Wednesday, July 25, 2012

Kalah. Tala Syiok

Ada satu perasaan bersalah plus tak puas hati plus kesian bila Magistrate decide yang permohonan klien ditolak siang tadi. 1st time aku amik decision then, it is not a satisfying decision for us. Kalau aku rasa kes ni mmg tak de harapan, itu lain cerita. Ini mmg rasa confirm menang sbb aku tahu klien berckp betul. Masa bagi statement kat court, sumenye berjalan lancar. In fact, mmg rasa confident yang amat yang Magistrate dh side kan kitorg-but still- kalah jugak.


masih terbayang bawah kecewa klien. and senyum busuk opponent. 1st time ambil decision sorg2. perasaan aku bercampur gaul time tu. sedih, kecewa, marah, kesian, geram.. sume ada. dugaan Ramadhan sungguh.  

dalam kalah-kalah tu, ada pengajaran besar untuk aku. Satu: dont ever-ever-ever underestimate org. mungkin aku n k.ana memandang rendah pd lawyer d other side. Even dia ada super senior lawyer, but d way he ask not convincing enough for me. Hujahan dia pun aku rasa melalut- but then, sape aku nak menilai??! chambering student baru lima bulan- haih, syuhada.. syuhada.. Second pengajaran- court ni unpredictable- so buat sehabis baik to ensure kalau kalah pun, kalah bermaruah. bukan nak kata kitorang tak buat betul, tapi decision utk tidak mereply hujahan balas opponent pada aku adalah satu kesilapan. kesilapan yang kitorang buat sbb rasa confident gile kes ini blh mng. 

Well. tak pe. blh je appeal. InsyaAllah, selagi kitorg berada di pihak yang benar, Tuhan akan tunjukkan. 

Be Positive Syu!! 

selamat malam dunia. moga bermimpikan yang indah-indah~ 

p/s: owh, esok 26.7! Lapan tahun dah berlalu rupanya. huhu. 

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan. Senyum


Pakcik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dah pun announce yang hari ini- 21 Julai adalah tarikh bermula ibadah puasa i.e. 1 Ramadhan untuk semua umat Islam d Malaysia dan kawasan2 yg sama waktu dgnnya. *Honestly, aku rindukan pakcik yang dulu sbb pakcik yang dulu adalah pakcik yang aku slalu nanti2 kan tiap2 kali nak raya. Time kecik2, raya mmg syok- dah besar ni kureng skit. tambah lagi bila fikir aku mmg dh tak layak terima duit raya.huhu* 

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan. Seluruh dunia menantikan mu.. Alhamdulillah, aku bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Senyum.

Even agak exited nak sambut Ramadhan, tp 1st terawih aku tak pergi. Letih yang amat sbb NS Bar wat talk ttg new amended law yang akan take effect 1 Ogos ni. aku sampai umah dlm pkul 7.35. Ye, aku akui tu bukan alasan. baek, malam ni InsyaAllah aku pergi terawih. Senyum

sampai je rumah semalam tgk family aku baru lps solat magrib berjemaah tapi tak cukup 3 org which are aku, fahmi and hafiz. syahdu skit rasa time tu.. Tuhan, moga kami kekal berkeluarga hingga ke syurga-Mu.. Sayang tak de kamera time tu, kalau tak blh capture. tapi situasi tu dh tercapture dlm hati yg aku akan kenang sampai mati. Senyum

apa azam ramadhan aku kali ini ek. hmmm.. hajat aku semoga syuhada akan solat di awal waktu. tidak lagi melambat2kan solat. syuhada nak mula baca tafsir Quran. nak faham apa yang aku baca selama ini. syuhada nak kawal rasa marah-marah dalam hati. nak kwl nafsu. nak banyakkan amalan sunat. nak macam2. Senyum

DISCLAIMER: ini adalah blog peribadi. jd tujuan perkara ini ditulis adalah untuk peringatan pd diri sendiri. bukan berniat nak budget baek etc. sila positifkan pemikiran anda. Tuhan suka perakara yang positif. Senyum


Saturday, July 14, 2012

Hantu. Ghost. Bhoot.

dari pagi tadi hati tergedik-gedik nak cite pasal hantu. hantu dari POV aku adalah satu subjek kegemaran orang. bukan sahaja orang melayu, tapi worldwide kot. mmg entiti yang feymes juga ada pelbagai versi dan jenis. Ju-on (korea) sundel bolong (indon) n nag nak (thailang) adalah antara hantu2 asia yang dah ada brand sendiri. canggih ek. hantu adalah biznes yang boleh bawak profit. kalo tak, takkan muzium blh wat pameran hantu, fun fair blh ada rumah hantu kan? even skrg ada download2 cite hantu sume. ha, ni lagi satu brand hantu yang terpahat dlm hati penakut aku ni. kalo korang dilahirkan sezaman dengan aku, rasanya korang penah kot tgk cite ni..


