Ingatlah, Tuhan bagi ko chance hidup lagi sebab Dia nak bagi ko peluang tambah pahala mengagungkan Dia, bukan menangis bersedih untuk hamba yang Dia cipta.[pergh, ayat aku! Awie ats motor pun boleh nanges. haha]


p/s- ini keji. camne ko hangin makcik-makcik kepochi tanya ko nak kawen bila- jgn wat gini.

Wednesday, March 19, 2014

Throwing tantrum

Budget nak buat title post canggih manggih la konon. Tapi bila cek definition tantrum, which is-an emotional outbreak, usually associated with children or those in emotional distress, that is typically characterized by stubbornness, crying, screaming, defiance, angry ranting, a resistance to attempts at pacification and, in some cases, hitting - maakk aih. aku mungkin garang plus serius tapi bukan ganas. Mak ratu air mata dek non, takdenye sampai nak memukul bagai.But post kali ni cadangnya nak bercakap panjang isu semasa. Probably post ni akan jadi panjang. So kalo tak mahu baca, g main jauh2 sana. shuh shuhhh

Pernah tak rasa betapa bertuahnya kita jadi rakyat Malaysia? Negara jiran diuji dengan tsunami dasyat, perang saudara, dan sebagainya, kita elokkk je beb. Sekarang ni aku rasa ujian demi ujian Allah bagi pada kita. Aku rasa korang pun nampak kan? Bermula dengan hilangnya MH370 dan kita jadi tumpuan dunia. Allahurabbi. Tak terbayang aku nasib sesape pun dalam kapal terbang tu. Sampai dua kali aku tulis ala-ala puisi tentang mereka. Tentang ujian yang Allah berikan ni. Aku rasa hilangnya MH370 dari pengetahuan kita adalah sebab salah kita sendiri. Ingat tak kes Hanes Suraya then Anwar Ibrahim esoknya? Dunia maya macam berperang. Kita [aku guna kita sebab tak de guna nak tuding jari kat orang lain sekarang ni] mengutuk, mengumpat, mengata, memfitnah and did all sort of things yang kita tahu salah tapi kita buat sebab nafsu. Nafsu nak mengata. Khamis and Jumaat tu FB macam battlefield. Perempuan berperang hari khamis atas sentimen dan sensitivity isu rampas laki. Yang lelaki bercakaran tentang politik sebaik sahaja judges bagi verdict petang jumaat tu. Things yang tak tahu betul ke tak, being said- being mentioned, being told. Tak de boundaries. Dosa pahala tolak tepi- ha, nah! Sabtu kapal terbang kita hilang. Maruah tanah air kita dipijak dan dipertikai dek orang. Baru hegeh cari sejadah?

Lepas tu sekali lagi Allah uji kita dengan memberi izin bomoh entah dari mana asalnya datang buat show kat KLIA yang pastinya macam lempar najis di muka kita yang tengah dalam state sedih dan risau pasal MH370- state yang kita semua tahu bahawa syaitan laknatullah paling suka sbb time tu kita paling fragile. Satu dunia gelakkan kita lepas kononnya bersimpati pada kita. Salah siapa? Salah kita! Bomoh ni bukan baru ni wujudnya. Dah memang sinonim dengan kita tak mengira agama. Semua ada. Tapi paling terkesan pada yang muslim sampai negara arab sana tuduh kita guna ilmu syirik. Salah ke diorang? Tak. benda tu betul. Syirik dah lama jadi makan pakai rakyat Malaysia. kenapa aku guna rakyat Malaysia? Sebab even aku- yang setakat ni tak pernah dan harapnya tidak akan sekali-kali terlibat dalam isu sebegitu- pun diamkan diri pada keadaan sekeliling yang memang ada benda begitu. Buka balik sejarah mona fendy- dia didakwa atas kesalahan membunuh sahaja- ade dituduh atas kesalahan akidah? Tidak ade sama sekali, bukan? Nah. Padan la muka kita!

