Sunday, April 14, 2013

Syukur & Hasad

Grass Is Always Greener On The Other Side

Lumrah alam. Hati yang lemah imannya ni selalu pandang kebahagiaan orang lain. Sering mencumburui orang lain. Kejayaan mereka. Kebahagiaan mereka. 

Tanpa sedar mereka juga ada kekurangan.
Tanpa sedar aku juga ada kelebihan. 

Dasar manusia lemah. Selalu lupa nikmat Tuhan. Jarang bersyukur. Jarang menghargai. At the end, menyesal kemudian hari. Nanti jadi macam Bruno Mars. Heh. 


Friday, April 5, 2013

Ehsan dan Kemanusiaan

lamo gilo tak update blog! [update yg ada keciput-keciput. copy paste tazkirah sajo] DLSA classes memang boleh membunuh setiap sel tenaga dlm badan. Everyweek berulang ke S.alam utk clz yg dr pagi sampai ke magrib- selalu juga aku terlelap dalam kelas. Badan mcm nenek tua. cepat gila letih [senaman mmg tak buat, ni lah padahnya] Tapi sebab aku yang nak sangat sambung Syariah- ni jalan yang aku pilih- jadi - face it!

I read blogs. Ada few yang aku follow. Maria Elena contohnya. She is good. Simple yet inspiring. Kagum dengan bloggers yang boleh memberikan inspirasi. Berangan juga nak jadi mcm gitu satu hari nanti. Those yg inspirational tu mesti banyak baca kan? tak pun banyak pengalaman. Takpun, they see the world in different way. Menjumpai blog sebegitu adalah sgt bagus.

If aku ada kelapangan dan peluang dan bakat dan kelebihan [hamboi] teringin nak post tentang certain-certain topik. One of the topic yang tangan aku gatal nak taip is about animal abuse. Tapi macam tak mampu. Hati aku tak terbawak [ye. hati syuhada hati kecik. mcm lagu 150 juta. muka singa hati cengeng. syuhada la tu] Pengalaman tgk anak kucing merangkak2 kat lebuh raya dalam bulan lepas buat hati aku tak keruan and i definitely will cry bila ingat. Tambah lagi dua tiga hari lepas org post kt FB gambar org utan dibakar sebab makan banyak ke pe nth. aku tak baca detail sbb tak sanggup. And aku pun tak sanggup nak letak gambar kat sini. I'm not a vegetarian. Apa yang Allah izinkan utk manusia makan, aku tak ada mslh sbb aku percaya yang binatang-binatang itu dicipta oleh Allah s.w.t dengan purpose yg sebegitu. Tapi utk binatang-binatang lain yang fungsinya untuk menyepurnakan kitar hidupan alam ni, kenapa manusia sanggup mendera? Ibu kata sbb mereka tak ada ehsan. Yup. Ehsan. Satu sifat belas yg perlu ada dlm diri yg namanya manusia. kalo tak de, itu sy sifatkan sbgai syaitan.

Aku menyimpan impian nak buat rumah kebajikan kucing satu hari nanti. kalo aku dh cukup dana utk tanggung semuanya termasuklah byran doktor haiwan yg kena dtg at least dua minggu sekali, akan aku usahakan insyaAllah. tu mmg impian besar tu.

Moga Allah s.w.t makbulkan.. amin~ 

Tuesday, April 2, 2013

Doa Untuk Ibu

Dia bukan Miss Universe, tapi dia wanita tercantik yang pernah aku lihat
Dia bukan Mother Theressa, tapi dia wanita paling sabar & mulia yang pernah aku kenal
Dia bukan Dato' Chef Wan, tapi masakannya paling enak yang penah aku jamah

Dia Ibuku. 


"Ya Allah Ya Rahman, setinggi-tinggi syukur kpd-Mu kerana menganugerahkan aku insan mulia ini sebagai ibuku. Dia manusia yang sangat baik hati, paling penyabar dan paling cantik. Ya Allah, cantikkan lah dia di pandangan hamba-hamba-Mu dunia akhirat, cantikkanlah dia di syurga-Mu.. Haramkanlah api neraka untuk menyentuhnya. Sayanginya dirinya Ya Rahman.. Kerana aku tidak pernah bertemu insan lain yang lebih taat kepada-Mu, lebih patuh pd suaminya, leih penyayang kepada anak-anaknya, selain drpd ibuku.. Pinjamkanlah dia lebih lama kepadaku, Ya Allah.. Jangan jemput dia dahulu.. Berikan aku ruang dan peluang untuk menyenangkan hatinya, membahagiakannya.. Tolong lah Ya Allah kerana Engkaulah yang Maha Mengasihani.."

Amin