Thursday, October 27, 2016

Aceh - Tarbiah Dari Tuhan (Part III)

 [Hopefully ini last part utk trip Aceh. Kena update cecepat takut feel hilang]

Hari ketiga adalah hari lawatan rasmi. Dimulakan dengan lawatan ke Mahkamah Syar'iyah Banda Aceh yang mana kami disambut oleh Ketua Hakim, Hakim-Hakim, Pendaftar Mahkamah dan sebagainya. Dialog banyak tertumpu kepada sistem kehakiman yang mana kami diterangkan tentang bagaimana sistem kehakiman Syar'iyah dijalankan di Aceh. Aceh ini istimewa kerana Aceh adalah satu-satunya wilayah yang mempunyai Mahkamah Syar'iyah yang mana di kawasan Indonesia yang lain, ianya dipanggil Pengadilan Agama. [mohon betulkan kalau saya tersilap fahaman] 

 [di Indonesia Peguam itu dipanggil Pengacara. Pendakwa di panggil Jaksa. Manakala semasa perbicaraan ada tiga hakim yang mendengar sesuatu kes. Siap ada pendaftar duduk sekali. boleh ketaq lutut]

Deligasi kami juga ada menerangkan tentang profession guaman syarie di Malaysia khususnya Negeri Sembilan dan wakil dari pihak Mahkamah juga turut memberikan penerangan tentang sistem kehakiman syarie di Negeri Sembilan. Ada satu soalan yang sempat aku ajukan kepada seorang Hakim wanita yang namanya tidak berkesempatan untuk aku tanyakan. Soalan aku, apakah dengan perlaksanaan hukuman syarie di Aceh ini berjaya mengawal bilangan kes jenayah syariah di Aceh. Jawapannya tidak. hal ini disebabkan oleh pertambahan orang yang berhijrah ke Aceh. Soalan yang sama aku ajukan kepada seorang pendaftar Mahkamah. Jawabnya, ia terpulang kepada bagaimana orang awam yang melihat kepada perlaksanaan hukuman itu. Sekiranya dia melihat dan mengambil pengajaran, maka insyaAllah perlaksanaan hukuman ini akan memberi impak yang berkesan kepada iman dan sahsiah diri. [jawapanya sedikit aku olah. kan dah kata dalam mode serius] 

 Sebelum membuat lawatan ke Universiti, kami singgah untuk solat Zohor di landmark terpenting Aceh, Masjid Raya Baiturrahman. Masjid ini sangat mendamaikan. Sejuk. Waktu kedtangan kami, masjid ini dalam proses renovasi yang mana di luarnya sedang dalam proses untuk dipasangkan payung besar sama seperti di Madinah.  Sebelum masuk ke dalam ruang solat, ada aliran air untuk membersihkan kaki.


Allahuakbar. 
Aku tak akan boleh lupa perasaannya sewaktu mengangkat takbir semasa solat zohor berjemaah. Rasa lemah longlai seluruh badan, kelu lidah, menggeletar rasa sebab di Masjid inilah Allah tunjukkan kuasaNya. Air mata tak putus-putus. Kesedaran bahawa diri ini sangat kerdil di hadapan Tuhan datang bertubi-tubi.Rasa tidak mahu pulang, tapi apakan daya, jadual lawatan agak padat


usai solat jama' kami dibawa ke Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh.  Perjumpaan sepatutnya dengan Rektor, namun kerana urusan yang tidak dapat dielakkan, kami berdialog dengan pensyarah di sana yang mana mereka menerangkan secara lebih khusus proses untuk melaksanakan hukuman syarie di Aceh. Sayang, masa terlalu suntuk jadi dialog tidak dapat dilakukan dengan lebih lama. 

 

 Setelah selesai, kami sempat singgah ke satu lagi peninggalan Tsunami, Bot atas rumah. Kami diterangkan tentang suasana Tsunami ketika itu, namun aku sempat mendengar terus dari salah seorang mangsa yang berjaya diselamatkan dengan menaiki bos tersebut. 

 
 
  [tahukah anda, selepas air reda rupanya ada seekor buaya di bawah boat tersebut?] 

lawatan hari ketiga tamat lebih awal. Pada sebelah malam, kami mengambil kesempatan untuk membeli belah kerana esoknya adalah penerbangan pulang kami ke Malaysia. 