cite hantu ni bapak scary. and reason utama nape aku tak suke clown. clown tak penah nampak kelakar di mata aku. pada aku clown adalah satu ciptaan manusia yang sgt mengerikan. pada sape2 yag mencari rezeki halal sebagai badut utk menghiburkan orang- jgn salahkan aku. aku terlanjur tgk cite ni dlu. 

kenapa hati aku tergedik2 nak cite pasal hantu? sbb pagi tadi gile bapak besar setan mengacau. even tym aku tgh taip ni pun tengkuk aku meremang. aku memang slalu kena himpit/ tindih ni. for those yang penah kena, korang fhm la betapa seksa nya bila bnda tu jadi. tak boleh nafas nye, nak jerit pun payah. ada org kata tu sbb roh kita tak masuk habis lagi tp kita dh terjaga. nth. apa reasonnye aku tak pasti tapi pagi td dia siap jerit2 lagi kat telinga aku. terbaek ah. sbbkan aku selalu kena, aku tak la takut sgt. in fact aku kena pun pagi. tapi kalo aku nk tido lena lps tu mmg mimpi la nak dapat. kalau kena malam, aku ketuk pintu bilik ibu, ajak ibu tido skali, baru blh lelap. 

so inspired dari kejadian tu, aku nak share beberapa kejadian aku jumpa/nampak hantu. ni adalah pengalaman sebenar. bukan hearsay. kalau tak caye, terpulanglah. 

1st time: kat Taman Tuanku Jaafar
time tu umur aku dalam 5-6 tahun. tapi aku tak tahu nape apa yang aku nampak tu aku tak boleh lupa. and aku pun tak pasti samada yang aku nampak tu hantu ataupun betul2 seorang nenek tua yang nmpak macam org gile, tiba2 wujud kat TTJ. aku tak penah nmpak nenek tu sblm tu. tym tu nak maghrib and aku diarahkan masuk rumah macam biasa. sblm masuk, aku mmg sure aku nmpk seorang nenek tua, baju compang camping, berkain batik, berbaju kurung kedah, rambut mengerbang tak terurus paras pinggang- mengala ke arah rumah bertentangan dengan padang. jauh jaraknya tu tapi aku sumpah boleh nampak.. aku tak nampak muka dia sbb dia membelakangkan aku dan berjalan ke arah depan sana. tapi sungguh, aku mmg nampak.

2nd time: kat TTJ jugak.
ni aku tak nampak. ni aku dgr. masa tu jalan raya. jalan ramai2 dengan family org lain. bila aku ckp berjln bukan dgn kete ye. jln2 ziarah jiran tetangga. dan tempat yang aku nk gi tu menggunakan tempat yang sama aku nampak nenek tua tu. tak lah takut time tu sbb maklumlah, budak2. sronok gile tym raya. tapi aku notice ibu diam semacam *okeh. myb korg tak tahu, mak aku adalah antara manusia2 spesel yang blh nmpk bnda2 alah ni. dia boleh ubat org tapi bukan hebat gile mcm harun din. so kalo tetibe terpikir nk dia tolong, better tak payah la sbb at the end korg akn menyusahkan dia. dia ikhlas nak tolong tapi malamnye mmg mengigau sakan la dia* sampai je rumah, ibu cite dia nmpk org pakai telekung putih ada kt tingkap rumah dua tingkat tu. menjadi seorang kanak2 yang penuh curiosity, aku tanye mcm2. mcm mana rupa dia bu, apa dia buat bu bla bla bla. dan secara tiba2, ada satu suara yang kuat memanggil nama aku- Siti!! lillahitaala aku tak rasa tu suara org. sbb suara lelaki pun tak, perempuan pun tak. dan sume org dlm umah aku blh dgr. 

3rd time:
ni pun tym raya gak. jalan2 raya. ha, yg ni naik kereta. ven rusa lama kitorg. kt area seremban. kwsn tu mcm ala2 kampung. banyak rumah g, so odway nak g rumah kawan ayah aku tu, mmg dah agak lewat gak la. dalam 10.30 mlm. tp sbb kitorg konvoi n makcik tu insist supaya kitorg dtg. dia wat open house, lupe nk ckp. tp tu tak penting. yg penting, tym kitorg lalu kat satu kwsn ala2 mcm paya or semak tinggi2, aku tiba2 nmpak perempuan pakai maxi labuh warna ungu merah something. yang peliknye, pe dia wat dlm semak tu, berdiri bukan mengadap jalan? aku plak g tegur- pe orang pmpuan tu wat dlm semak tu bu? ibu cpt2 sruh aku diam n baca ayat qursi. tapi sudah terlambat, sampai je aku kat open house tu, aku terus demam. on the dot. tak de lengah-lengah. hadoi. 