Dalam pada itu, jerebu teruk didatangkan pada kita. bumi Rembau yang masih penuh dengan hutan yang menghijau pun merajuk dengan kita weh. Seremban jangan kata la. Aritu ade meeting kt KL, so nak tak nak aku kena gak g KL [aku bukan anti KL cuma aku yakin dan pasti KL bukan untuk org kampung mcm aku. hectic yang amat] and as expected, jerebu tahap KL mmg 'terbaik dari ladang'. Lepas buat pembenihan awan [nampak? Betapa sayangnya Allah dgn kita, dia bg kita ilmu camne nk turunkan hujan] hujan turun dgn lebat, Alhamdulillah.. tapi bila dah banyak sangat, mula resah. Takut banjir pula negara kita. Dugaan lagi melanda kita. Mengeluh? Berani kau mengeluh? Berani buat la.

Di sebalik ujian demi ujian Allah bagi, ada juga yang buat aku senyum. Aku nampak betapa unite nya Malaysian tak kira bangsa dan agama bila kita mula doa bersama2 untuk MH370 dan jerebu [yang part bomoh tu pun kita unite jugak. unite menyumpah sambil rasa nak menampar dia] member aku update status menyatakan betapa gembiranya dia bila dalam doa kita tak guna 'aku' but dah mula guna 'kami'.Indah sebenarnya perpaduan ni weh. Accept d differences and live peacefully. Dalam ujian demi ujian ni, Allah bagi kita peluang ni. Suruh bersatu. Dalam doa, dalam solat, dalam harapan- semuanya.
 

aku ingat dah boleh tarik nafas lega- alih alih satu lagi 'bala' Allah bagi pada kita- kes budak mati sbb dadah dlm konsert tu. Ade tgk video pasal konsert tu? Der, ko rasa ko kat barat sana. Kemain sakan lagi mereka2 berhibur dan berjimba. Then bila dah ade yang mati- datang pulak post2 yang minta jgn diaibkan bla bla bla. Pandang dari sudut postive- aku rasa bila kematiannya begitu, bila org mengata- pahala akan bagi pada si mati. Who knows, melalui cara tu lah Allah nak permudahkan urusan budak tu ke syurga. Pahala dosa rahsia Dia kan? Tapi, dari satu sudut lain- Kita yang hidup ni mmg tak boleh menghukum tapi kita berhak menilai. Mana baik, mana buruk. Allah bagi akal, fikir! Allah dah bagi amaran keras- jangan hampiri zina. Pakaian diorg, percampuran lelaki perempuan, dadah, arak- tu sume mendekati zina la tu kan?  Allah dah pesan jangan buat, ko buat jugak. Bila dah mati aib macam tu, kita hanya mampu geleng kepala. Bersangka baik? Bak kata Saiful Nang- Sangka baik untuk yang wajar, bukan segalanya perlu disangka baik walaupun jelas keburukannya. Yang dah mati, kita doakan sahajalah. Sedekahkan fatihah. Yang masih hidup ni, beringatlah. Ajal boleh jemput kita tak kira masa. Kalau tak nak mati kita diaibkan, elak lah dari perkara yang boleh mengaibkan. InsyaAllah, Allah Maha Pengasih.

carca marba nya tulisan aku kali ni membayangkan betapa carca marba nya state of mind aku sekarang. Baru aku- imagine orang2 yang tengah sibuk cari MH370, para tentera sume- diorg mesti lagi serabut dari aku. Semoga Allah balas budi baik korg dengan rahmat yang tidak henti, InsyaAllah

#keeppraying #janganberhentidoa #doauntukMH370 #prayforMH370


awesome as usual. 

Sunday, March 16, 2014

Bonda dan Cinta

Hujan
Ingin ku rangkul pinggang bonda
Melepas lelah mengadu sedih
Pasti lega nyaman terasa
Aku mahu duduk di sisimu bonda
Dan aku mahu tanya banyak perkara..

Bonda, bonda
Mereka kata setiap ujian pasti ada hikmahnya
Tapi boleh kah aku bertanya pd Yang Maha Kuasa
Apa erti semua ini? Mengapa aku diuji sebegini?

Bonda, bonda
Mereka kata ujian hadir pd yang mampu
Tapi mengapa kala hal ini diperturunkan pdku
Jantung rasa kacau, lutut rasa goyah
Aku lemah rasa mahu rebah

Bonda, bonda
Mereka kata kita perlu redha dgn semua ketentuan Nya
Tapi bonda, kenapa air mataku tidak mahu berhenti
Padahal aku telah pun terima
Bahawa ini semua adalah kehendak Nya

Kemudia bonda rangkul aku
Tanpa kata apa-apa
Dalam diam pelukannya dia jawab semua soalan aku
Tanpa sebutir kata, ajaibnya- aku rasa lega

Di hujung pelukan penuh kasihnya dia bisik kepadaku -percayalah anakku,
Dia menguji mu atas dasar cinta
Dan ini semua adalah sentuhan kasih sayangNya. .

