Monday, December 31, 2012

Stages of Life

[semangat berkobar-kobar nak taip post panjang2 ni. tapi tak tahu nak mula mcm mana]

Bismillah. Okay. Permulaan yang terbaik, bukan? [senyum] marilah me-review balik pe dah jadi sepanjang 366 hari 2012 yg aku lalui. secara kseimpulan la. kalo detail masak ah. heh. 2012 kalau nak disimpulkan ia adalah tahun penyempurna impian. in other word, tahun berusaha utk menyempurnakan impian yg selangkah lg nak dicapai. one step closer bak kata christina perri. 

benda paling important bagi 2012 adalah aku berjaya habiskan LLB dan seterusnya berkonvo buat kali kedua. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. LLB was a nightmare for me. Hell, total hell. Tapi dalam LLB yang setahun tu la yang banyak ajar aku. Aku belajar hidup. Aku belajar utk survive. Alone. Yeah, aku ada family yg support dari belakang- tapi seriously, aku sangat berbangga dengan yang namanya Siti Syuhada bt Mohd Isa sbb berjaya hadapi setahun gila tu sorang2 dengan selamat. itu adalah antara kejayaan terbesar dalam hidup. apapun, LLB- terima kasih. terima kasih utk semuanya. air mata, susah senang, kejatuhan, kegagalan dan kejayaan- aku menjadi manusia yg lebih matang kerana kau.

Habis LLB, aku mulakan pula dunia per'chambering' an. Hari-hari di Karthig Shan adalah hari-hari yang sangat aku hargai dan senangi. Cabaran tu mmg banyak tapi cabaran ini mencorakkan satu cara baru utk aku berfikir. aku didedahkan dengan apa benda alahnya dunia kepeguaman ni. Gah. Memang gah nampaknya. dari luar la. tapi sakitnya Tuhan saja yang tahu. The only thing yang buat aku bertahan is- minat. Ini adalah laluan yang aku pilih. Laluan yang didoakan oleh ibu, ayah, wan, atok & family sejak aku kecik lagi. Aku jatuh cinta dengan criminal law & evidence [plus aku mmg tak suka prosedur. leceh dan semak] dan aku semakin pasti yg aku mmg nak praktis lepas hbis chambering ni. In fact, kalau kena pilih antara LLB & chambering- mana satu yg nak diulang- 100% aku akan jwb chambering. rasanya kebanyakan lawyer pun akan kata gitu. Chambering mmg bukan perkara yang mudah tapi kesusahan tu yg best!


shaheera zulkifli menjadi manusia penting dalam hidup aku bagi 2012. kawan susah senang. rakan seperjuangan menghadapi 9 bulan. dialah kaunselor, dialah pembakar semangat & dialah manusia yang aku blh bergantung harap. sedih ketawa- dengan dialah aku ceritakan semuanya. terima kasih setinggi2nya wak.. sampai mati, jasa awak takkan sy lupa. 

Tahun ni juga tahun rezeki utk keluargaku. Achik akhirnya berjaya habiskan diploma. Ibu dapat mewakili n9 utk tilawah kebangsaan di Johor. And bila ibu menang tilawah negeri, satu family kitorang masuk paper you ollls!!



1st tym dpt masuk paper so jd jakun yg amat. even title berita tak de kena mengena n masuk sinar je pun, tapi- kau hado??! haha. Pintu rezeki utk keluarga pun tak pernah tertutup. Alhamdulillah.. tahniah utk kita sekeluarga, sayang-sayangku. 

dengan duit elaun chambering- family aku dapatlah merasa sekali sekala hasil titik peluh aku. tadi belanja ibu n ayah mkn pizza. even pizza simple je tp melihat diorg makan- rasa bahagia yang tak tergambar dek perkataan. sungguh.



sebak jantung aku td n dalam hati diam2 berdoa- Tuhan, jangan ambil nyawa mereka terlalu cepat. Tolong berikan aku kesempatan utk memberikan mereka kesenangan even tak setimpal dengan segala apa yang mereka dah lakukan & korbankan buatku. Aminnn.


heartbeat. till jannah. sayang yang amat.

