Thursday, May 29, 2014

A short update

 meet my lunch date for today- cik yana.

 datang bangi mmg akan jumpa dia. padan muka dia kena layan aku makan.. muahahha. I met her masa buat DLSA. atas sebab-sebab tertentu, memula cam tak blh blah gak ngan dia ni [#eh] but betullah kata orang- do not hate something u didn't understand. Masa mooting baru la kenal sape makcik yana ni sbnrnya


sweet, cute, good listener, pandai masak n most importantly she was born with beautiful heart. Single lagi ni. Gentleman, go chase her! satu dalam sejuta ni! Thank u sbb teman aku makan babe and berbanyak terima kasih utk setiap butir kata-kata peransang dan doa. I really appriciate it. 
-love u-

Thursday, May 22, 2014

Resah

aku melihat anak bangsaku
berdekah ketawa sesama mereka
berpeleseran tak kira masa
entah mana maghrib isya' mereka
entah mana mak bapak mereka
dan aku hanya mampu menggeleng sahaja

aku melihat anak bangsaku
seugama denganku
bercampur lelaki perempuan
tanpa ada rasa malu juga batas hubungan
hingga sampai ketikanya
anak kecil bertali pusat dihumban dari atas bangunan
seolah mereka tidak percaya adanya balasan Tuhan
sampai tergamak bersikap macam syaitan

aku melihat anak bangsaku
membazir waktu di pusat-pusat hiburan
sampai diabainya seruan azan
kiblatnya hanya keseronokan
seolah tiada yang namanya kematian

aku gusar tentang anak bangsaku
aku gusar tentang nasib anak-anak ku
aku gusar tentang nasib melayuku

apa akan jadi kalau yang ada kini seolah-olah tidak peduli diri sendiri?

kalau ada yang betul pelajarannya
-tapi pincang pula agamanya
megah menghujahkan yang bukan2 padahal xcukup pemahaman

kalau ada yang kononnya betul agama
-lain pula ideologinya
sibuk menuding jari pada hal lain seolah-olah yang betul hanya dia

apa yang mampu aku buat?
apa yang mampu aku usahakan?
untuk mengubah keadaan ini
untuk membawa mereka pulang ke jalan yang diredhai Ilahi?

Wednesday, May 21, 2014

SBB- Kisah Cinta Rasulullah (s.a.w)

[hampir nak angkat bendera putih. Tapi letak balik] Serious la wey. Nak start rajin baca buku ni bapak la seksa. Dulu ibu cite aku pantang nampak benda yang boleh dibaca, sampai kertas surat khabar balut roti canai pun aku kirap utk dibaca. Buku text sejarah sekolah menengah form 1 sampai form 5, aku khatam lebih sekali [kang kalo kata lebih tiga kali karang, over benor plak nampaknya] macam mana boleh stop hobby yang sangatlah bermanfaat ni? [sigh] 

aku amik masa lama gak nak habiskan buku utk SBB kali ni. Tajuknya Kisah Cinta Rasulullah (s.a.w) terbitan S.A.Majeed & Co. Sdn Bhd. Tebal 264 muka. Buku ni aku beli masa dapat voucher buku RM250 aritu. Sekali masuk je kedai, zappp habis sume. [sayang ni last aku dpt voucher. lps ni kena tgu amik master baru blh dapat balik] 


Buku ni compilation pada tujuh orang wanita dalam hidup Rasulullah s.a.w namely Ummul Mukminin Khadijah Binti Khuwalid, Aisyah Binti Abu Bakar As-Siddiq, Fatimah Az-Zahra, Hafshah Binti Umar Bin Khattab, Ramlah Binti Abu Sufyan, Sahlah Binti Milhan dan Ummu Kalthum Binti Uqbah. Awal-awal buku ni, cite tentang konsep tugas wanita dalam Islam, kenapa Islam dikatakan menaikkan martabat wanita, role seorang isteri ikut syariat Islam etc.

Yang best pasal buku ini ia bukan saja cite pasal sejarah tau, tapi at the end of each chapter diorg aplikasikan dengan dunia la ni. So nampak la arah camne nak praktikkan apa yang dah kita belajar daripada srikandi-srikandi Islam tu dalam hidup seharian.