#keeppraying #prayforMH370 #doautkmh370

SBB- Cerita Cinta Ahmad Ammar

Masih ingat video GPTD Ahmad Ammar yang pernah aku share before ni? Viral kot. Mustahil la korg tak pernah tgk kan? Ni aku baru cek, video tu dah ditonton sebanyak 1, 658,919 kali. Aku adalah antara manusia yang tgk video tu more than 20 times. Masa tgk video tu insaf kejap, bila jiwa mula goyah, aku tgk balik video tu. Insafff balik. Macam tu la duk ulang-ulang. Harapnya kekal abadi dalam hati.

Ok. SBB this time aku nak cerita pasal buku Cerita Cinta Ahmad Ammar terbitan Karangkraf susunan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD).


Melihat kepada kualiti buku ni, aku rasa ni lah buku paling murah untuk kualiti sebegitu baik. Harga RM23.00 but i bought it for RM18.00. [sekalung perhargaan kpd Memi & Cuna yang sanggup berbasah peluh cari buku ni utk aku. Jasamu dikenang] The moment aku dgr psl buku ni terus minta memi belikan kt shah alam since ada pameran buku karangkraf kat sana. Dats y dapat harga murah sikit. And aku sangat sayang buku ni. Sepupu aku nak pinjam bawak balik UPSI pun aku tak bagi. Nanti along belikan yang lain- jawab aku. simple.

Buku ni compilation of story telling by those yang rapat dengan As-Syahid Ammar. Those yang follow cerita dia akan rasa buku ni tak de apa yang baru except gambar comel yang amat Allahyarham pada waktu kecil. Tapi still meruntun jiwa.[syuhada dan air mata. seiring sejalan weh] Aku rasa gitu untuk beberapa page yang awal. Sbb story-teller yang pertama adalah bonda Ammar, Puan Norazlina. Then buku ni menceritakan dengan detail keperibadian Ahmad Ammar samada sebagai seorang anak, pelajar, kawan, pemikir etc sehingga buat aku rasa- ah, kalau macam ni lah orangnya, mmg layaklah kematian dia diraikan langit dan bumi. Kalau diberikan izin Tuhan untuk aku bertemu dia di alam lain, tak tahulah samada boleh ke tak aku pandang muka dia sbb tgk kulit buku ni lebih lima saat pun aku segan. [haha. over gedik tak aku?] tapi sungguh aku malu. Sebab apa? Sebab dia. keperibadian dia. Sebab even dia jauh lagi muda dari aku, dia dahpun fikir untuk ummah, aku ni sekali pun tak pernah. [baru Ammar, kalo Rasullullah s.a.w?][selawat jap tiga kali]

Aku pernah baca somewhere [sumpah aku tak ingat mana aku jumpa] yang dia ni sangatlah pemalu dengan perempuan, even adik beradik dia sume perempuan [eh, sama situasi!] Punyalah pemalu sampai bila nak bercakap dengan perempuan yang ada betul-betul depan dia ttg aktiviti pe nth, dia boleh g call sorg kawan lain and kawan tu gi call perempuan tu untuk bgtau apa yang As-Syahid Ammar nak bgtau. Pergh! Mana nak cari lelaki 'mahal' yang teramat rare macam ni lagi wei? [aku tak tahulah betul ke tak cerita ni. kalau tak betul, mohon maklumkan]

Dalam banyak2 cerita, aku kagum cerita dia sebagai sahabat. Dia manusia biasa, lenggok gaya bahasa pun macam budak2 seusia dgn dia [tapi tak de la guna bahasa sampah yang pakai 'w' banyak mcm ittew gunew tu] dia tak lokek membantu and sangat positive bila faced problem dalam hidup. Bila kena buli di RMC, diceritakan dia tak pernah mengadu dengan parents, tapi dengan member2 dia cerita. Just nak berkongsi. Teringat zaman homesick kat SMKAP dulu. Kena gak buli tapi aku percaya, tak la sehebat RMC. Baru kena sikit gitu pun aku dah leweh dah.

