Monday, June 18, 2012

2 pagi. Lemas.

AMARAN: post ini mengandungi unsur serius yang agak keterlaluan. tidak menarik. jadi- tepuk dada tanya iman. *aman* 

Manusia itu belajar setiap masa. langkah demi langkah. dan pada peringkat usia yang selayaknya, dia sudah punya pegangan, satu idea fahaman kehidupan yang dia pegang sendiri. Namun, kelayakan itu terletak pd tangannya untuk membuat keputusan dan bahunya utk memikul tanggungjawab. bukan orang lain yang menilai. benar, nasihat diperlukan sebagai satu guidance atau untuk membentuk jalan yang bakal dipilih, bukan paksaan- bukan juga arahan. pokok pangkalnya si pembuat keputusan itu sendiri. ada waktu, kadang-kadang seseorang itu tidak perlukan nasihat kerana dia percaya pada keputusannya. 

kerana dia juga manusia yang belajar. kerana dia juga manusia yang mempunyai pegangan.  

memberi nasihat itu bagus. sebagai tanda kita mengambil berat. tapi biar bertempat. si pemberi nasihat jgn terlalu gairah memberi nasihat. cakap meletup-letup tapi lupa diri sendiri. pandang cermin, lihat peribadi, teliti personaliti- kemudian baru menegur. kalau nampak diri ada cacat cela tentang satu hal- jangan meninggi diri memberi nasihat yang cukup keras tentang hal itu. lumrah manusia- takkan meniru si ketam yang mahu mendengar kata bapa agar berjalan lurus padahal si bapa sendiri berjalan senget. mana logiknya? mana rasionalnya si pendengar nasihat mahu mendengar nasihat jika si pemberi nasihat sendiri entah di mana eloknya.

 aku berikan satu contoh, pengalaman hidup sendiri- berdasarkan pemerhatian. A dan B adalah sahabat. satu hari A dan B juga sahabat-sahabat yang lain berkumpul. si B adalah seorang yang genit, punya personaliti dan boleh dikatakan mengikut arus fesyen terbaru. agak seksi, tapi itulah B. tiba-tiba berkata si A kepada B- "weh, apa yang kau pakai ni? terbonjol sana sini.." aku tak nafikan, nasihat tu betul. tapi si A mengatakan pd B secara terbuka. di hadapan kawan2 yang lain dengan nada yang seolah-olah si B ini tidak punya perasaan.   diperlakukan seperti kanak-kanak- boleh dimarah sebegitu rupa. tapi mengenangkan pada nama persahabatan, tergurisnya perasaan itu dipendam si B. nak dijadikan cerita, satu hari, gara-gara cik 'muka buku', teruploadnya satu gambar si A yang berpakaian lebih 'agresif' dari apa yang pernah dipakai si B sewaktu dia ditempelak oleh si A. owh. *lost my words* dunia ini kelakar rupanya. 

secara jujur, aku adalah antara orang-orang yang ego. yang sukar nak menerima nasihat orang. bukan tidak boleh menerima, tp ada caranya yang lebih sesuai untuk menasihati. sebagai contoh- sepertimana yang aku katakan td- jgn terlalu gairah nak memberi nasihat. seolah-olah kamu yang terhebat. seolah-olah setiap manusia memerlukan nasihat kamu dalam hidup. sehingga aku merasakan tidak ada yang betulnya pada diri ini setiap kali aku berada dengannya. ada saja yang salah. ada saja yang silap. aku letih. dia membuatkan aku letih setiap kali kami berjumpa.

aku boleh mendengar nasihat. nasihat yang benar-benar nasihat, yang ada asasnya. yang betul etikanya. kita membesar. kita ada cara kita sendiri. ada daya pemikiran kita sendiri. jangan samakan semua manusia. perkara yang baik adalah subjektif. dats y timbulnya perumpamaan, someone trash is another's treasure. 

tulisan yang dibuat pd pukul 2.46 pagi bukan dengan niat untuk menyakiti hati sesiapa. tapi hanya untuk meluah rasa yang tiba2 terasa sesak bila memikirkan hal ini. perasaan yang sudah disimpan cukup lama. aku hargai rasa mengambil berat kamu itu, tapi aku juga seorang yang cukup dewasa seperti kamu. aku mampu berfikir. aku mampu membuat keputusan sendiri. jadi, tolong- tolong kurangkan sesak jantungku dengan kurangnya nasihat-nasihat kamu yang kadangkala aku tidak jumpa mana batu asasnya. aku takut- satu hari aku tidak lagi mampu untuk melihatnya sebagai nasihat- tapi bebelan kosong dari seorang yang rasa dirinya hebat. 

No comments:

Post a Comment

senyum <3