4th time: kat SMKAP.
prep malam SMKAP mula lps solat isya'. masa tu form one. syuhada masih seorg budak hingusan yang terlalu takut dgn undang2 so habis je doa trus direct g kelas utk prep. takut lambat punye psl. masa tu antara kwn2 yang ada dengan aku time tu adalah ummu  n fana yb. fana jln sblh aku. kitog lalu ikut susur gajah. n nk g clz, kena lalu kwsn budak putera letak selipar. direct dgn tmpat tu, tiba2 aku nmpk seorg kakak berdiri betul2 belakang tiang. kalo nk terangkan, kira dia mcm cium tiang. mcm tu lah dekatnye. ada beberapa perkara tak logik yg ada dlm pale aku time tu. 1st ni skolah agama- mmg tak la nk berada kt tmpt budak lelaki mcm ni. kedua- pe jdh ko nk berdiri kt tiang ni? third- aku tak nmpk muka dia even aku tahu dia pakai baju kurung krim n tudung labuh krim. sambil jln sambil mata aku pndg 'kakak' tu. but then lepas je tiang tu, tiba2 aku rasa- sah, hantu la ni. trus berlari aku ngan fana.*tak tahu la dia ingat lagi ke tak*  g lantak ngan tudung labuh adap sopan sume. yang aku tau, aku selamat. haha. 

okeh. tu la pengalaman aku encounter ngn hantu. tak mendatangkan faedah pun.just nk berkongsi cerita.  hehe


-selamat hujung minggu kawan-kawan-

Friday, July 13, 2012

Sumbatkan Pada Hidung

Hidung tersumbat dah macam acara bulanan dalam hidup aku. Tiap-tiap bulan (mostly  la) mesti akan rasa rimas yang amat. tidur pun seksa. tetiba teringat satu moment 'vangang' aku :-

penama A: memang susah nk bernafas ek? U kena sinus ke?
aku: umm tak. resdung.


jangan ulang ke'vangang'an aku. resdung dan sinus adalah perkara yang sama ye. nak maklumat detail pasal resdung dan selsema ce try baca artikel ini.  cuma sinus tu omputihnye, resdung tu bahasa kita. *so actually aku bukanlah vangang, cuma menganggungkan bahasa kebangsaan. haha* minggu lepas doktor kat klinik rembau refer aku kat pakar ENT seremban. bab menunggu kt spital kerajaan ni mmg sume orang pun tahu kan. kalau sakit nak beranak, anak ko dh dapat gi skolah baru dapat jumpa doctor la kan. *ye. tau. gile exaggerate* tapi dah namanya kita sakit, so nak wat cam ne. Harunglah. akhirnya dapat jumpa doctor. nasib baik doktor tu cute plus comey. ha, double comel tu. jadi hati terus menjadi sejuk. wat lah pe pun doktor yang cute, kamu dimaafkan. hehe. doctor klinik rembau kata tonsil aku bengkak tapi pakar ENT yang kiut miut kata tak. just bahagian kiri pe nama nth dlm tekak aku yang bengkak. bukan tonsil. ha, lupa nak bagitahu sebab nape doctor refer aku kat pakar ENT. sebab penyakit hidung suke sumbat-sumbat ni dah ada dari kecik n haritu *okay. ni jijik sikit. kalo korg tgh mkn, better jgn teruskan pembacaan ini* hingus/ selseme/mukus aku ada darah ketul-ketul macam berry. second time darah cair. mmg cuak la aku. tu yang bawa ke pakar ENT. yup. pakar ENT yang kiut miut. hikhik.

so pakar ENT yang kiut miut tgk hidung n telinga aku. dah suluh pakai yang macam orang nak masuk gua tu. ala yang ada lampu suluh kat kepala tu. cam konpius2 skit so dia sembur hidung aku ngan ubat pelali pe nth. bagi kebas sbb dia nak masukkan kamera dalam hidung.

kamera?? dalam hidung???! 

