Friday, January 4, 2013

Si Perengus

Time kecik-kecik penah baca cite Snow White? Tak pernah? Hilanglah nikmaat zaman kanak-kanak korang kalo tak tahu Snow White. Bukan budak namanya tu. heh. Lebih kurang 19 tahun dulu, ibu & ayah rajin beli buku cerita ala2 prinses ni utk aku. [niat diorg baik utk jadikan anak dara diorg ni lemah lembut ala2 prinses tapi tulah. lain plak jd. heh] Salah satu buku adalah Snow White & 7 orang kerdil. Dalam cite Snow White yg dah di-translate ke BM, salah seorang dari 7 orang kerdil tu dipanggil Si Perengus or Grumpy dlm versi omputihnye. 


tgk gambar ni pun korg tahu Si Perengus a.k.a Grumpy tu yg mana kan? Pemarah. Sama macam aku. Macam yg aku pernah mention sebelum ni, aku mmg seoarng yg panas baran. sabar cepat hilang. But then- aku hanya lepaskan marah pd org2 yg aku selesa sahaja. Bila sentap dgn org yg aku tak biasa, aku prefer diamkan saja. Muka mmg tak blh tipu la. Aku mmg macam open book, babe. Senang sgt nak dibaca. Tapi nama aku nak tembak dan2 tu jugak mmg tidak lah. Kenapa buat gitu? Sbb aku takut & penakut. 

Orang-orang yang aku selesa adalah org yang kenal aku. tahu aku dan hopefully faham aku. They wont leave me if i show them my true self. They wont judge me. They wont talk bad about me behind my back. They will come straight to me and tell me that i did wrong in a very acceptable way since they know me well. Tapi dlm keadaan yg Vise Versa i.e org2 yg aku tak selesa- orang-orang tu akan menghukum aku. Hukum alam. Jadi aku play safe. myb i'm afraid of losing them- maybe. but as long as diorang tak harm aku & family, no point nak membalas. In fact, selaku orang-orang yg aku tak berapa selesa, diorang tak important pun dlm hidup aku. Sekali tu je la jumpa, pastu mmg bye-bye la. 

Aku kagum yang amat dengan kesabaran ibu. Memang. Tulah manusia yg paling sabar yg pernah aku jumpa dlm dunia ni. [ah. except tym dia drive. heh] Teringin nak jadi macam ibu, tapi blm juga dapat2 lg. Aku cuba kawal kemarahan dengan mengelak dr bercakap masa marah. Mengasingkan diri & dengar lagu kuat-kuat. tapi u know what, suara ibu selalunya akan buat marah aku yang meluap-luap tu slowly fade away. sungguh aku tak tipu. Tym bljr dulu- hangin je aku terus call ibu and suruh dia cakap. Aku dgr je. Sepatah haram tak cakap. 

Islam tu kan syumul. Ade je doa utk hilangkan marah. 


tapi menjadi manusia beriman lemah longlai cam aku ni, selalu sangat lupakan Allah s.w.t. Astaghfirullah.. Bila fikir-fikir balik wat pe la aku nak marah? Contoh mcm kes BM aku yg belum settle2 ni. Cik Mona tu kerani yg uruskan je. Yg sign sume tu pegawai atasan. Orang tu g out station ke bercuti ke pe benda cengkadak-ulek yg dibuatnya pun bukan ada kena mengena ngan Cik Mona tu. Dokumen aku hilang ke, Setiausaha naik pangkat ke, Proposal blm approve ke, Printing blm siap ke. Seyesly sume tu bukan salah dia. so relaxlah. Memang tak de rezeki agaknya nak longcall sekali dengan Sheera. Takde rezeki, adalah hikmahnya tu. [ok. tipu. hati aku panas balik. Baca doa, syu! Baca doa!]

Bila fikir-fikir lagi, kita sume akan mati. Nak marah-marah pun tak de guna. Tuhan tu Maha Adil, Dia tahu. Dia Maha Mengetahui. Satu hari nanti aku akan masuk liang lahad juga. 1.1.2013 aritu aku hadiri pengebumian seorang saudara, kira pangkat sepupu- Along Ujang [Al-fatihah utk Arwah. Juga utk ayah ex-housemate- Che wan.. Semoga Allah merahmati roh mereka] Masa dengar talkin, meremang weh. Penah dengar? Ni contoh. aku google kat internet. 

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Ta'ala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA , apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawasanya Mungkar dan Nakir itu makhluk Allah Ta'ala, sebagaimana kamu juga makhluk Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: 

Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang serta dengan lidah yang faseh, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah". 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA , bahawa sanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. 

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Ta'ala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta'ala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. 

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."


Takut dengar talkin. Takut mati. Takut neraka. Tapi lepas beria-ia rasa cuak dan insaf kat kubur, balik je aku wat dosa balik. Astaghfirullah. Lemahnye iman kau, Syuhada oooooiiii. 

Astaghfirullah. Astagfirllah. Astagfirullah. 

No comments:

Post a Comment

senyum <3