Wednesday, March 26, 2014

SBB- The Crime Archives

SBB kali ni patutnya aku cerita pasal buku bertajuk- A Woman with Worm in Her Head. Buku tu aku beli sbb cerita ttg how a woman faced a fatal disease. But then main character cite tu doktor so there are lots of medical term being used. Aku- yang amatlah lemah bila berhadapan dengan science subject ni- terpaksa la tukar buku lain. sbb kalo paksa ngadap buku tu, alamat xde SBB la for 6 months. Heh. So! Hari ni aku nak cite buku super cool- super best- super ohsem especially yg ske subjek criminal & evidence [even tak dpt A] mcm aku. 

Buku utk sesi SBB kali ini adalah The Crime Archives.


buku ni mmg terbaik. Antara buku yang aku borong kat Big Bad Wolf aritu. Harga tak ingat bape tapi kat tanda harga tulis RM25. Murah gila kalau nak dibandingkan dengan kualitinya. Buku ni adalah compilation 30 cerita penjenayah. Penceritaannya details tapi mudah faham. Setiap cerita guna dua pages je. Cool tak cool buku ni, dia siap sekali lampiran tentang bukti yang ada dalam kes tu. Tak la semua tapi masa tengok evidence tu meremang gak la sbb rasa macam real je. 


Gambar yang dia guna tak de la se-horror fail kes2 bunuh yang aku pernah tengok. Gambar nye mild je. Contohnya macam ni. 


Boleh sakit kepala gak dibuatnya especially cite pasal penculikan dan penderaan seksual kanak-kanak yang membawa kepada pembunuhan diorang akirnya. Teringat fail kes Arwah Nurin Jazlin. [Al-Fatihah buat rohnya] Macam mana jari Arwah merengkot menahan sakit, belakang kepalanya lebam dek kerana menahan seksa. At some point bila baca cerita ni buat aku realized yang dont be too innocent, syuhada. There are peoples yang sanggup buat apa yang tak terlintas kat kepala kita pun. Jadi berhati-hatilah dan selalulah berdoa agar kita dan sesiapa jua selalu dalam lindungan-Nya. 


Ni pun mangsa kekejaman gak ni. Kecik2 lagi orang dah buang, kesian tak de ibu masa umur sekecik ni. Presenting- my new family member- TumBin. 

No comments:

Post a Comment

senyum <3