Thursday, August 28, 2014

Siapa yang peduli?

Ini bukan puisi
Ini keluhan hati aku sendiri

**

aku ada banyak tempat nak pergi
jauh jalan-jalan lihat kebesaran Tuhan
sambil itu boleh upload gambar di FB dan ig
macam kawan-kawan aku buat

cemburu. ye, itu aku.
bukan bab upload gambar tu-- tp bab mereka berduit utk berjalan jauh mcm tu

**

sebut pasal upload aku nmpk mcm ada trend kt fb lately
yg dekat nk kawen- up status countdowntarikh nikah
yg baru kawen- upload gambr makanan msk utk suami
yg baru dpt anak sulung- upload gambar setiap inci tubuh baby
yg bru dpt anak 2nd n seterusnya- kegiatan upload gmbr baby tu dh kurg rancaknya

-- which made me realized: betapa mereka dah move one ke stage2 seterusnya tapi aku
aku stuck kat sini-- tunggu waktu mati

**

dlm dunia siapa tak de masalah
masalah tu perkataan paling boring yang aku kena hadap.
dats y perkara yang paling aku benci adalah mencari masalah.

aku impikan hidup tenang mcm air sungai kat tanah tinggi
rumput hijau n ada bunga2 sikit kat tepi.. indah weh!

mecari masalah tu bila org campakkn batu besar kt sungai kecik tu
dahla mengganggu ketenteraman hati aku
baju plak basak sbb air terpercik kena baju
takke jalan nak kena carut je

tak faham analogi aku?
aik. sejak bila ko make afford utk faham aku?

**

weh. kau tahu.
hari kau campakkan batu besar kat sungai impian aku tu
adalah hari org dumped aku.
silap. bukan dumped but itulah hari aku realized aku bukan siapa-siapa dlm hidup dia.
masa tu nasi impit rasa pasir, air sirap rasa lumpur!
tapi takde la sampai menitis air mata.
sbb apa?
sbb aku dah tak kuasa buka hati utk org yang tak penah peduli.

seronok ke buat aku susah hati?

**

patutnya aku kerja ni
apalah yang aku buat kat sini? 

**

Gaza dah dpt gencata senjata
tapi tak tahu napa aku mcm tak percaya dgn drama zionist celaka
drama ah diorg tu, tak de maknanya aku nak percaya
huh

**

what is happiness?
happiness is pagi2 kau dpt srpn ngan ibu and talking about everything under the sun.
p hantar ibu p pasar, lepak2 sblm p keje-- mcm opis tu bapak ko punya

so what is unhappiness?
ni. perasaan yg aku tgh rasa ni

Wednesday, August 13, 2014

Dua Puluh Tujuh

Happy birthday Siti Syuhada :)
Nape post pasal birthday sendiri? Pertama-- eh, blog aku, sukati aku lah! Kedua-- because i'm independent bebeh! and most importantly-- nak tunggu org post pasal aku, mcm tunggu durian gugur la kan. So here I am, opening myself again to let ME and u know how i feel on my 27th year of living.


Dear Siti Syuhada-- first and foremost I want u to know dat I'm soooo proud of being u. Jatuh bangun, sedih suka, jatuh hati patah hati, gagal berjaya.. u made through it. Tahniah, siti syuhada! I want u to know dat dont be afraid to make mistakes. Its a process of learning and it is part of life. U have made thousands of them but u still survive, right? Do not change, but learned. U might know this, but I want to remind u again dat things might be hard and u may not get what u want, but Allah knows better and of course, things will get better even it is not the path u want to get through. Be kind to others, jgn sombong because at the one of the day, kita hanya hamba yg satu masa pasti akan jumpa Tuan kita.  so, on this 13th of august 2014, dont forget to be thankful and grateful.Especially to Allah. Terima kasih pada Tuhan, kerana menyayangi kau dgn kasih syg yang tak dapat dibayangkan banyaknya.Dahla solat selalu lambat, tahajud dah lama tak buat. Masa sng slalu lupa. Tapi Dia tak pernah lupakan kau.Ingat, makin banyak kau kira umur, makin dekat kau dengan mati. Iman turun naik. buatnya mati masa iman nth pape, apa nak jwb masa depan Dia nanti? [gulp]

