Saturday, January 23, 2016

Syuhada in Seoul- Part III

Day 3

9.30 pagi dh gerak. Hari ni kitorg dh plan sejak dr Malaysia lg utk pakai jubah. sbb hari ni nak p istana paling feymes lah kt seoul which is Gyeongbukgong. bagus gila idea kak as, sbb last2 kitorg plak org duk panggil utk amik gambar sama2. masa p sini, ingat cite Rooftop Price. Scene yg heroine tu mati dlm kolam lps mkn pisang kaki beracun tu. badan actuallynye dh penat. so stakat amik2 gambar je. tak larat nk jalan banyak. Pastu p King Sejong statute and King sejong museum. main tulis2 nama dlm Hangul. Habis tu, kitorg gerak p lunch kt insadong and shopping sikit. kat sini aku beli beg utk adik2 and ayah. murah la, 10,000 won satu. kira dlm rm40 kita [tym aku pergi tu duit malaysia tgh gila punya jatuh] btw Insadong mcm art street. cantik ade mural bagai. oh btw, kitorg kena dakwah dengan pendakwah yahudi kt sini. pengalaman sungguh kena dakwah camni. kitorg pun try gak pakai hanbok instant. sewa. mahal gak.[kedekut betul pmpuan ni] 


Lps balik hostel jap, kitorg sambung p Ewha Women University. Lawa mak datok university dia. ade la shopping street bagai, tapi utk yg pergi bajet2 je, tak yah nk pandang sgt baju2 situ. huhu. habis kat situ, p Hongdae plak. Hongdae totally not my cup of tea. ko blh caye tak, aku duduk kat satu bangku tu pastu aku psg earphone, dgr surah al-kahfi. seyes weh, aku rindu gila ngan Malaysia time tu and rasa nak balik dan2 tu gak. bengong kan? Malam tu kitorg dinner kat Sincheon. 

Day 4

Ni hari last nak berjalan. Pagi tu kitorg gerak p Namsangol Hanok Village. Korg tgk tak Infinity Challenge yang episode Yoo Jae Suk, Eric Nam n Kwanghee bawak tourist p tgk culture korea kan, ha, kt sini la diorg bawak diorg. letaknye atas bukit kecik tapi separuh pengsan gak aku menapak. 


mcm mini malaysia kt melaka tu, sini ade la rumah2 traditional diorg. yg bestnye kt sini aku ngn k.ety merasa pengalamn dpt rawatan secara tradisional diorg. best gila okeh. [aku mmg suka culture- so ni pengalamn yg agak ohsem pd aku] diorg bg la beberapa herba especially utk mslh jerawat aku [aku tak tahu pehal, subur plak jerawat ak masa p seoul tu. haih] 

pastu kitorg p lunch kat namdaemun skali ngan shopping menghabiskan duit. mmg duit aku hbis teruk dek sbbkan kena beli extra beg [jd sape2 nk g seoul, bawa lah beg lebih.spare siap2. xyah kata korg nk backpakers je xnk shopping, sbb tu la ayat aku pd asalnya] beli keronsang kt sana utk ibu, bibik, mksu dan bos. juga fridge magnet utk staffs. 

mlm. p myeondong. dinner kt sana, duit dh hbis so nganga je la. betul2 beli hand sanitize je kt Nature Republic. tu pun sbb nk tgk baekhyun nye standee lg. haha. 

Day 5

Sesudah subuh dh kuar nak amik bas sbb dr hostel kitorg nak ke Incheon makan masa sejam gak. Flight pkl 8 pagi. dh settle sume, even terlebih luggage [mujur lepas] kitorg pun gerak la utk pulang. Its time to say good bye, Baekhyun-ah.. Noona will go back home.. take care my byunbabybaek


so konklusinye, seoul is beautiful country. travel kan, mcm2 bnda ko dpt observe.. org korea dlm moden2 diorg tu, culture masih lagi dijaga. diorg pun agak open and vocal dalam menyuarakan apa yg diorg rasa. nak datang lagi, insyaAllah kalo ada rzki sbb bnyk lg tempat tak pergi. 