Did i tell u yang aku adore orang yang berfikir? Pemikir adalah kelompok manusia cukup hebat di pandangan mata aku. and Ammar was one of them. Idea dan kesungguhan dia memikirkan tentang Islam memang patut dapat tabik hormat. Aku rasa family background pun mempengaruhi jugak. Sejak lahir parents dia dah wakafkan dia untuk Islam wei. Aku tak rasa mak ayah aku fikir gitu gak 26 tahun lebih dulu. Nanti kalau aku ada anak, mampu tak nak fikir macam parents Ammar?

Buku ni bagus especially for those yang masih mencari-cari apa hakikat sebenar hidup macam aku. Kerja, keluarga, impian, cita-cita, masalah- entah mana yang nak didahulukan. Then at some point aku duduk termenung sendiri bila fikir once nyawa ditarik keluar dari badan, apalah gunanya semua ni? Cukupke bekal aku nak dibawa ke sana nanti? [sigh]

Dunia hanya jambatan akhirat. Bukan satu matlamat. 

Thursday, March 13, 2014

Kata

Aku tak ingat exactly bila aku start menulis. Cerpen start darjah tiga. But membuat catatan especially diary I think lagi lama dari tu. Mula suka beli note book cute miut yang banyak jual kat pasaray dulu. asal g pasaraya mesti aku kat bahagian stationary [dah besar je slalu lepak kedai CD. member duk gila mengayau cari baju ke pe, hbis je, diorg cari la aku kat kedai CD, mesti jumpa. Dulu la. la ni myb dah duk kedai buku. kot. Haha. InsyaAllah] Ibu and ayah tak didik pun. Tapi diorg mmg kaki tulis diary. Dulu diorg cite, gaduh pun pakai diary. sbb punyalah taknak show dekat org yang diorg gaduh, so diorg guna tulisan sebagai medium pengantara. Mujur takde wasap bagai ni dulu. Kalo tak, haru. Then ayah & ibu baca cerpen and novel yang aku buat separuh jalan, ayah galakkan aku join persatuan penulis ni sume tapi entah, tak pula aku minat nak join org ni sume. Almaklumlah, dara pingitan. [Ceh! padahal mmg pemalas nak keluar rumah] 

But then, aritu aku dengar rupanya mencatat a.k.a menulis ni is a good thing to do. Meh sini aku share, antara fadhilatnya adalah first- Menajamkan fikiran (keupayaan mengimbas kembali perkara/peristiwa yang telah berlaku) Second- Memusatkan tenaga dan energi (tenaga disalurkan di atas selembar kertas) Third- Menghargai nikmat penghayatan. Fourth-Menjadikan diri efektif (dalam memberi manfaat pada orang lain) Fifth- Mencipta ruang kosong dalam otak & mengisinya (proses ini akan berulang-ulang sepanjang penulisan) Sixth- Mendatangkan rasa puas dan percaya diri (terasa ada bakat & manfaat)

Antara perkongsian Ustzah Norhafizah Musa- "Ayah ustazah suka menulis... Pernah di kampung ustazah terjumpa buku catatan lamanya. Di dalamnya menceritakan tentang kami seorang demi seorang, anak-anaknya; kisah kejayaan, sakit demam kami, semuanya dicatatkan di dalamnya. Ustazah merasakan diri & adik-beradik yang lain sangat penting di sisi mereka..." Then dia cerita tentang hebatnya Hassan alBanna. " Dalam kesibukannya masih sempat menulis dalam setiap folder anak-anak (amalan setiap hari). Bila anak kita mahu kahwin nanti, serahkan saja folder ini pada bakal suami/isteri anak..." Sweet bukan? Kokping (Fyn Jamal) buat satu email utk Juna and she sent emails to him and nanti bila dah sampai masa, Juna will received the password and then read all those emails yang Kokping tulis. Kan ke ia akan menjadi hadiah kahwin paling sweet?  [Curi idea- I'll do this kalau ada rezeki. Kehadapan Nur Iman Hannan.. Cewah!] [Note- I'm not planning to have only one daughter. Aku berangan nak ada anak lima org. Cumanya nama ni sahaja yang aku terlintas dalam kepala secara tiba2. Takde maknanya nak berangan nama anak ke hape. Kompem nanti kena ikut cakap laki. hukhuk]

Ehhh...apsal cakap pasal anak pulak ni?