Esoknya, setelah check-out hotel, kami dibawa ke kapal PLTD (Pembangkit Listrik Tenaga Diesel) Apung di Desa Punge, Blancut, Banda Aceh. Kapal ini dikhabarkan adalah untuk menjana tenaga elektrik yang kemudiannya disalurkan di kawasan-kawasan lain di Indonesia seperti Bali, Medan dan sebagainya. Pada tahun 2003, kapal ini tiba di Aceh iaitu setahun sebelum Tsunami melanda. Kapal ini seberat 2600 tan dan dibawa oleh ombak tsunami sejauh 5 kilometer dari kawasan pelabuhan asalnya. Harap maklum bahawa kapal ini tidak terus terdampar di kawasan tersebut tapi dibawa oleh ombak tsunami yang mengakibatkan banyak bangunan dan rumah hancur dek terlanggar kapal ini. di bawah tempat kapal ini tersadai, ada dua buah rumah dibawahnya. 
 



didirikan sebuah monumen bagi memperingati detik saatnya Tsunami menghentam Aceh. 

Flight pulang adalah pada pukul 2.30 petang waktu Aceh. Airport nya agak kecil jadi urusan untuk check-in agak lama memandangkan kami ramai. Kepada backpakers, sila maklum bahawa di lapangan terbang ini, mereka agak strict tentang bilangan beg. Kalau tidak ada check-in luggage, sila pastikan anda hanya bawa dua beg sahaja sebagai hand luggage. Selepas check-in, ada surau disediakan untuk kemudahan solat. Jadi lebih baik solat jama' terlebih dahulu sebelum berlepas pulang. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Malaysia jam 4.30 petang waktu Malaysia. 

Aceh pada kesimpulannya di mata aku, bukanlah satu tempat yang sesuai untuk honeymoon dan sebagainya sebab, walaupun pantainya cantik, tapi ombaknya agak kuat [mungkin kerana ketika aku datang, ianya musim hujan] Aceh banyak mengajar aku tantang erti bersyukur dan selepas pulang dari Aceh, aku berazam untuk menghabiskan makanan, tidak mahu membazir lagi. Semoga berjaya. Aceh bagus untuk travel solo sebab orangnya ramah, selamat, dan maknannya juga boleh tahan rasanya. Aceh tempat yang sederhana, yang banyak memberikan tarbiah tentang hidup. 

InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, mungkin akan tiba lagi aku ke sini.

Monday, October 24, 2016

Aceh- Tarbiah Dari Tuhan (Part II)

 [masih mode serius. please bear with me]

 Lawatan kerja PGSMNS diteruskan pada hari kedua. Hari kedua tiada lawatan rasmi diadakan maka, usai makan pagi, kami dibawa bersiar-siar sekitar Banda Aceh. Dimulakan dengan lawatan ke Taman Sari Gunongan dan Kandang atau lebih kerap dipanggil Taman Ghairah oleh rakyat Aceh. Dimaklumkan bahawa Taman ini adalah bukti hubungan rapat Indonesia-Malaysia yang mana Taman ini dibina oleh Sultan Aceh khas buat isterinya Puteri Pahang yang merindui kampung halamannya di Pahang. Reka bentuk binaan putih tersebut seakan-akan gunung-gunung yang terdapat di Negeri Pahang [kata merekalah] Dimaklumkan selanjutnya bahawa kawasan ini tidak terjejas dek Tsunami. 


Sedikit pandangan tentang tempat ini, tempat ini punya potensi tinggi untuk menarik lebih ramai pelancong. Tapi sayang kawasannya tidak dibersihkan dan barangan yang terdapat dalam muzium tidak dijaga dengan rapi. Gambar-gambar tidak dipamerkan dengan elok. Hal-hal begini menyebabkan rasa kurang selesa. Alangkah baiknya sekiranya kawasan ini ditambah baik. 


Selanjutnya kami dibawa ke rumah Cut Nyak Dhien [di sini, Cut tersebut merujuk kepada gelaran bangsawan wanita. Kalau lelaki dipanggil Teuku. Kalau Tengku merujuk kepada ustaz-ustaz dan alim ulama'] Beliau ini adalah serikandi pahlawan Aceh menentang Belanda. Dimaklumkan beliau menyambung perjuangan suaminya Teuku Umar yang meninggal dunia akibat ditembak Belanda. 


