Thursday, July 25, 2013

Dream

Korang tahu, dulu family aku tak la susah tapi tak juga senang, Dulu bila tiba musim raya, ibu & ayah akan dahulukan kitorg. baju raya, kasut raya, bunga api raya, segala macam raya la. nothing for them. bertahun macam tu. aku simpati tapi time tu aku pun tak mampu. [sobs] pernah la jugak beli baju raya sehelai utk ibu. jubah warna hijau-yg mampu dek budget kitorg adik beradik kumpul. dia terima tapi aku tahu dia tak berkenan. kesian ibu. kesian ayah.  tak pe lah, one day, along pasti akan belikan juga.

thats y bila k.ogy bgtahu dapat bonus raya [terima kasih pd bos yg sudi bg aku bonus even aku baru 5 bulan keje] - automatik- aku fikir utk spend for my parents. segala macam utk diorg. baju kurung ibu, baju melayu ayah, handbag ibu, songkok ayah, kasut ayah n ibu, minyak wangi- anything yg diorg nak lah. aku memang nak spend banyak for them. pilihlah. sume along bayar. and along sgt berbangga kalau along dapat buat ibu dan ayah happy dgn hasil titik peluh along [senyum lebar2]

akhirnya. impian ku jadi nyata. terima kasih Tuhan. 
Alhamdulillah

Sebut pasal ibu & ayah, tadi aku di'arahkan' join majlis buka puasa NS Bar dengan anak2 yatim & asnaf. i'm not good with kids. no denial. tapi bila tgk muka diorg, dalam hati duk fikir melampau betul plan2 raya nak beli itu ini tapi ada orang yang duduknya tak jauh pun dari aku, sedang susah. Dari info senior lawyer yang uruskan majlis ini, penjaga anak2 yatim ni siap jual rumah sendiri utk dptkan dana. hebat mereka. [pastu pandang diri sendiri and soal balik kena tepat kat batang hidung- apa kau buat dalam 26 tahun hidup kat bumi ini, syuhada oi?] and tabik hormat kat lawyer2 yang berbilang bangsa sebab tak lokek keluarkan duit utk diberikan pada anak2 itu. [sekali lagi questioning myself soalan yang sama] [sigh] bdw kalo korg nk membantu or kenal sape2 nk bg sumbangan/ menaja anak2 yatim & asnaf ni, blh la bg sumbangan kat akaun Maybank 'Asnaf Murni' 562759105064.

owh. dah masuk 26 julai! terkenang memori lalu. tarikh ni pernah bagi makna besar dalam hidup aku. aku siap berangan nak kawen tarikh ni lagi! [mampoo??] dek sebab mimpi kanak-kanak aku tu, sampai aku janji ngan ibu, 26.7.2013 kalo aku tak dpt kawen ngn si A tu, along serah sume kat ibu la. puhahaha! kanak2 ribena sungguh! #memoriLalu. tak de point pun cite yang last para ni. saje mengimbau sejarah lampau sebab dah terlalu terbiasa mengenang tarikh ini for the past 10 years, mak non oi! dah la. mau titon. moga bermimpi yang indah2

Tuesday, July 16, 2013

Gumbira

Salam Ramadhan [senyum] [senyum lebar-lebar]
sahur hari ini adalah sahur yang sangat membahagiakan. adik beradik tinggal fifi je tak balik lagi. jadi pagi-pagi lagi dah bergelak ketawa sambil mem'bahan' masing-masing. kasar pada org lain mungkin. tapi inilah keluarga kami. kesayangan ku. even berebut nak ke toilet pun boleh jadi perkara yang membahagiakan. subhanallah. nikmat keluarga bahagia Allah anugerahkan kepadaku. Alhamdulillah. terima kasih Allah. terima kasih utk anugerah yang tidak ternilai. Alhamdulillah. 