Main pointnya aku nak cita adalah- rajin2 la menulis i.e update blog pada siapa yang ada blog. Sape yang takde blog, slalu la mencatat. Ideas come and go. Bila terfikir tu then lupa amatlah sayang sbb who knows, dengan idea tu, we might change d world? And banyak fadhilatnya. Tu je tazkirah hari ni. Sekian. Renung-renungkan dan selamat beramal! [tata]

###

 

Mujurlah kita hanya hilang cinta seorang manusia yang tidak halal. Bagaimana kalau kita hilang cinta Allah? Masihkah ada syurga untuk kita?? [sumber]

Monday, March 10, 2014

Gusar


Tuhan,
Kami bersujud merayu padaMu
Andai terkorban, tunjukkn jasadnya
Andai hidup, kembalikan mereka
Tak kira di laut, di darat mahupun di udara
Kerana penantian yg tak pasti ini cukup menyeksa

Tuhan,
perginya mereka meninggalkan keluarga
ada ibu, ada bapa
ada anak ada kekasih
semuanya gusar, semua menanti
bahkan kami- yang tidak pernah tahu tentang mereka
juga menunggu
berdoa sayu, agar cepat2 dipertemu
memohon keajaban- yang semuanya atas kehendakMu

Tuhan,
Malu kami untuk meminta
Mengingatimu hanya pada waktu hiba
Namun apalah daya kami hamba yg hina
Kerana Engkaulah pemilik segala
Yang Maha Berkuasa. .

#prayforMH370

Sunday, March 9, 2014

SBB- Kalam Cinta Daripada Tuhan

Blog ini semakin lama jadi semakin peribadi. Dan bila umur tinggal beberapa langkah untuk masuk three series ni, rasanya tak berapa sesuai nak menulis ala kanak-kanak riang selalu. Ah, umur sekadar angka, asal muda di hati- Betul, tapi entah. Rasanya tiba masa untuk tulis sesuatu yang harapnya memberi manfaat pada sejagat. Moga boleh jadi saham akhirat, sebab mati bukan kenal tempat. 

Jadi aku decide untuk start buat review buku-buku yang aku sudah 'habis' baca. Sharing ilmu yang aku dapat dgn niat moga ilmu tambah berkat. Maka terhasil lah SBB- singkatan bagi #SyuhadaBacaBuku. Mohon memahami segala kekurangan ini sbb aku baru nak pupuk balik minat membaca dalam diri yang dah sekian lama aku tinggalkan sejak ada FB bagai ni. Aku hanya mahu kongsi apa yang aku faham, apa yang aku rasa, apa yang aku fikir. Macam yang aku kata tadi, dengan harapan ia boleh dijadikan manfaat. InsyaAllah.

Dan buku yang aku nak review malam adalah Novel Indonesia karya Ali Sobirin El-Muannatsy tajuknya 'Kalam Cinta Daripada Tuhan'. 


Buku ini aku beli dari BigBadWolf beberapa minggu lepas dengan harga RM5 cuma. 480 muka. dan aku ambil masa hampir dua minggu mahu menghabiskan buku kecil ini. [kan sudah aku kata aku baru nak merangkak mahu minat membaca] Kalau korg minat baca buku yang santai, mudah faham dan seronok- buku ini secara jujurnya bukan untuk korg. Buku ini bosan. Dalam dua tiga bab yang awal, aku as melayu malaysia ini agak sukar nak faham culture dan visualize apa main point buku ini. 

Selepas beberapa ketika, baru aku dapat grab apa yang nak disampaikan oleh penulis buku ini. Sini baru datang seronoknya. Ceritanya tentang Alim a.k.a Jony, 25 pelajar tahun akhir fakulti tarbiyah, Universiti Islam Negeri. Seorang penyanjung Gus Dur, penceramah berilmu, bakal guru, yang nampak tegas dan berperinsip tapi dalaman ada goyahnya. Keluarganya bukan orang senang dan sebagai anak yang sulung, lelaki pula, Jony struggle utk habiskan ijazah pertamanya sehinggakan dia menolak cinta tiga wanita- Revy, Betty dan Cik Rita. Alasannya, dia belum bersedia- dia perlu fokus pada pengajian dan prioritynya adalah keluarga dan adik-adik. Tapi sebenarnya dia sudahpun punya pilihan hati- Yani, seorang teman yang dia senangi. 