Perjalanan diteruskan lagi dengan melawat Kubah Mesjid Jami' Lamteungoh. Kubah seberat 80 tan ini dibawa oleh ombak tsunami sejauh 2.5km, merentasi bukit dari tempat asalnya di kampung Lam Teugoh. Dikhabarkan bahawa kawasan ini terjejas teruk kerana air datang dari tiga kawasan dan bertemu di sini. Masjid kepada kubah tersebut telah hancur, namun kubahnya sahaja yang selamat lalu terdampar disini. Kawasan masjid tersebut tidak boleh dimasuki bas, kita perlu menyewa motosikal yang dibawa oleh wanita-wanita perkampungan tersebut. bayaran? seikhlas hati kita. tapi aku pasti, tidak akan dapat kita bagi wang sewaan yang rendah kerana hati pasti rasa sayu dengan kedhaifan hidup mereka. Penduduk kampung ini mencari rezeki dengan bertani dan wang tambahan diperoleh dengan menjual cenderamata yang dijual oleh anak-anak kecil di sini [hati kena kuat untuk tolak jualan mereka. kalau tidak mahu beli, jangan pandang mata mereka. takut menangis nanti] Disaat orang lain sibuk membeli-belah, aku dan Kak Zuraidah, Pegawai Sulh Mahkamah Syariah Kuala Pilah sempat dibawa melihat sebuah kubur alim ulama' yang tidak terjejas akibat Tsunami. Kawasannya agak semak, tapi masih boleh dilihat dari jauh.


kawasan kubah bukan dalam air, cuma lopak air agak dalam sebab hujan tidak henti-henti turun untuk 4 hari tersebut. 

Kemudian sepertimana yang dinanti-nantikan oleh ahli rombongan wanita, kami dibawa ke Pasar Aceh untuk membeli-belah. Barangannya tidak lah semurah mana cuma harga telekung dimaklumkan jauh lebih murah dari harga di Malaysia. [syuhada being syuhada, aku amik masa dalam 30 minit je kot. dapatlah dua jubah. pertamanya mmg tak suka shopping. kedua, bajet mmg fokus utk ke jepun. heh] harga barangan lebih murah di kedai-kedai depan hotel kami 



Highlight kepada hari kedua ini adalah lawatan ke Maahad Tarbiyyah Islamiyah Dayah Al-Furqan Serambi Malaysia. Kenapa ada nama Malaysia? Sebab sumbangan untuk membangunkan tempat ini banyak datang dari orang kita. 


sebaik sahaja kami tiba, kami disambut oleh anak-anak yang beratur dengan senyuman. Hati sekali lagi tersentuh kerana waktu itu hujan masih belum berhenti, namun mereka nampak cukup gembira menyambut kami. Kami kemudiannya dijamu dengan makanan seperti nasi dan mee. Allah, sekali lagi hati terasa sayu. bayangkan keadaan mereka yang dhaif dan sangat sederhana, namun masih lagi sanggup menjamu kami dengan baik sekali. Rasanya orang-orang yang mengenali aku tahu bahawa aku sangat memilih makanan, tapi waktu itu aku telan kesemuanya sebagai menghargai budi bahasa mereka. 


Setelah solat maghrib, Ustaz Bakri dengan baik hati telah memberikan tazkirah maghrib yang menyebabkan air mata aku gugur dalam senyap-senyap. Tazkirahnya betul-betul seperti teguran Tuhan untuk aku. Fadhilatnya melayani tetamu, kepentingan bersyukur sehinggalah kepada hikayat #sabardansyukur yang mencuit hati. kesemuanya akan aku ingat sampai bila-bila. Semasa tazkirah, sekali lagi kami dijamu dengan kopi panas. Allah, malunya aku dengan budi bahasa mereka. sangat memuliakan tetamu walau dalam keadaan sebegitu.



[detail sungguh travel note kali ini kan? thats how much aceh affects me] 

hari kedua tamat dengan lawatan ke rumah tersebut. pulang ke hotel untuk sambungan di hari ketiga. jumpa lagi di bahagian ketiga. insyaAllah.