DLSA part 1 dah pun habis final examnya. i.e azab pertama dah pun dilalui. samada dengan jaya atau tidak, tunggulah result nanti [ok. senyumanku jadi tawar] utk final 2 paper kehakiman n usul fiqh aku dilanda virus mengantuk yang super kuat. padahal satu pe aku tak study, aku blh lelap kaw kaw. drive dr rembau ke shah alam bulan2 puasa mmg menguji mata ni, tp lps mandi sume pun, aku still blh lelap lg. adoi. kena banyak2 doa agar result aku ada ampunnya. lulus pun jadilah. aku tak larat nak mengulang. semoga Syuhada lulus sume subjek DLSA. amin. [terima kasih utk doa anda] [senyum balik]

terima kasih kpd aimi, zaf n kawan-kawan yang banyak membantu tym bljr. juga tak lupa pada k.amal utk segala pertolongan termasuk nota & kesudian memungut aku agar blh aku menumpang kat biliknya. terima kasih bagi aku tumpang mandi, tidur, sahur, berbuka etc etc. dah lama tak rasa berbuka style rumah sewa ats surat khabar cam gini 


bwh ni style berbuka org bermusafir. buka dlm kete. tp still mkn dgn kelahapnya. heh. bantal kt sblh tu sbagi bukti aku manusia yg bermusafir, menumpang teduh di bumi Allah 


lps habis exam usul fiqh aritu, member tegur muka aku sembab, letih & tak cukup tidur katanya. tu yg niat nk g spa terus confirm. tanya aimi mana spa blh potong rambut bagai kat s.alam. dia kata D'Bali kat seksyen 9. aku ngan k.amal pun pergilah [rupa2nya itu spa bos dia. ceh! aku terpengaruh promosi si aimi. aimi, kalo ko baca ni, ko patut minta komisyen dr bos ko. dekat dua ratus gak kitorg habis kat situ] spa dia ok. pekerja pun baik. cuma syg radio rosak. kalo tak blh aku dgr lagu. blh feeling2 Bali lebih skit. 


pe lagi nak cite ek. ha, kerja! kerja ok. nothing yg unusual pun. cuma aku dapat rasa ada perubahan sikit dalam plan hidup aku. ingat nak stay kat sini dalam setahun je. tp mungkin plan berubah sikit. apa yang berubah? blm confirm apa pun lagi. kalo dah confirm akan ku khabarkan. btw, komputer dah dapat utk bilik aku. tu yg asyik on9 sampai mata bengkak. teruk mata aku lately. 


ni gambar awal2 bilik aku. sebelum. then bwh ini yg selepasnya pulak. tak la cantik mana tp jadilahhh. ada bilik pun dah cukup alhamdulillah. 


mata bengkak. ingat sabtu ni aku nak jadi beruang polar. berhibernasi sakan. tak baik utk puasa kalo tidur lama2. so akan tidur sekadar mencukupi tp berkualiti. kunci pintu so para kucing takkan mengganggu puteri ini berhibernasi. heh. oh. btw, meet my new baby. namanya Putut. nama korea nya Baek Yi-Tut. si jantung hati. [senyum lebar] 


maaf. gambar2nya tidak senonoh. perlu diajar adab susila lagi. 
selamat menuanikan ibadah puasa. solat jgn lupa! 

Thursday, July 4, 2013

Berani kerana Benar. Takut kerana.. Manusia?

Bos Manusia Lemah: Tengok lah tudung-tudung ni. Design baru semua ni. Manusia Lemah berkata: Err.. yang labuh sikit tak de ke, Puan? Saya karang mengamok ayah kalau tengok tudung saya pendek. Bos Manusia Lemah menempelak: Kata kat ayah kau tu, open sikit yah. [sambil ketawa kecil] dan Manusia Lemah hanya diam ...Tapi dalam hati, sendiri tahu yang dia pun tak selesa pakai tudung pendek-pendek. Dalam hati tahun yang suruh pakai tudung dengan cara yang betul tu Allah. bukan ayah. bukan ibu. Kenapa takut nak kata perkara tu salah. Kenapa takut nak kata Allah yang sebenarnya marah- ayah hanya tegur sebab itu adalah tanggungjawab dia. Kau tu anak dia? Kau tu- Tanggungjawab sendiri as hamba? Kenapa takut nak bagitahu stand sendiri? Sebab tak nak malukan orang? 

Ke sebab takut diri di cop ustazah? 

Dasar Manusia Lemah!!