2012 juga mencatitkan sejarah- 3 BFFs aku melangkah ke alam rumahtangga. In fact on 26th aritu, aku dah pun jd mummy!! yay!! anak buah 1st dlm geng..haha. sengih-sengih dlm office sbb exited tp sampai skrg masih belum sempat nk menziarah baby yanti pipi gebu bak kata Fana YB. InsyaAllah, dalam minggu ni pergi rasanya kalau tak de aral or hal2 lain.


ni hadiah from mummy syuhada & wan liza. tunggu ye baby.

 Ketiga-tiga pernikahan diorang aku attend sbb for me, as BFF, pernikahan tu lah saat paling important. Syahdu sbb.. entah. and masa nikah angah, aku nangis. rasa sayu yg amat. [masa kawen yanti tak sedih sbb leka mengurut kaki dia asyik lenguh coz lama sangat imam tu bg khutbah nikah. bukan kaki dia je. kaki aku pun. masa nikah az aku leka main kamera. masa nikah angah je aku fokus sbb wat dlm masjid. so kena duduk elok2. haha] masa peluk angah lps nikah pun aku rasa seolah-olah my sister diambil orang. sedey wo. tp rasa lega sbb dia dah jumpa org yg akan menjaga dia sampai syurga n akan menyayangi dia seadanya.

haruslah aku yg over, ngah. blog aku. hahaha. 

hmmm.. pe lagi ek?[kena tgk timeline FB utk flashback. owh. akhirnya aku jumpa pekdahnya timeline serabut ni]  Ha! bukan semuanya indah dlm 2012- sebagai contoh- 2012 bukanlah tahun yg bagus utk soal hati & perasaan. mwahaha. no further comments. yang dh lepas biarkanlah. even sekarang aku dah kurang mendoakan dia- tak seperti dulu- tapi doa aku utk kebahagiaan dia, isteri & keluarga takkan berhenti. semoga yang baik-baik sahaja buat dirinya & org2 yg dia sayangi [senyum] 

bila buat chambering- aku banyak jumpa orang- tapi blm jumpa yg berkenan di hati. ada juga bergoncang iman [hahaha.. over kan?] tp just crush biasa. gedik2. buat penghibur kebosanan yang amat bila kes panggil lambat di mahkamah. including 'dia'. Lps 3,4 malam tidur tak lelap, makan tak lalu akhirnya aku decide tu sume mainan perasaan semata. perasaan yang tak boleh dilayan sangat. dingdong. haha. so ibu- sabarlah ye. tahun 2014 along akan cari menantu ibu dengan bersungguh-sungguh [memandangkan tahun 2013, aku nk sambung bljr lg] doala dia jumpa along cpt so tak payahlah ibu tunggu sampai dua tahun. hikhik.


ni tak payah tunggu 2 tahun. sekarang ni pun along sendiri akan pinang dia. hehe. 

azam tahun 2013- nak call to the bar [sakit jiwa aku sbbkan BM bodoh tu] nak habiskan DLSA dengan jayanya. nak bekerja sebagai seorang peguamcara & peguambela dengan seikhlas hati and dedicate to my profession. nak jadi anak yang solehah yg takkan jemu berbakti utk ibu bapa & family. nak jadi manusia yang lebih mengenali Pemiliknya sekaligus menjadikan dia manusia yang lebih tahu bersyukur & berfikiran positif. InsyaAllah. 

Selamat Datang 2013.
Semoga 2013 menjadi satu lagi tahun yang akan aku kenang sebagai sejarah terindah. 
[senyum selalu]

2 comments:

  1. alhamdulillah.....i like sngt dgn entry ni...terharu rase nak nangis gak bile teringat time nikah....heheheh n tetibe teringat kite borak2 semate nk teman ko balik kolej kan...ingt tak...ingt tak....=)

    ReplyDelete
  2. ingat la ngah. aku dh penah state dlm post psl konvo aku dlu.. mmg sgt2 dihargaila kesudian ko teman aku tu ngah tym balik tgh2 mlm dr kelas.. gile seksa nak hidup.. slmt tahun baru ngah! trima kasih sbb rajin menyinggah dan mengomen blog aku ni.. hihi;)

    ReplyDelete

senyum <3