memang cuak aku time tu. sbb 1st hidung aku tak kebas pun. picit2 rasa sakit gak. 2nd sbb camera yang dia kata tu adalah berada di satu besi panjang. panjang tak panjang la. tapi mmg hyper cuak la aku time tu. yang buat aku hilang cuak bila aku mengeluh- uwah, bapak panjang. dan pakar ENT yang kiut miut dengan sesomelnye berkata- mana ada bapak panjang. kuikuikui. malu gak aku tym tu tp pakar ENT yang kiut miut tetap somel. dia kata okay, tak de pe. darah tu my sbb luka, sbb aku slalu tekan2 hidung aku. then dia bagi aku ubat ni-


arwah wan penah suruh guna ubat ni but then dah lama tak pakai. tak tahu la elok ke tak tp dah dekat seminggu lebih blm gak elok2 hidung aku ni. seksa mak, nokks! hujung minggu baru dapat mkn ubat selsema tu sbb ubat tu mmg mengantuk tahap laksamana gaban hitam. kow2 punye aku tido lps mkn ubat tu. doa aku pada Tuhan, jangan lah aku kena hidung tersumbat tym2 penting especially kalo nak naik pelamin. gile huduh pengantin wat bunyi 'vavi' tym nak akad. owh. minta dijauhkan. aminn~~ 

Saturday, July 7, 2012

Ha. Wau. Ba. Ya

hati tergedik-gedik nak update. tapi everytime duduk depan laptop, idea tandus kaw kaw. lost word, lost sentence pe tah lagi. bulan Julai dan pun bermula. dah tujuh hari dah pun. 20hb ni tak salah aku dah masuk 1 Ramadhan. puasa ganti ada lagi 2 hari tak settle. *tepuk dahi* 

apa aku nak merapu ni? 
nak bercakap tentang haters- owh, ia boleh merosakkan mood malam minggu aku
nak bercakap pasal opis- aiseh. cuti kot. 
nak bercakap pasal kes dan mahkamah- dey, ni cuti la. 

owh, ye. aku nak bercakap pasal hobi. actually syuhada dalam proses mencari hobi. since siti syuhada ini adalah seorang yang sangat indoor. yang lebih selesa melepak di rumah dari mengayau di luar rumah. semuanya berpunca dari kadar kemalasan yang lama bertapa di setiap lapisan kulit aku ni. epidermis segala. so berbalik isu hobi tadi, aku mmg duk fikir pe hobi yang tidak memerlukan aku keluar walau seinci pun dari rumah. hobi yang mendatangkan faedah. ada terpikir nak memasak. giteeeewww! *ada yang menangis ke? haha* tapi tulah. aku search resipi tiramisu petang tadi, last2 wat lempeng gula merah je. wat lain jadi lain. adeh. pastu tghari plan nk wat daging ngan kentang masak skali mcm goreng ayam berlada. rumah aku panggil masak tu lauk beefsteak. tapi pedas yang amat sbb cili tu cili baru. mmg aku tak dapat makan la. ibu pun tak dpt nak habiskan nasi. pedas. sungguh. 

okayla. ubat selsema mula wat effect kat mata aku. berat mata. aku perlukan bantal. 
moga berjumpa di post yang akan datang. adios.

sebelum berangkat sambil mengusung teddybear busuk aku ni, nah aku share satu puisi sweetmweet dari zahiril adzim; antara kelompok spesis lelaki melayu romantik terakhir yang masih wujud. tabik hormat untuk suami seperti ini *mata kelip-kelip*

Matanya terpalit rapat,
dibuai mimpi mungkinnya.
Menghilangkan lelah,
menerima dugaan kecil dariNya, 

Dia demam siang hari,
menggigil tubuh menahan resah,
menarik daya.
Tiada upaya.
Wajahnya ku tenung, 
dalam tidurnya. 
dalam sunyi malam,
sedalam - dalamnya. 
Melihatmu,
aku tenang, Puteri hatiku.

Tidurlah isteriku, 
demam ini dari Tuhan, 
baik buruk, ia tetap pemberian Tuhan. 

Tidurlah, suamimu disebelah ini.
Biar aku tidur lewat malam ini,
Menunggu kau didatangi lena. 
Semoga esok, demammu reda.

p/s: Terciptanya rasa kasih, rasa sayang, dalam diri, didikan ayah ibuku. Walau ia milik Tuhan.


wassalam~

Friday, July 6, 2012

Prince Charming yang Soleh

hadaplah kat aku cite LailaMajnun, Snow White segala. Takkan hilang kagum aku pada cerita mereka berdua ini. 


cinderella muslimah. jodoh paling indah ceritanya yang pernah aku dgr. 


* speechless* 
video kawen cinderella muslimah dgn prince charming yg soleh. even husband puan irma mmg hensem n perfect tak hengat, tapi tidak ada sikit pun rasa dengki apatah lagi cemburu. sungguh. yg ada cuma rasa kagum. mmg jodoh lillahitaala sangat wow! subhanallah. semoga cerita cinta cinderella muslimah n prince charming yang soleh ini berbahagia dalam redha-Nya till jannah. 

subhanallah. Maha Suci ALLAH. Engkau lah sebaik-baik Perancang.