Sunday, March 16, 2014

Bonda dan Cinta

Hujan
Ingin ku rangkul pinggang bonda
Melepas lelah mengadu sedih
Pasti lega nyaman terasa
Aku mahu duduk di sisimu bonda
Dan aku mahu tanya banyak perkara..

Bonda, bonda
Mereka kata setiap ujian pasti ada hikmahnya
Tapi boleh kah aku bertanya pd Yang Maha Kuasa
Apa erti semua ini? Mengapa aku diuji sebegini?

Bonda, bonda
Mereka kata ujian hadir pd yang mampu
Tapi mengapa kala hal ini diperturunkan pdku
Jantung rasa kacau, lutut rasa goyah
Aku lemah rasa mahu rebah

Bonda, bonda
Mereka kata kita perlu redha dgn semua ketentuan Nya
Tapi bonda, kenapa air mataku tidak mahu berhenti
Padahal aku telah pun terima
Bahawa ini semua adalah kehendak Nya

Kemudia bonda rangkul aku
Tanpa kata apa-apa
Dalam diam pelukannya dia jawab semua soalan aku
Tanpa sebutir kata, ajaibnya- aku rasa lega

Di hujung pelukan penuh kasihnya dia bisik kepadaku -percayalah anakku,
Dia menguji mu atas dasar cinta
Dan ini semua adalah sentuhan kasih sayangNya. .

#keeppraying #prayforMH370 #doautkmh370

No comments:

Post a Comment

senyum <3