Friday, July 13, 2012

Sumbatkan Pada Hidung

Hidung tersumbat dah macam acara bulanan dalam hidup aku. Tiap-tiap bulan (mostly  la) mesti akan rasa rimas yang amat. tidur pun seksa. tetiba teringat satu moment 'vangang' aku :-

penama A: memang susah nk bernafas ek? U kena sinus ke?
aku: umm tak. resdung.


jangan ulang ke'vangang'an aku. resdung dan sinus adalah perkara yang sama ye. nak maklumat detail pasal resdung dan selsema ce try baca artikel ini.  cuma sinus tu omputihnye, resdung tu bahasa kita. *so actually aku bukanlah vangang, cuma menganggungkan bahasa kebangsaan. haha* minggu lepas doktor kat klinik rembau refer aku kat pakar ENT seremban. bab menunggu kt spital kerajaan ni mmg sume orang pun tahu kan. kalau sakit nak beranak, anak ko dh dapat gi skolah baru dapat jumpa doctor la kan. *ye. tau. gile exaggerate* tapi dah namanya kita sakit, so nak wat cam ne. Harunglah. akhirnya dapat jumpa doctor. nasib baik doktor tu cute plus comey. ha, double comel tu. jadi hati terus menjadi sejuk. wat lah pe pun doktor yang cute, kamu dimaafkan. hehe. doctor klinik rembau kata tonsil aku bengkak tapi pakar ENT yang kiut miut kata tak. just bahagian kiri pe nama nth dlm tekak aku yang bengkak. bukan tonsil. ha, lupa nak bagitahu sebab nape doctor refer aku kat pakar ENT. sebab penyakit hidung suke sumbat-sumbat ni dah ada dari kecik n haritu *okay. ni jijik sikit. kalo korg tgh mkn, better jgn teruskan pembacaan ini* hingus/ selseme/mukus aku ada darah ketul-ketul macam berry. second time darah cair. mmg cuak la aku. tu yang bawa ke pakar ENT. yup. pakar ENT yang kiut miut. hikhik.

so pakar ENT yang kiut miut tgk hidung n telinga aku. dah suluh pakai yang macam orang nak masuk gua tu. ala yang ada lampu suluh kat kepala tu. cam konpius2 skit so dia sembur hidung aku ngan ubat pelali pe nth. bagi kebas sbb dia nak masukkan kamera dalam hidung.

kamera?? dalam hidung???! 

memang cuak aku time tu. sbb 1st hidung aku tak kebas pun. picit2 rasa sakit gak. 2nd sbb camera yang dia kata tu adalah berada di satu besi panjang. panjang tak panjang la. tapi mmg hyper cuak la aku time tu. yang buat aku hilang cuak bila aku mengeluh- uwah, bapak panjang. dan pakar ENT yang kiut miut dengan sesomelnye berkata- mana ada bapak panjang. kuikuikui. malu gak aku tym tu tp pakar ENT yang kiut miut tetap somel. dia kata okay, tak de pe. darah tu my sbb luka, sbb aku slalu tekan2 hidung aku. then dia bagi aku ubat ni-


arwah wan penah suruh guna ubat ni but then dah lama tak pakai. tak tahu la elok ke tak tp dah dekat seminggu lebih blm gak elok2 hidung aku ni. seksa mak, nokks! hujung minggu baru dapat mkn ubat selsema tu sbb ubat tu mmg mengantuk tahap laksamana gaban hitam. kow2 punye aku tido lps mkn ubat tu. doa aku pada Tuhan, jangan lah aku kena hidung tersumbat tym2 penting especially kalo nak naik pelamin. gile huduh pengantin wat bunyi 'vavi' tym nak akad. owh. minta dijauhkan. aminn~~ 

No comments:

Post a Comment

senyum <3