Sunday, October 23, 2016

Aceh- Tarbiah Dari Tuhan (Part I)

[harap maklum bahawa travel note kali ini bersifat lebih serius]

Berita tentang lawatan kerja Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan (PGSMNS) ke Aceh, Indonesia aku terima selepas aku book tempat untuk ke Jepun. Atas kekangan kewangan, aku rasa aku memang tidak dapat untuk mengikut rombongan ini. Rasa cukup kecewa kerana bila melihat kepada tentatif semuanya cukup menarik perhatian. Tapi mungkin telah menjadi aturan Tuhan bahawa aku akan dapat menjejak kaki ke bumi penuh rahmat tersebut, maka Tuhan bukakan jalan. Alhamdulillah, aku berjaya mendapat tempat bagi mengikuti lawatan kerja tersebut [apsl ayat aku macam tulis hujahan ni? oh. serious mode. lupa ]  

sebelum ke Aceh, aku ada menbuat beberapa bacaan di Internet berkenaan pentadbiran negara tersebut, perlaksanaan hukum syariah dan serba sedikit sejarah Aceh. Selain itu aku juga melihat kembali video-video famous tentang tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 dulu. hati sudah sedikit gentar. Rasa macam mahu batalkan penyertaan. Iman senipis tisu, itulah jadinya. Tapi bila difikirkan ajal maut boleh jemput kita bila-bila masa, tawakal saja pada Tuhan.


Tiba 17 Oktober 2016, pukul 4.30 pagi kesemua 34 orang peserta yang mengikuti lawatan kerja ini berkumpul di KLIA2. Usai makan pagi dan solat subuh, kami bergerak ke gate P3 untuk penerbangan jam 7.45 pagi. Kesemuanya nampak sedikit letih namun ceria.



Kurang lebih jam 8.30 pagi waktu Aceh [Aceh lewat satu jam dari Malaysia] Alhamdulillah kami selamat tiba. Hujan rahmat turun dan sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi Aceh, ada satu perasaan tenang yang tidak dapat diterangkan. Sepanjang perjalanan di dalam bas aku dapati Aceh tidaklah secantik, semaju atau sebersih negara-negara lain yang pernah aku pergi, tapi tak tahu dari mana perasaan nya sangat mendamaikan. Kiri kanan banyak bangunan yang tidak selesai dibangunkan. kebanyakkan nya sudah siap 80% namun terbengkalai di tengah jalan. mungkin tidak cukup dana. Pemandu pelancong kami, Pak Zulkifli kerap kali menyatakan yang Aceh sudah makin maju, namun pada aku- jika ini yang dikatakan maju, aku tak dapat bayangkan bagaimana dhaif nya Aceh sebelum Tsunami dulu.

Benar kata rakyat Aceh- Tsunami itu satu rahmat.

Kami dibawa untuk sarapan terlebih dahulu. lontong sayur yang dihidangkan sangat sedap. kuahnya agak cair tapi sedap. makanan unik lain yang aku jumpa namanya pisang coklat. pisang dibalut dengan tepung seakan-akan lempeng kemudian digoreng. rasanya seperti pisang salai. yang paling aku suka jika berjalan sekitar asean, makanannya masih boleh ditelan dek tekak. sedikit sama dengan makanan malaysia. oh, terima kasih diucapkan pada yang membelanja kesemua peserta sarapan pagi itu. semoga Tuhan melimpahkan lagi rezeki, InsyaAllah.



Dalam perjalanan kami sempat singgah di perkuburan Massal, jalan Bandara International Sultan Iskandar Muda [maklumat ini perlu kerana aku dimaklumkan ada beberapa lagi perkuburan seperti ini di serata Aceh] di kawasan ini dimakamkan seramai 46,718 orang korban Tsunami. Terbayang-bayang berita yang pernah aku tonton dahulu yang mana mayat-mayat terpaksa ditanam menggunakan jentolak kerana terlalu ramai mangsa waktu itu. Allah. semoga kesemua mereka diberikan pengampunan oleh Allah dan roh mereka ditempatkan dikalangan para Syuhada', insyaAllah


