Thursday, July 4, 2013

Berani kerana Benar. Takut kerana.. Manusia?

Bos Manusia Lemah: Tengok lah tudung-tudung ni. Design baru semua ni. Manusia Lemah berkata: Err.. yang labuh sikit tak de ke, Puan? Saya karang mengamok ayah kalau tengok tudung saya pendek. Bos Manusia Lemah menempelak: Kata kat ayah kau tu, open sikit yah. [sambil ketawa kecil] dan Manusia Lemah hanya diam ...Tapi dalam hati, sendiri tahu yang dia pun tak selesa pakai tudung pendek-pendek. Dalam hati tahun yang suruh pakai tudung dengan cara yang betul tu Allah. bukan ayah. bukan ibu. Kenapa takut nak kata perkara tu salah. Kenapa takut nak kata Allah yang sebenarnya marah- ayah hanya tegur sebab itu adalah tanggungjawab dia. Kau tu anak dia? Kau tu- Tanggungjawab sendiri as hamba? Kenapa takut nak bagitahu stand sendiri? Sebab tak nak malukan orang? 

Ke sebab takut diri di cop ustazah? 

Dasar Manusia Lemah!!  

No comments:

Post a Comment

senyum <3