So. jumpa lagi di lain entry. ewah. 

Selamat

Selamat aku ucapkan buat kamu
semoga cinta yang kamu ketemu
kekal bahagia hingga ke anak cucu

selamat aku doakan kepada kamu

semoga sentiasa dilimpahkan bahagia
semoga sentiasa dibawah lindungan-Nya
semoga yang baik-baik sahaja kamu jumpa

pesanku,
jangan sesekali dilupa cerita semalam
biar datangnya hanya membawa hiba
tapi Tuhan ajar kamu ttg kehidupan melaluinya

pesanku,
belajarlah dari kesilapan yang tidak kau sengajakan
agar kelak kau tahu arah mana yang hendak kau jalan
pimpin jemaah makmum mu kuat-kuat,
supaya tiada sesalan bila ditanya Tuhan.

selamat pengantin baru aku ucapkan

Monday, January 18, 2016

Syuhada in Seoul- Part II

Sbb kena update dah sblm start nk p travel tempat baru. weiiiiiihihi [muka girang] memandangkan aku sbnrnya mls nk taip panjang-panjang, jd info aku letak ciput je ek. ah korg pun bukan rajin nak baca. ingat lagi tak post aku psl seoul yang lps? 


ok. ingat dh? ni cite Day 1 plak.


pagi-pagi semetara tunggu member2 travel yang flight sampai pkl 7 pg, kitorg jalan2 sekitar kawasan. pergi Changgyeonggung palace, near SKKU. SKKU tu pe? Sungkyunghwn scandal pernah tgk? ha, tu university zaman tok adam kan? ni version baru plak. tapi yang bestnye, kitorg dpt tgk upacara sembahyang/puja dewa dewi diorg. pakai hanbok mcm cite lama2 tu. power seh, still jaga culture tak kira berapa pantas internet diorg. [tabik hormat] kat palace tu plak, org tgh wat renovation. so tak banyak tempat blh p. tp merasa la tgk dandelion. ngeh.  


lps jemaah travel lengkap, kitorg gerak p Itaewon untuk lunch kat restoren Eid yang feymes tu. [oh mai. aku teringat bulgogi yang sedap juga indah itu] lps mkn dgn sedapnya, kita p masjid itaewon. tak masuk sbb teruzur plak tym tu. aku ingtkan masjid iatewon tu cam masjid kita tau, tepi jln, easy access sbb tgk dlm gambar mcm besar gila. tapi tidak ye. dia kt atas bukit kt jalan2 kt itaewon tu ek. [sblm p korea, sila bersenam. sbb jalan mmg bukit bukau. blh patah kaki] masjid tu besar la. n kat sana ko blh jumpa bersepah org malaysia yg singgah solat. 

Then kita p la Namsan Tower- ikon penting dlm pelancongan kat korea ni. namsan juga tidak seperti aku bayangkan. aku bygkn dia mcm KLCC or KL Tower. yang sama sbb atas bukit tapi bukit yang ko kena daki untuk naik namsan ni condongnye nearly 45 darjah. [kesian kaki aku] ade cable car, tapi dh nama pun travel jimat- jd kenala bersusah payah. Kat sana naik tower utk g menara tinjau diorg. pergi juga 3D museum [walaupun rasa menyesal gila masuk museum tu. tp pengalaman kan. hadap sajalah] sbbkn kitorg g musim autumn, so ade gak kabus2 jad tak nampak sgt satu seoul. Namsan kecik je. mcm mini menara. tp sbb letaknya dia ats bukit and dia seketul je kt ats tu, so dia nampak gah tersegam. bila malam cantik ade lampu2. 

habis kat namsan, gerak balik. tapi sebb jammed, kita terlewat lah sikit nk dinner.. dinner mkn nasi goreng masak dpn kita dan2 tu gak. ingatkan sempat nak naik cruise Hangang tapi tak de rezeki, jd kita jalan2 je area hostel. pastu balik hostel- urut kaki.

Day 2

Its Nami's day, bebeh!! pagi-pagi kitorg naik subway ke Namdaemun pastu jln kaki utk amik bas utk ke Nami. boleh tahan jauh gak si Nami ni. dekat 2 jam gak. 2, 3 round gak tido dlm bas. org lain la. aku duk leka baca buku psl Nami island. Tajuknya: 'All about Nami Island' [tahukah anda nami adalah pulau recycle? tahukah anda bahawa daun2 kat nami tu pun actually bukan asal kt sana? tahukah anda pokok2 kt sami tu sbnrnya diatanam dan bukannya natural? tahukah anda bahawa asal nama nami ni sbnrnya dr jeneral yang dibunuh dan dikebumikan kat sana?] best bukunya. and wording nye sgt sedap. ok. berbalik psl nami ni, jaraknya mcm n9 nak ke shah alam. dah dekat sana, tepi2 jalan ko blh tgk sepah2 je bunga daisy tumbuh liar. subhanallah, sgt cantik. sampai nami, beratur jap, then naik ferry ke sana. akhirnya, sampailah daku ke Nami Island- pulau winter sonata tu.lunch nasi goncang ngan lempeng sayur.

Nami sgt cantik. dulu masa autumn kt Vienna, daun dh banyak gugur.. so tak merasa nak tgk pokok tukar kaler. kali ni Tuhan bg rezeki dpt tgk pokok kaler kuning, pink, merah and the scenery was breathtakingly beautiful. and korg akan lebih hargai Nami kalo korg baca buku psl Nami tu. Cayolah cakap acik. Aku bawak basikat kat sana weh! selepas aku rasa dekat 20 tahun tak bawak basikal, apa mcm gila aku bawak. kalo cite korea, pmpuan tak pndai bwk basikal tu cute, hakikatnya tidak ye. aku kelihatan seperti alien gila bru jumpa basikal 



 Kat nami lama gila. hbis tu kita gerak ke Dongdaemun. dinner kt sana, mkn ikan bakar n sotong sambal tu. then jalan2 sekitar tu. ha. nampak tak lampu2 bentuk bunga tu? cantik gila weh. sepanjang2 jalan tu, diorg wat lampu bentuk bunga ros banyak2. kalo g bercinta mmg feeling habislah! hehe. pastu gi Cheinggyecheon stream, dongdaemun history and culture park and dongdaemun design plaza. amik2 gambar, habis sume, bdn rasa nk pengsan dh, kita pun gerak balik naik subway. 

ok. dh pnjg sgt. sambung lg nanti. kalo rajin.

Thursday, January 7, 2016

Overprotective

[Writing this while humming Britney Spears' Overprotected] so last night, after dinner, Putut keluar la. Aku agak ni mesti kuar dating ni. Sbb before this, dia dh pernah bawak bf dia balik rumah- [konon nak tunjuk kat aku la bf tua dia tu. like i will redha la dgn relationship dia tu?] aku bagi gak la dia kuar sbb dia dh merengek kt tepi pintu tu. pastu pkl 9 lebih mcm tu, aku panggil dia balik. 

tau dia kt mana? 

ats tembok pagar rumah jiran depan rumah. tgh dating ngadap2 dgn bf dia tu. eh. bila aku panggil dia balik, steady je bf dia hantar dia balik. panjang juga la aku bebel kan dia. masuk rumah jap, mkn ikan sikit pastu nk kuar balik. jatuh cinta sungguh la kot. tak kisahla jantan tu tua n tak ensem, asal gentleman ye tut? #tepukdahi 

lambat gak hati aku nak sejuk bila tgk dia asyik kuar je tu. dh la malam kelmarin xbalik rumah. nanti dh bunting, jantan tu blah aku gak nk jaga sume. marah betul aku, sampai aku hampir lupa yang Putut ni kucing- dh mmg lifestyle dia gitu. 

baru kucing. agaknya kalo anak aku dh ade bf nanti, tak tahula camne aku react. agak camne la ibu hadam semua cite aku psl sume crush aku dulu. semoga aku dpt jd ibu yang cool mcm ibu.


damn. lagu britney spears dh kira lagu oldies weh. i have this love-hate relationship dgn umur yg baru. apapun, hello 2016!