Wednesday, April 10, 2019

USS : Sehari Kembali Menjadi Budak

At this age, aku rasa macam tak macam 32. Maybe sbb masih lagi anak dara, or anak dara tua as other people said it. Yeah, hidup masih lagi macam biasa. Kerja dan keluarga sendiri sahaja tanpa pening pasal keluarga mertua. Ngeh. Tapi dalam senang-senang hidup kurang jenis permasalahan even kuantiti masih sama, jd aku n Tipah decide utk have a day vacation to Universal Studio, Singapore. Sebabkan bajet juga terhad, maka kami p naik bas je. 

 

Kitorg ikut trip CaravanSerai. RM350 include tiket USS n transport ke sana plus sarapan. Jumaat malam, bas amik kami di Hentian Sebelah Senawang then terus ke R&R Gelang Patah, JB untuk solat subuh sebelum masuk imegresen. Ni pengalaman pertama aku masuk negara luar guna kenderaan lain selain flight, and i dont really like it. Imegresen Malaysia ok lagi, tp Singapore punya, Allahuuu.. Que panjang dan memenatkan. Tapi kalau dah namanya bajet, maka banyak songeh is a big no lah. 

 

Sampai ke Singapore dalam pukul 8 macam tu. 1st port kami ke Merlion Park. Sendu tak sendu, time aku p sana lahhhh Merlion tu nak dicuci bagai. Maka impian nk amik gambar acah2 telan air dari Merlion tu terkubur ditelan bumi. Under maintenance sampai bulan 5. Orang ramai mak datuk dan aku pun tak de sgt nk p jenjalan Singapore ni. Kepala duk fikir USS je. 

Group leader adalah nak bawak ke Bugis Street bagai, tp aku n Tipah mintak nk pergi awal ke USS. Diorg bayar teksi then kitorg pun sampai sana dalam pukul 11 gak. Ada sedikit masalah awalnya yang hampir menspoilkan trip aku, tp mujur Tuhan tolong. End up aku masuk USS dekat nak pukul 12 gak. 

 At 1st kami nak amik express pass, tp tour guide kata Singapore tgh cuti sekolah, so harga dia mmg berganda mahal. So dia advice, kalau terlampau ramai org, belilah. but if blh lagi beratur, tak perlu beli. Bergambar sume kami ignore dulu, kitorg p kejar main attraction which were Transformers, Mummy and Cyclon. 

Transformers ade spoil kejap sbb tgh naik2, dia bantai stuck pulakkk. Demi kejar waktu, kitorg naik lain dlu. Then balik baru g sana balik. Dan Alhamdulillah, keputusan utk kembali beratur tu mmg tidak sia2. Best sungguh!

 

Solat blh dekat surau belakang Cyclon. Tempat kecik, and telekung xde [Tipah baru wakafkan telekung kat situ. Moga banyak pahala Tipah] so better siapkan stokin khas untuk solat. Makan, aku google makanan halal dalam USS, so kitorg p yang dekat depan Shrek tu. Makan ok lah, tp mahal mak datuk. So better jgn convert dulu, takut tak tertelan. 

Beratur tak de la teruk sangat. Aku tak berani naik Cyclon, tp naik Human je. Tu yg paling lama la beratur but the system is good. teratur la. Dalam banyak2 pd aku, Mummy paling best n paling kejap. Sayang aku tuitup mata sbb takut sgt. Nanti kalau ada rezeki lagi, mohon diberikan keberanian untuk buka mata tym naik ride. 
 


Dalam pukul 4 lebih, kitorg dah tak larat. Again, atas faktor penuaan maybe. Time tu baru lah nak amik gambar bagai. Habis di USS ke Gardens By The Bay untuk dinner. 

Sana ada persembahan lampu ikut muzik. org ramai gila duk tunggu lampu tu. Pandai diorg create tourist attraction. Mujur tak kena charge. Kalau tak, idokler aku ke sana. Owh before that, sbbkan aku n Tipah g style bujang maka kami tak de la bawak bekal mcm ahli rombongan lain. Kitorg pun bawak diri ke McD and aku rasa McD singapore mmg ohsem la weh!

Tgk sayur dia, tak sia2 RM30 aku! Nenas ada tiga keping ok. Seyes sedap. 

Habis persembahan sume, kitorg gerak balik. Imagine, pkl 8 aku kat imegresen Singapore, pkl 11.30 mlm baru sampai imegresen Malaysia g sepatutnya tak sampai 10 minit pun perjalanan mcm pagi tadi. Sume sbb jammed punya pasal. Duh. Pkl 4 pagi sampai Senawang, and the rest aku tak ingat sbb tdo mati. 
  
Later, kena buat trip khas ke Singapore. Jalan2 cari murtabak plak. Kejap sgt kat sini. tak puas. yang pasti, next time naik flight. aku tak mo dah sakit belakang naik bas. unless mak mertua org JB lah, eh!  

No comments:

Post a Comment

senyum <3