Friday, April 11, 2014

Sekolah Kawen

Salam Jumaat. Moga kita sentiasa di bawah lindungan dan keredhaan-Nya
[Jumaat weh, behave sikit]

Kuiz! Kat ne korg akan jumpa orang bercakap pasal kawen tak habis-habis? Group Wasap DLSA? Erk. Macam betul tapi kurang tepat. Jawapannya adalah- kursus kawen! Yelah, sbb those who attended the course kebanyakkannya adalah orang yang dtg sbb nakkan sijil yang merupakan pra syarat utk menikah. I attended one. Tapi dgn mindset yang lain which is mengisi masa lapang. That was why masa nak isi borang ada part tarikh akad nikah, aku cam nak isi- rahsia Allah tapi kotak tak cukup. Hehe. Ramai yang datang dengan pasangan. Aku pun. Tapi bukan bf, tapi bff. [soulmate seh. dunia akhirat] 

[bukan dgn sume org aku blh jd gila mcm ni. ngeh]

kursus ni dianjurkan oleh Darul Dedikasi Management, buat kat Taman Tasik Jaya, Seremban. Penceramah kebanyakan dari Majlis Agama N9. Experienced. Harga RM80, dapat buku, sijil dapat, makan pun diorg sediakan [even day one aku tak dpt lunch. day two aku tak dpt srpn. sume sbb diorg msk betul2 ikut budget n wujudnya manusia2 yang makan lebih dr apa yg sepatutnya diorg mkn. Management patut take note ni]


Day one pengisiannya adalah- Aqidah, ibadah, akhlaq suami isteri, hubungan keluarga dan prosedur perkahwinan. Day two: pengurusan kesihatan, pengurusan masa dan kewangan, komunikasi suami isteri, pengurusan tekanan dan konflik, perkhidmatan rundingcara dan pembubaran perkahwinan. Secara konklusinya kursus ni mmg bagi basic se-basic basic nya knowledge utk melangkah ke alam perkahwinan. 

And I realized dat I am totally not prepared for that. [sigh] 

Dalam kegairahan seronok tgk member2 dah ramai yang kawen dan duk post gambar keletah anak masing-masing, jauh dari sudut hati aku sedar kawen bukan perkara main-main. 95% komposisi nya adalah berkaitan tanggungjawab. Semalam aku tanya best buddy aku- macam mana nak kuatkan hati. Dia jawab- kawen. Hang akan selalu makan hati then lama2 hati hg akan kuat. [pergh] Tu blm sampai setahun kawen tu. Gigil lutut dengar. 

Allah Maha Baik. Dia tahu aku blm bersedia, sbb tu masih blm jumpa. 

Dalam masa yang sama aku mengkagumi ciptaan Tuhan yang namanya cinta. Subhanallah, Maha Suci Tuhan yang mengurniakan rasa kasih syg pada lelaki dan perempuan yang tidak punya pertalian darah utk merasa kasih sehingga sanggup menempuhi dugaan rumah tangga itu bersama. Kalaulah rasa itu tak pernah ada- aku tak tahu dari mana akan timbulnya kekuatan utk menghadapi perkahwinan for the rest of your life. Biarpun orang kata- kita tak kahwin dengan org yang kita cinta, tapi kita kahwin dengan orang yang dijodohnya utk kita- still, rasa cinta tu lah ubat utk segala kesusahan dlm hidup yang bakal ditempuh.Semua orang pun tahu kawen tu susah. Sapa kata senang? duit, emosi, anak, mertua, keluarga, masa depan, hidup, mati- semuanya kena hadapi bersama & saling menyokong. Teori nya manis la. Hakikat? Kalau tak de rasa cinta tu, ada ke yang nak terjun lombong penuh kepayahan tu? Xde maknanya der. Kata lah hanya sebab toleransi- berapa lama sangat lah boleh tahan. Entahlah. This is just my two cents.


 Konklusinya- pada aku perkahwinan itu adalah tanggungjawab yang berpaksikan iman dan taqwa.  Bahan utama adalah cinta, toleransi dan kesabaran. Diadun dgn keredhaan Tuhan, ibu dan bapa. Hadiahnya adalah ketenangan dan kebahagiaan berupa cahaya mata yang soleh & solehah.

Aku nak kawen. Tapi aku blm puas jadi daddy's little girl



[sobs][sobs]  

No comments:

Post a Comment

senyum <3