Saturday, September 8, 2012

Mengutip Kenangan

membelek kenangan lama. dah jd sejarah. ada yang best, ada yang sedih. tu sume org pun tahu- lumrah hidup. *owh. cliche sgt* then, tiba2 teringatkan sorg shbat lama. nama dia Norashikin Khairudin. dia lah manusia yang bwk aku ke alam penulisan. ye, aku tahu- sejarah tu tak la important mana kat korg, tp sgt2 bermakna utk aku.. masa tu darjah 3 and aku start buat cerpen2 pendek. cerpen = cerita pendek. so korg bygkan cerpen pendek apa rupanya. 

pastu aku ada tulis blog, cerpen n ada attempt nak tulis novel tp sangkut tgh jalan. ada wat note gak kat FB. so post kali ni aku akan copy paste kan balik segala note2. actually nk delete segala note kat FB. semak. tambah lagi sejak kempen timeline ni mengganggu hidup. 

ni adalah antara note2 yang boleh diguna pakai. heh. 

1. Tajuk : Pekak dan Bisu. 10 Apr 2011. 12.05pm

Kerana Tuhan Anugerahkan Aku Hati.

Disuruhnya aku diam.
Butakan mata bila melihat.
Pekakkan terlinga bila mendengar.
Kelak- hatiku tidak akan sakit.

Apa yg buta itu tidak punya hati?
Apa yg pekak itu juga tidak punya hati?

Aku harus menjadi serba sempurna.
Terbaik dlm segala segi.
Dahulukan hatinya.
Keperluannya.
Yang pasti- tiada aku.

#

Kerana Tuhan Anugerahkan Aku Hati.

Dan Dia juga memiliki segalanya.
Masa silam, kini dan hadapan.
Di tangan-Nya ada takdirku.
Yang aku tidak boleh sekali-kali persoalkan.
Kerana aku-
hanya hamba.

Dia takdirkan manusia itu dtg dlm hidup.
Saat aku paling tidak bersedia.
Saat aku paling tidak mahu.
Bila sekali lagi aku diuji.
Sungguh. Aku benci perasaan ini.

Sakit.
Kerana aku tahu- sekali lagi aku akan kalah dlm percaturan ini.
Tidak.
Aku tidak akan kalah.
Kerana sememangnya- aku telah kalah.

Perit

#

Kerana Tuhan Anugarhakan Aku Hati.

Calitan warna setiap hari berbeza.
Atau mungkin sama.
Tp coraknya tidak.

Aku harus memegang kanvas ini.
Supaya warnanya tidak terpalit.
Memegang setiap bucu.
Dan kadangkala aku bertanya-
Mampukah aku memegang nya sendiri?

#

Kerana Tuhan Anugerahkan Aku Hati.

Yang sangat sukar untuk difahami.


2.  Tajuk: Doaku Untuk Kamu. 19 Jun 2011. 3.49pm. Khas buat Siti Fatimah Razali *Al fatihah buat arwah ibu sahabatku ini* 

kalaulah kesedihan itu blh dibahagi dua..
kalaulah derita itu boleh dikongsi bersama,
berikan separuh dr kesedihan kamu itu padaku, sahabat..
agar kau tidak menangis sebanyak itu,
agar kau masih boleh tersenyum saat diuji sebegini hebat..

aku tidak mampu meminta kau berhenti menangis
kerana aku tahu siapa saja akan begitu jika insan paling disayangi meninggalkan kita

aku tidak mampu utk buat kau tersenyum
kerana tiaada kata yang boleh memujuk kamu saat ini..
kerana derita itu hanya kau yang merasai bebannya..

kami hanya mampu utk cuba memahami..
bersama di belakangmu, menyokong mu sedaya mungkin..

terlalu berat hati utk melepaskan..
tapi redhakan pemergiannya, sahabat..
kerana dia bukan pergi kepada siapa-siapa..
tapi yang menyayanginya lebih dari sesiapapun di dunia ini..
ibu mu pulang kepada pemiliknya..

satu hari, sepertimana janjinya, kita pasti akan bertemu..
doakan pertemuan itu berlaku di syurga yang sangat indah..

jangan sesalkan perpisahan ini
kerana Dia mengetahui segala apa yang terbaik buatmu..

sabarkan hati, sayang..
mungkin kasih syg kami tidak sehebat kasih sayangnya buat mu..
tapi kamu perlu tahu, kami selalu ada di sini..

saya sayang kamu.

Al-Fatihah buat bondamu, sahabatku~

eh. dua je yg blh diguna pakai? 

No comments:

Post a Comment

senyum <3