Betty, Rita dan Yani datang macam angin lalu tapi bukan Revy. Revy@ Tari, 22, datang memberi cinta dengan penuh kesungguhan. Gadis tulus, keanak-anakan namun serius dalam cerita hatinya. Anak tunggal dalam keluarga kaya, jadi aku tidak hairan sikapnya begitu. Bila Jony menolak, Revy pergi bawa diri. Jony jadi sasau bila Revy putuskan hubungan termasuk tukar no telefon. [tym ni aku teringat lagu Let her Go, Passenger. Baru padan dengan muka!]  Tapi jodoh telah tertulis, rupanya bapa Revy dan Jony adalah bersahabat dan mahu menjodohkan mereka. Happy ending. Mungkin. [Sebab bernikah tak bermakna happy ending. Pernikahan adalah new beginning. Tak gitu?] 

Komen aku- macam yang aku kata, korang myb akan pening utk visualized setting novel ni. Katanya novel islam, jurusan agama islam- fakulti tarbiyah lagi- tapi perempuan keluar masuk bilik Jony, siap menumpang tidur. Revy dan Jony macam tidak ada batasnya sampai boleh tidur di pangku, boleh berpujuk rayu. masa baca, i was like- apaa niii?? But then myb tu budaya diorg. Buku ini adalah karya seorang pemikir, yang ada ilmu. Yang menulis guna pengetahuan bukan hanya guna hati. Segala fakta yang dia bentang, segala hadis yang dia quote, dia olah dengan baik. Cara dia mengkritik pemimpin, menegur masyarakat guna cara yang mudah tapi ohsem wei. Dan penulis aku sifatkan sebagai seorang yang perfectionist. Setting dia explain dengan amatlah teliti sampai aku; being someone yang straight forward, melangkau part-part tu. [haha] ceritanya mudah sahaja tapi penceritaan dan wording nya baik. Banyak ayat-ayat penulis yang buat aku kagum and rasa- macam mana kau boleh karang ayat begini bagus? Jawapannya- Iqra'! Melalui pembacaan nanti Allah akan bagi ilham. There are few things yang terkesan kt aku

First, Aku suka bila kawan-kawan menyifatkan hobi Jony sebagai- Suka menghantar orang ke langit tujuh [pada pemahaman aku ia macam sweet talker. Owh aku benci spesis lelaki begini. Sungguh] 

Second:  Analogi ttgh kehidupan- "Dany, ada banyak jenis lampu. Ada lampu picit, ada pelita. Ada lampu elektrik, ada neon. Orang memilih untuk menggunakan salah satunya. Kita tidak boleh memaksa orang menggunakan lampu yang kita suka. Begitu juga dalam menentukan kehidupan. Ada orang puas dengan lampu elektrik. Walaupun tidak terlalu terang, tetapi sinarnya membias luas. Ada orang puas dengan lampu picit. Walaupun tidak membias luas, tetapi terang pada satu titik. Kita tidak boleh memaksa orang yang telah memilik elektrik untuk menggunakan pelita. Begitu juga sebalinya"

Third: kata2 Jony bilamana dia menyifatkan Gus Dur" Ilmu tauhid Gus Dur luar biasa, umi. beliau menganggap segala sesuatu itu nisbi. Termasuk jawatan presiden. Bagi Gus Dur jawatan Presiden atau kekuasaan itu hina dan kerdil. Ia hanya alat untuk berbakti kepada Allah. Oleh itu apabila beliau dilucutkan jawatan presiden, beliau tidak kisah. Tidak tertekan seperti yang lain. Beliau masih menemui masyarakat tanpa beban..." 

