Wednesday, September 12, 2018

Gunung Datuk- Otot Peha Ku Rabak

Sejak join JK1M 11 ni, aku macam ketagih nak jadi aktif, tu yang aku sendiri gatal mulut ajak Tipah p hiking Gunung Datuk. Yes, aku sendiri yang tak sedar diri. Badan tak fit mana, hiking pun pernah naik Batu Putih n Kepayang je, ada hati nak tawan Gunung Datuk. Ceh! 

Cuti panjang time orang sume p jenjalan, aku yang mereput dalam rumah ni pun mula la tanya kwn2 kot2 nk join hiking Datuk ni. Dah habis ajak segala kawan-kawan, end up yang setuju nak naik is Tipah, Kak Fiza n Nyda [coach aku untuk JK1M merangkap junir sekolah] budak SMKAP sume, beza batch je. 

Malam before naik, aku duk msg Tipah, boleh ke aku buat? Sampai ke puncak? dan segala soalan tentang kemampuan diri sendiri. Tapi jauh dari dalam hati, i know, i am not a quitter. Maka esoknya sebelum subuh aku dah bangun sbb tipah kata nak amik kat rumah jam 7 pagi [last2 dia yang lewat. Double ceh!]  rumah aku dengan Gunung Datuk tak sampai 10 minit drive. Masuk simpang ke Kampung Bongek tu, jalan terus, simpang belah kiri. Waze je senang. Kalau parking penuh kat atas tu, mmg ko akan kena parking bawah la. sekian hal plak nk menapak ke atas. tapi kalau jiwa kental boleh double park, n byr rm3 kat pakcik tu sambil tinggalkan kunci... 

...macam tipah! 

Detail tentang sejarah etc korg blh baca kat sini. Untuk masuk, kena daftar dan bayar RM5. 


along the way masa aku mendaki memang macam tak ada kesudahan. Mujur, mujur dan mujur ada Nyda teman aku sebab Tipah cover kak fiza. Dia la yang duk bagi kata semangat, bagi 100plus, bagi fitness bar, bagi livita untuk aku bertenaga. Ajar aku tentang breathing, how to take a better steps, and even ajar aku tentang how nak minum air dalam keadaan mencungap. Kena sips je uolls. jangan kau habiskan setangah botol sekali teguk. Mati kau nanti! 

Nyda. Coach aku. Jangan try! anak dia dah tiga, okeh! even mcm anak dara. 

Yang paling seksa adalah part batu2 tu. Ya Allah, i keep questioning why i want to do this at the 1st place. Nyesal sungguh rasanya... ...but once kau dah sampai puncak, Subhanallah.... 

 

A day before kitorang naik, hari hujan so kabus memang tebal. That is why bila kat atas tu kau rasa sejuk tapi mata tak leh nak buka sebab rasa matahari terik balik kabus tu. Gambar pun mata kenyit2 je. Alhamdulillah, selepas hampir 3 jam, akhirnya anak Rembau ni boleh mengatakan dengan bangga dia dah pernah sampai ke puncak landmark penting Rembau i.e Gunung Datuk.
I am so proud!  

 

tapi dalam proud-proud tu, aku boleh lupa azab nk turun. Fuh, memang rabak peha sebab memang guna kekuatan kaki nak tahan since curam gila and jalan agak licin sebab lumpur and batu. Rosak kasut baru aku! turun amik masa dalam sejam lebih juga, even lutut kiri aku dah mula buat hal. 

Overall sume okay, Alhamdulillah. Walaupun dua hari gak aku seksa gila nak berdiri and end up aku terpaksa solat duduk, ini adalah pengalaman berharga. terima kasih Tuhan untuk pengalaman dan kiriman rakan-rakan yang ada waktu susah senang masa hiking ni. [senyum lebar] 


Bye korg! Moga aku akan kembali rajin update blog. lama betul dah tak menulis. 
p/s aku tak sabar tunggu November. dah lama tak bau airport.