Terima kasih juga pada ibu, ayah, adik2, sahabat handai, saudara mara- yang masih ada dengan kau even tahu betapa tak perfectnya lah kau ni syuhada. Perangai, emosi, disiplin-- semua yg nth pape tu, diorg blh terima n masih mengaku kau as part of them. Macam mana hidup kau kalau tak de diorg. Jadinya, jgn lupa appreciate masa tgh ada. Selalu-selalu tunjuk sayang. Cubalah jadi pendengar terbaik, along terbaik, anak yang baik. Be the best for them so dat u can let them know how much u love them. [hugs and kisses]

and pasal.. duh. pasal kahwin ni, kuatkanlah sabar bila ditanya banyak2 kali. senyum je la bila org tempelak ko tak berusaha. cool saja kalau ada yang buat bahan ketawa. Allah tahu. Kau pun tahu, He is the best planner. Jadi, serahakan je semuanya. Sampai masa nanti jumpalah. kalaupun tidak di dunia, akhirat nanti pun akan ada. Umur kita ni kan ada dua fasanya. Dia dah bagi kau keluarga terbaik, jadi jgn tamak. jgn compare diri ko dgn org lain. Yang bagi rezeki tu Tuhan. Kena selalu ingat tu. Bila patah hati, relax sudah. tak payah nak sedih utk lelaki yang tak tentu mana pun. percayalah, Allah sedang lindungi kau. Dia mmg xbg sesape pun yang bukan mahram kau utk dekati kau kalau org tu bukan jodoh kau. Teruskan saja dengan hidup and jgn stop tawakal.


"Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia, agar Kami uji mereka dengan kesenangan itu. Kurniaan Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal."

(Surah Taha, ayat 131)

Be strong, Siti Syuhada. life will get harder- just bare with it. Allah takkan sia-siakan kita.

Monday, August 11, 2014

The Horrfying Story

benda kecik or mungkin blh besar- tapi boleh menakutkan. cer teka pe mende.no. i'm not talking about toyol here. lambat ah korg. jwpannya- jerawat! or acne in english. bnda kecik2 n kdg2 besar ni bila dh buat riot kat muka- it may ruin ur life including your long-awaiting raya season! I refused to meet people. Neither the great paklong nor my bffs. Orang dtg pun duduk dlm bilik. Literally my raya ended at 12pm on the very first day of raya. [imagine lah betapa boringnya hidup]  nak pujuk hati, selalu la ingtkan yang ni ujian dari Tuhan. Tak sesekali mengeluh, but tak ready nak jumpa org dlm keadaan macam ni. Huhuk.

This so called horrifying story of mine started lps pergi facial kat satu spa ni. Proper place, bukan cikai. Tapi maybe bahan yang dia guna tidak sesuai sama sekali dengan muka sensitip aku ni. G pulak tukar pencuci muka n siap beli mask buang bintik hitam bagai, natijahnya- ha, hambik ko. lima doktor aku jumpa termasuk dua doktor pakar. siap kena injection sbb gatal tahap dewa dewi bintang tiga.

cerita bab doktor ni, wat aku nyesal gak nape la aku tak bljr science subjects elok2 masa skolah dlu. kalo tak, tak payahla aku tgu berjam2 utk dptkn advise pakar yang tak sampai tiga minit pun. yang aku hangin, akibat dari ubat dia bgai sambil lewa tu, muka aku bagai ditenyeh dengan cili merah menyala.



ni first ubat- from pakar dermatologist HTJ seremban. yang bakar muka aku [mengikut kata 2nd pakar yang jumpa] bnda tiub kecik Trentinon n air pencuci tu la puncanya. sbbkan tak tahan, aku jumpa pakar swasta yang sedikit kerek. aku tanya elok2 kot, nak layan aku gitu nape. aku bayar- bukan minta free. tapi disebabkan sakit, aku redha jugak la. [korg slowly faham tak nape aku kata jerawat tu horrifying? ni antara sebabnya] bila aku tunjuk ubat apa aku dpt dari HTJ, doktor tu bg ubat yang ni plak.


alhamdulillah. berkat doa mak aku yang risau gila pasal muka aku ni, n ketetapan hati makan ubat dgn gigih [walaupun kekadang tinggal sbb ubat ni kena mkn bila betul2 kenyang. kalo tak, angin naik satu badan. ko blh jd sebu] muka aku dh getting better. jerawat banyak mati n now my problem is parut jerawat. [hmmm]

imagine how different humans are. aku kat sini msalah aku jerawat je. Gaza sana masalah diorg psl nyawa! tak bersyukur lagi? Hadap kek kau lah heh.

Wednesday, August 6, 2014

Cinta Dia. Cerita Kamu

[aku menulis sebagai seorang manusia
yang punya rasa untuk diungkap
namun tak punya kuasa untuk bercakap]