Banyak lagi. Korg g la cari buku ni. Bila baca buku ni part mereka berbahas mengenai Ibnu Sina, aku teringat tentang teman-teman DLSA. [tak sabar tunggu konvo- betapa la aku merindu mereka semua] dan sepanjang aku membaca buku ni aku cuba untuk faham stand Jony sebagai lelaki yang sedang struggle untuk masa depan. Teringat pada status adik aku dua tiga hari lepas bila dia terpaksa menolak hasrat hati seorang awek yg nak dkt dia [laku juga adik aku tu rupanya]. As perempuan, we tend to be impatient about it. Kepastian yang dimahukan. Nak kata nak, Tak kata tak. But lelaki lain. Jony sedar dia siapa, anak kampung yang masih belum punya apa-apa. Jadi dia banyak berdiam diri dan being reserved. Entah. Orang kata 'If someone actually wanted you in their life, they would make a continuous effort by showing it'. Probably, Jony species rare. 

Entah. Aku sendiri tak berapa familiar dgn pemikiran seorang lelaki. Even tough I have five brothers, i could only understand them as my brother, not as a man. 

Monday, March 3, 2014

True Happiness

Mulakan bulan baru dgn sudut positif yang baru. Ayuh!!

Hari ni nak ckp psl happiness. [senyum lebar-lebar]

faham tak satu rasa bila kita buat seseorang happy even just by simple thing we made? Macam ada satu happy virus yang boleh buat kita bahagia. Lately aku banyak dgr masalh org and they listen to mine as well. I'm not a good listener- cik soulmate made me realized that [and dats what a true-best-friend did; telling u what is wrong but stay with u through thick & thin. i love u cik soulmate. i sincerely do] but aku suka dgr masalah org. First sbb aku rasa they trust me and i appreciate dat. Second- their problems made me realized masalah aku tak de lah sebesar mana. Syuhada selalu over thinking about certain things so bila dgr masalah mereka, aku akan back on tract- guna akal selesai masalah- bukan hati dan emosi

Hanis Zalikha pernah post psl random act of kindness just to make people happy kat sini and its inspiring. In fact kan Islam dah ajar, do good to others and expect nothing but believe that Allah will grant u something in unexpected way. If buat baik dgn org, jgn expect org tu akan bls pd kita sbb takut nanti niat kita bertukar. Jadi tak ikhlas- so pahala sia2. And dats happened to me. Sungguh.

[ok. lps ni aku nk cite psl aku. so sape2 rasa cite lps ni berbaur masuk bakul angkat sndri, butang pangkah kecik kt hujung belah kanan tu sangat membantu]

last few days sheera wsap katanya sgt down psl few problems. and i couldn't say anything to comfort her because i knew how much it hurts. dgn esok nak bicaranya lagi. So aku decide utk cheer her up. I sent this to her house.


hehe. sweet kan aku? aku ingat aku buat dia sorg je happy. but bila dpt ni 



those messages made me happy gila. ye la kalo tak tak de la aku post psl bnda ni. [petua utk lelaki yg nak usha awek- most girls yang aku kenal or aku tahu tak expect pun candle light dinner bagai. even pensel kayu ko bg pun blh wat dia happy sbb yg penting bukan harga barang but ingatan] Aku rasa happy sbb at least blh wat dia happy and tak rasa lonely sbb selalunya bla tgh ada msalah, setan mula hasut, kita akan rsa lonely gila. Sampai lupa Allah kan selalu ada.

ingatan utk dri sndri 
[and my dear readers. kunun budget blog org ramai baca sbb guna plural. hah] 
lps ni, jom buat org happy! Ia bg kita kepuasan n kebahagiaan yang tak dijangka banyaknya.

tgk muka kenyang n happy diorg- buat aku terfikir- oh, ni la mkna bahagia. Tapi rupanya tak. makna bahagia  yg sbnr adalah ini

muahahahahaha.. bahagianya la hai dpt membahan! hahahahha

Dapat belanja diorg dgn hasil titik peluh sendiri, nikmatnya Tuhan sahaja lah yang tahu. Aku tak de abang kakak yg blh buat mcm ni kat aku, but diorg ade. Rezeki yg Allah bagi ni share je dgn org syuhada. Tak yah pikir banyak. Nanti Allah balas. confirm

sebagai contoh- hari ni aku menang kes!! [lompat lompat]
even tak de la menang mana- tuntutan balas kitorg ditolak, tapi klien  kata tak pe. janji main claim ditolak. n most importantly, klien janji nak bagi fail lagi. Alhamdulillah :))))))

sebelum say babai- ni nak share quote best dari keknis:-
you have to let go what u think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST  for you until it has arrived

stay positive rerakan!!