Yang tak bestnya pasal buku ni, penceritaan nya macam style old school skit. susah nak faham and boleh buat kita bosan. and part cerita Saidatina Aisyah r.a melebih-lebih sampai aku question ni fakta ke tak ni. Jdnya jgn terima bulat-bulat. Buat kajian lanjut sbb ni sumber sekunder yang nth mana di ambil primer nya. Then buku ni aku ingatkan tentang Rasulullah s.a.w handle rumahtangga Baginda since dh ada dlm siri konsep perkahwinan islam kan. Tapi tak, buku ni more pasal cerita wanita-wanita kesayangan Rasulullah s.a.w tersebut. Adelah cerita pasal rumahtangga tapi tak detail. Fokus buku ni banyak pada cerita individu itu sendiri.

Konklusinya buku ni ok. tapi kurang sesuai untuk dibaca oleh orang-orang yang baru nak mula baca sejarah Islam balik sbb susah nak faham lenggok bahasa dan penerangannya.

Sekian- jumpa lagi! :)

p/s: mohon didoakan seorang sahabat. Adik dia operate mata. Sebak jantung bila mengenangkan.

Tuesday, May 20, 2014

#campakbelakang

memandangkan last week adalah minggu yang ohsem [walaupun seminggu ibu tak de aku rasa nak pengsan] dan aku kira worth it untuk diceritakan maka kita throwback la skit. mari! mari! [mcm dlm drama. lari2 di pantai sambil terkekeh2 ketawa utk sumthing yang nth mana kelakarnya] 

Konvo DLSA- I'll describe it in two words- absolutely awesome. so for those yang nak sambung DLSA, better g buat. moga2 korg bertuah mcm aku dpt jumpa rakan2 sekelas se-happening yang aku jumpa :) 
 lepas habis berkonvo dan bergambar sakan, yg mana mak ayah tak de ni g la makan kat Thai Asam Fish [tempat favorite budak law UiTM. Sungguh. masuk kedai dua tiga orang meber lama aku jumpa]. Perut lapar, hujan pulak tu- memang makan tahap pirana masing-masing. tambah lagi dengan kesedapan my-all-time-favourite chicken buttermilk lagilah menjadikan segalanya seperti di sorga~~

habis makan, solat jamak maghrib isyak- aku terus shoot balik rumah. dekat pukul 10 gak sampai rumah. tak tahu apesal blh lambat sampai padahal aku bawak 110-130 km/j kot. mata ngantok, badan letih- mampu plak nak bawak perlahan kan. 

ok. settle hal tu- masuk plak second chapter- lets meet my new love of my life- Aryan Danish cikebum cikebum. Mata cantik, hidung cute, mulut comeyyyy. Alkisah- mommy syud tak dapat tgk aryan lahir kat spital even dah sampai pun di hospital memandangkan tidak dimaklumkan bahawa ummi aryan telah pun dipindahkan ke spital kajang. Hukhuk. sedey.. tapi tak pe! Sabtu aritu mommy, mama dan aunties dan dua org uncle pun g la tgk aryan kat KLIA. bukan di lapangan terbang tp di kuaters KLIA sahajo. ala-ala BFFs gathering la jugak. Semoga angah sabar dalam berpantang dan semoga kita dipanjangkan jodoh Aryan Danis. Mommy Syud loves you [peluk cium banyak-banyak]


Third chapter- ok. ni cam [sigh] sedih sikit. ok. i know i know I'm supposed to be happy. I'm happy indeed. tapi ada rasa sayu.. hukhuk. My soulmate will get engaged. She will be other person's soulmate after this. She will be taken away. She will never be with me like before. I perfectly know and understand she is not mine- she has her own life- but what to do- i love her that much! but still! I'm happy for you, dearie. I know u will read this so please convey this gentle reminder to your soon to be other half. 