Tempat pertama yang kami lawati adalah Muzium Tsunami, tempat yang mana memang menceritakan secara lengkap keadaan Aceh waktu dilanda musibah yang sangat dasyat itu. Paling menarik perhatian, Ruang Sumur Do'a yang meletakkan nama-nama korban Tsunami dipasangkan ayat-ayat suci Al-Quran. Bilik yang suram dan sayu membuatkan hati benar-benar hiba dan takut. Ada satu lorong yang dibina seolah-olah menggambarkan suasana Tsunami 12 tahun yang lalu. di dindingnya ada air dan lorongnya gelap. Takut, cukup takut. Kami dibawa menonton video yang menceritakan keadaan Aceh semasa dan selepas Tsunami. Menitis juga air mata. Cuma ada satu part tentang gajah dipaksa untuk menarik runtuhan bangunan sedikit mengganggu perasaan. Kasihan.






Setelah itu, kami dibawa untuk makan tengahari dan kemudiannya ke Hotel Medan, tempat kami menginap untuk 4 hari 3 malam ini. Hotel ini sangat kerap didatangi rakyat Malaysia sehinggakan plug nya sama seperti di Malaysia. Jadi yang datang ke Hotel Medan tidak perlu risau untuk membawa travel adapter. Cuma, satu bilik hanya ada satu plug yang sebegitu. Selesai solat jama' Zohor dan Asar, kami meneruskan perjalanan ke Kantor Wali Kota Banda Aceh.

Ada berlaku sedikit masalah dalaman yang mana surat kami tentang lawatan tersebut tidak diketahui oleh Wali Kota dan pegawai-pegawainya, sehingga Wali Kota yang sepatutnya ada, berada di Jakarta waktu itu. Saat ini aku terkesima dengan cara mereka menangani masalah tersebut. Pegawai-pegawai yang berkaitan dengan undang-undang Syariah Aceh telah hadir secara impromptu untuk menyambut kehadiran kami dan menjalankan sesi dialog bersama.



Dialog tersebut sangat menarik yang mana kami diberikan penerangan yang jelas dan terperinci dengan perlaksanaan undang-undang syarie di sana. Aku juga sempat menanyakan satu soalan tentang bagaimana Aceh menghadapi tekanan-tekanan dari serata dunia tentang isu hak asasi manusia dan undang-undang Syarie. Jawapan yang diberikan sangat bagus dan membuatkan aku faham lebih lagi tentang selok belok pentadbiran Aceh di sini.


setelah selesai, kami dibawa untuk makan malam dan akhirnya pulang ke Hotel untuk berehat. Kawasan hotel berdekatan dengan kedai-kedai menjual barangan cenderamata dan kedai-kedai makan, jadi ramai yang mengambil kesempatan untuk menikmati suasana malam sekitar aceh.

Rasanya sampai sini dulu untuk bahagian pertama. jumpa lagi nanti. insyaAllah.

Thursday, October 13, 2016

Hidup Tanpa Masalah

kerja macama aku ni mmg deal dgn masalah on daily basis. macam-macam masalah aku kena dengar sbb kat situlah datangnya punca rezeki. Alhamdulillah. kepala terbeban itu normal, jadi kena lah kawal dengan sikap professional [ceh. padahal? migraine sentiasa]

tapi kan, bila dgr masalah orang ni, jauh dari sudut hati aku sedar yang hidup aku tak de masalah segila diorg. or even, hidup aku tak de masalah. masalah duit la kot, kadang2 tercekik. tp alhamdulillah, sume berjalan lancar. agaknya kalo aku pun ada masalah, tambah lagi dengan masalah org, mahu gila aku jadinya. 

maha suci Tuhan, atas segala kurniaan. 

perks of being single kot. 

aku tak de masalah bf main kayu tiga, or xreply my msg, or lupa anniversary.. aku blm ngadap masalah suami yang xsensitif dgn keadaan sekeliling, yang pentingkan diri, yang ego, yang enggan bagi nafkah.. aku belum ngadap masalh mertua, ipar lamai.. aku blm mengadap masalah anak tak cukup susu, nk breast feed kt public, anak tak nk duduk dalam car seat, anak xnk kt pengasuh, anak degil, anak hyper adn the list goes on and on and on

my only problem now is macam mana aku nak tinggalkan kucing2 aku masa kimi nikah nanti. 

duh. serabut.