Thursday, July 25, 2013

Dream

Korang tahu, dulu family aku tak la susah tapi tak juga senang, Dulu bila tiba musim raya, ibu & ayah akan dahulukan kitorg. baju raya, kasut raya, bunga api raya, segala macam raya la. nothing for them. bertahun macam tu. aku simpati tapi time tu aku pun tak mampu. [sobs] pernah la jugak beli baju raya sehelai utk ibu. jubah warna hijau-yg mampu dek budget kitorg adik beradik kumpul. dia terima tapi aku tahu dia tak berkenan. kesian ibu. kesian ayah.  tak pe lah, one day, along pasti akan belikan juga.

thats y bila k.ogy bgtahu dapat bonus raya [terima kasih pd bos yg sudi bg aku bonus even aku baru 5 bulan keje] - automatik- aku fikir utk spend for my parents. segala macam utk diorg. baju kurung ibu, baju melayu ayah, handbag ibu, songkok ayah, kasut ayah n ibu, minyak wangi- anything yg diorg nak lah. aku memang nak spend banyak for them. pilihlah. sume along bayar. and along sgt berbangga kalau along dapat buat ibu dan ayah happy dgn hasil titik peluh along [senyum lebar2]

akhirnya. impian ku jadi nyata. terima kasih Tuhan. 
Alhamdulillah

Sebut pasal ibu & ayah, tadi aku di'arahkan' join majlis buka puasa NS Bar dengan anak2 yatim & asnaf. i'm not good with kids. no denial. tapi bila tgk muka diorg, dalam hati duk fikir melampau betul plan2 raya nak beli itu ini tapi ada orang yang duduknya tak jauh pun dari aku, sedang susah. Dari info senior lawyer yang uruskan majlis ini, penjaga anak2 yatim ni siap jual rumah sendiri utk dptkan dana. hebat mereka. [pastu pandang diri sendiri and soal balik kena tepat kat batang hidung- apa kau buat dalam 26 tahun hidup kat bumi ini, syuhada oi?] and tabik hormat kat lawyer2 yang berbilang bangsa sebab tak lokek keluarkan duit utk diberikan pada anak2 itu. [sekali lagi questioning myself soalan yang sama] [sigh] bdw kalo korg nk membantu or kenal sape2 nk bg sumbangan/ menaja anak2 yatim & asnaf ni, blh la bg sumbangan kat akaun Maybank 'Asnaf Murni' 562759105064.

owh. dah masuk 26 julai! terkenang memori lalu. tarikh ni pernah bagi makna besar dalam hidup aku. aku siap berangan nak kawen tarikh ni lagi! [mampoo??] dek sebab mimpi kanak-kanak aku tu, sampai aku janji ngan ibu, 26.7.2013 kalo aku tak dpt kawen ngn si A tu, along serah sume kat ibu la. puhahaha! kanak2 ribena sungguh! #memoriLalu. tak de point pun cite yang last para ni. saje mengimbau sejarah lampau sebab dah terlalu terbiasa mengenang tarikh ini for the past 10 years, mak non oi! dah la. mau titon. moga bermimpi yang indah2

No comments:

Post a Comment

senyum <3