Dear, Mr.F. Please take a VERY-good care of my BFF. She is fragile and sensitive. she is my bff waayyyyy before you came to her life and made her smile like gila. haha. Jaga baik2, sayang baik2- please make her happy, make her fall in love with u all over again every second u can. Hugs her when she sad, loves her when she had her regularly emotional breakdown and last but not least, if u ever make her cry- u really messed up, man..seriously. Because I'll messed u up! Please bare that in mind. [smileeee]

So, dont worry. Dont look at me as if I'm a wolf even I'm watching every little steps u make. I welcomed you to our crony. Lets be friend and please enjoy your stay as long as u obey the rules. Muahahahahahahaaha

Thursday, May 15, 2014

Degil- Epilog

Hari ini hati senyum girang
Berseri-seri dia
Indah pakaiannya
Wangi baunya
Tak seperti sebelumnya
Berbeza sungguh dia


Hati bernyanyi kecil
Bersiul gembira
Sesekali tertawa
Perlahan-lahan aku dekati dia
Aku tanya khabarnya
Aku tanya ceritanya

Dia kata--
"semalam aku lihat mereka
Bahagia nampaknya
Jadi aku tumpang suka"

Aku tepuk dahi sendiri
Tak habis lagi gila kau ni, hati?

tiba-tiba berdekah hati ketawa
Kemudian--
bahu aku ditepuknya
Tanpa pandang wajah aku,
Dia jawab dengan selamba

Rasa itu sudah aku lepaskan
Aku melihat mereka sebagai seorang kenalan
Yang mengharapkan segala kebaikan
buat mereka atas nama Tuhan.

Semoga kalian bahagia. Aku doakan yang baik-baik sahaja

Wednesday, May 7, 2014

Satu petang. Cerita aku.

1.
Si perut mula merengek.
Dia mahu yang namanya makanan

Datang si tekak mencebik.
Dia pula minta yang bukan-bukan

Dari jauh poket mencemuh.
Dia bilang- ukurlah baju di badan!

2.
Mata pandang kerja sebeban
Dia mengeluh- katanya mahu pandang hutan

Badan juga angkat tangan
Dia juga mahu ikut liburan

Sekali lagi poket gelakkan
-Kan aku sudah bilang- ukurlah baju di badan!

3.
Mulut mengeluarkan keluh.
Akal diam. Satu kata dia tak sebut.

Kerana semua tahu- apa yang poket kata itu benar.
Satu kebenaran yang sendiri kena telan. 

[based on true story. cerita aku. Saat ini]

Monday, May 5, 2014

Kesayangan

Pagi ini, aku baca banyak post Fyn Jamal ttg sahabatnya yang baru meninggal dunia. Sungguh, kematian itu adalah sebaik-baik penasihat. Sungguh, jejari yang sedang menaip ini, mata yang sedang melihat ini, jantung yang sedang berdegup ini, nyawa yang sedang hidup ini-- semuanya kepunyaan Dia. Bila-bila masa- bila-bila saja, siapa kita untuk menyoal bila Dia mahu tarik apa yang memang milik Dia. 

Mereka bilang- orang yang selalu mengingati mati adalah orang bijak. Aku mengingati mati bukan kerana mahu jadi bijak, tapi aku mahu sedar di mana aku berpijak. Saat mata mahu memandang yang tidak-tidak, saat mulut mahu mengucap yang bukan-bukan-- saat itu aku ingatkan diriku tentang kematian-- apa sempat aku merayu pada Tuhan sesaat selepas aku buat satu kejahatan? Bukankah itu satu kezaliman- pada diriku dan pada waliku?

Ya Allah, Ya Rahman.. Ampun kan aku

 

Manusia memuji betapa baiknya aku-- hampir tewas aku dlm lautan pujian cukup menggoda itu. Tapi aku tampar diri-- mengenang siapa diri ini. Manusia berdosa. Manusia pendosa. Mereka hanya tahu luarannya- tapi siapa aku yang sebenarnya--Dia sahaja yang tahu. Aku juga tahu- tapi takkan sekali-kali aku mengaku-- kerana kejahilan aku-- lebih takut dengan hukum dunia melebihi hukum Dia walhal semua ini Dia yang punya. 

Duhai kesayangan, 

Nyawaku ini entah mana letak titik noktahnya. sementara masih punya masa, aku mahu kalian tahu betapa aku sangat menyayangi dan menghargai wujudnya kalian dalam hidupku. Terima kasih kerana sudi menemaniku, mewarnai hidupku-- kalian amat penting bagiku. 

Ampunkan aku. Maafkan aku. Andai aku menyakiti, andai aku berdosa pada kalian. Aku mohon kalian halalkan. Segala budi yang kalian curahkan, segala kasih yang kalian berikan. Maafkan aku dunia akhirat-- kerana aku tak mampu mengadap Dia dalam keadaan hina dina. Doakan aku dipermudahkan jalan-- jalan pulang ke sisi Tuhan