Sunday, August 5, 2012

Kentang. Versi Potato Salad

i think by now korang dh blh fhm yang 'KENTANG' aku rujuk sebagai hati aku. alah, mcm puuuujaan hati mr.kwon ji yong yang melabel apel sbagai hatinya. so sbagi isteri mitahli, aku pun nk tritu gak, jadi- i pick potato. chumel bukan? *wink*


ini post Kentang-versi potato salad. but potato salad yang ada mcm2. 

Sedar tak sedar, 2012 dah masuk bulan yang ke-8 i.e Ogos dah pun 5 hari bersama kita. Ogos adalah bulan birthday utk mifamilia. Bermula ngan apiz, amri (my cousin brother), ateh n my beloved VVIP- my mum. juga tidak dilupa kekasih hati- Mr.kwon ji yong. ah, isteri mithali nya juga lahir bulan ni. 13hb. siapa? ye, tidak syak lagi- tuan punya blog ni. huehehe. 

bila umur dah masuk jubli perak ni, aku fikir macam2 benda. ada juga rasa iri pada orang lain yang dah pun established hidup diorang tym umur macam aku ni. yang dah ada family- yang dah ada anak2. yang dah mula settle down, bukan baru nk try bernafas. hati sape yang tak bengkak bila tgk status2 bahagia orang especially kawan2 newlyweds yang tgh memadu asmara. macam tak boleh blah juga tapi mereka bahagia. itu hak diorang utk mengekspresi kan kebahagiaan itu. aku hanya mampu senyum dan mendoakan kebahagiaan itu kekal hingga ke syurga sambil terfikir bila la turn aku nak tiba. benda n duk bermaik2 dlm pale aku dari aritu.

"macam mana la sy nak nikah makcik2, 
rukun nikah yang 1st pun sy blm dpt fulfill lagi" 

nak update status tp mcm desperate sgt la plak. huhu

tapi aku dah nak masuk umur 25 tahun ni. sudah boleh berfikir secara matang. ini adalah aturan Tuhan. hidup aku dh tertulis macam ni, jadi aku kena redha dan bersabar. jangan berhenti berusaha dan bertawakal. insyaAllah, Tuhan akan berikan yang terbaik. *senyum* 

sambil menulis blog ni, boleh dengar suara ibu mengaji. Subhanallah. Alhamdulillah. Ya Tuhan, segala puji bagi-Mu yang menganugerahkan aku manusia sehebat itu sebagai ibuku. Ibu adalah satu ciptaan Allah yang sangat ohsem, cool dan terbaik. Batas kasih sayangnya adalah infiniti. Dia sendiri pun tidak tahu sampai mana kasih sayangnya. memeluk dia macam ubat. 100% korang akan rasa tenang. i mean peluk mak sendiri la, bukan peluk mak aku. 

ibu adalah kesayangan raaaaamai orang. seyes. kalau korang kenal mak aku, confirm korg jatuh syg punya. dia flexible. ngan sape2 pun dia blh masuk. baik budak, sampai la org tua2. ramai org pnggil mak aku ibu. and frankly speaking- i hate it. ye- syuhada adalah seorang yg possessive. tp hepy la bila org kesayangan kita disayangi ramai org- asal jgn over sudah. 

*amende la aku merapek ni* 

ah. tak kisahlah. yang penting- moral of the story. i LOVE my MUM.
and my DAD. and my SIBLINGS.

*quote di bwh ini ditujukan kepada gf2 adik2 sy. please remember this*


No comments:

Post a Comment

senyum <3