Wednesday, December 4, 2013

Impian tentang Mati

Ahmad Ammar terus menjadi peringatan terhebat dalam minda sehingga kini. Aku selalu ingat tentang mati lately sampai aku memasang angan-angan tentang matiku. 

Aku berdoa agar matiku nanti biarlah dalam iman- yang mengakui bahawa Allah itu Tuhanku yang satu dan Rasullah s.a.w itu adalah nabi ku. Aku tidak mahu mati dalam keadaan yang kufur. Ya Allah, biarpun aku tidak layak memasang angan2 utk mati semulia Ahmad Ammar, aku mohon Kau maknulkan doaku ini. 

Aku juga merayu agar matiku tidak diaibkan. Tidak terdedah auratku. Tidak tercela maruahku. aku hamba yang hina, Ya Rahman, aku mohon belas kasih sygmu untuk melindungi aku dari kematian yang mengaibkan. Sekiranya aku mati dalam kemalangan atau apa jua, aku mahu sekurang-kurangnya ibu ayah dan keluargaku masih dpt mengucup jenazahku. Saat jenazahku perlu dibawa ke kuburan, aku mahu Hafiz, adikku yang plg sedap suaranya mengalunkan azan. 

aku perlu perbanyakkan bacaan 'Qulhuallahuahad' kerana melalui pembacaan baru2 ini, hikmahnya ia dpt melapangkan kubur kerana aku takut pada sempit, pd gelap dan pd haiwan2 dlm kuburan tersebut. pasti jenazah ammar dipelihara dari semua itu. Ah, Ammar, aku sungguh2 mencemburuimu tp aku tahu aku tak layak sbb tak ada apa yg aku buat utk menjadi yg layak utk mendpt layanan Ar-Rahman begitu sekali. 

Banyaknya dosa. Banyaknya dosa ku..

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah