Saturday, July 7, 2012

Ha. Wau. Ba. Ya

hati tergedik-gedik nak update. tapi everytime duduk depan laptop, idea tandus kaw kaw. lost word, lost sentence pe tah lagi. bulan Julai dan pun bermula. dah tujuh hari dah pun. 20hb ni tak salah aku dah masuk 1 Ramadhan. puasa ganti ada lagi 2 hari tak settle. *tepuk dahi* 

apa aku nak merapu ni? 
nak bercakap tentang haters- owh, ia boleh merosakkan mood malam minggu aku
nak bercakap pasal opis- aiseh. cuti kot. 
nak bercakap pasal kes dan mahkamah- dey, ni cuti la. 

owh, ye. aku nak bercakap pasal hobi. actually syuhada dalam proses mencari hobi. since siti syuhada ini adalah seorang yang sangat indoor. yang lebih selesa melepak di rumah dari mengayau di luar rumah. semuanya berpunca dari kadar kemalasan yang lama bertapa di setiap lapisan kulit aku ni. epidermis segala. so berbalik isu hobi tadi, aku mmg duk fikir pe hobi yang tidak memerlukan aku keluar walau seinci pun dari rumah. hobi yang mendatangkan faedah. ada terpikir nak memasak. giteeeewww! *ada yang menangis ke? haha* tapi tulah. aku search resipi tiramisu petang tadi, last2 wat lempeng gula merah je. wat lain jadi lain. adeh. pastu tghari plan nk wat daging ngan kentang masak skali mcm goreng ayam berlada. rumah aku panggil masak tu lauk beefsteak. tapi pedas yang amat sbb cili tu cili baru. mmg aku tak dapat makan la. ibu pun tak dpt nak habiskan nasi. pedas. sungguh. 

okayla. ubat selsema mula wat effect kat mata aku. berat mata. aku perlukan bantal. 
moga berjumpa di post yang akan datang. adios.

sebelum berangkat sambil mengusung teddybear busuk aku ni, nah aku share satu puisi sweetmweet dari zahiril adzim; antara kelompok spesis lelaki melayu romantik terakhir yang masih wujud. tabik hormat untuk suami seperti ini *mata kelip-kelip*

Matanya terpalit rapat,
dibuai mimpi mungkinnya.
Menghilangkan lelah,
menerima dugaan kecil dariNya, 

Dia demam siang hari,
menggigil tubuh menahan resah,
menarik daya.
Tiada upaya.
Wajahnya ku tenung, 
dalam tidurnya. 
dalam sunyi malam,
sedalam - dalamnya. 
Melihatmu,
aku tenang, Puteri hatiku.

Tidurlah isteriku, 
demam ini dari Tuhan, 
baik buruk, ia tetap pemberian Tuhan. 

Tidurlah, suamimu disebelah ini.
Biar aku tidur lewat malam ini,
Menunggu kau didatangi lena. 
Semoga esok, demammu reda.

p/s: Terciptanya rasa kasih, rasa sayang, dalam diri, didikan ayah ibuku. Walau ia milik Tuhan.


wassalam~

No comments:

Post a Comment

senyum <3