Wednesday, February 13, 2013

Catwalk. Meoww.

Keletihan berkenduri Tuhan sahajalah yang tahu. Jadi, bagi melegakan segala keletihan dan ketegangan jiwa, aku nak cerita tentang kucing. Setelah membuat 'kajian' dengan merujuk kepada Prof.Google selama setengah jam, aku terjumpa fakta di sini  bahawa- kucing mempunyai effect penenang; saat seseorang mengangkat kucing tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil. Wow. Ohsem bukan? 

Seperti yang kebanyakan umat Islam sedia maklum, kucing adalah binatang kesayangan Rasullah s.a.w. Kat sini ada menceritakan perihal Baginda dan kucing kesayangan Baginda bernama Muezza. Hadith Rasullah s.a.w juga pernah menyebut tentang kucing:-

Daripada Abdullah bin Umar RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Ada seorang perempuan disiksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga kucing itu mati. Wanita itu masuk ke dalam neraka. Dia tidak memberi makanan dan minuman ketika ia mengurung kucing itu. Dia juga tidak suka melepaskan kucing itu untuk bebas memakan serangga kecil yang melata di bumi” (HR Bukhari dan Muslim)

[Tak suke orang copy-paste blog ini, but aku duk copy-paste blog orang. Action not based on mala-fide. hanya menyebarkan ilmu semata] I have found several facts about cats on Google:- 
  1. Kucing rumah boleh tidur sehingga 14 jam sehari
  2. Snow Leopard melindungi diri daripada kesejukkan melampau dengan melilitkan ekornya yang sepanjang 3 kaki di sekeliling hidungnya
  3. Puma (harimau kumbang) dan Leopard merupakan mamalia yang boleh melompat paling tinggi sekali. Mereka mampu melompat setinggi 16.5 kaki
  4. Kucing paling kecil didunia dijumpai di Singapura dan ia hanya seberat 4 pound bersamaan  1.814kg.
  5. Kucing mampu menghasilkan sehingga 100 bunyi vokal manakala anjing hanya mampu buat 10 sahaja.
  6. Kucing menggunakan misai mereka sebagai antena untuk mengukur sama ada lauluan itu muat atau tidak untuk dilalui. Jadi sila jangan potong atau trim misai misai kucing korang. 
  7. Kebanyakkan kucing tidak memiliki bulu mata.
  8. Jika dikira mengikut nisbah berat, Leopard kononnya 7 kali lebih kuat daripada manusia.
  9. Panthers (Harimau Kumbang) juga dikenali sebagai Black Leopard (Harimau Bintang Hitam) mereka sebenarnya adalah daripada speseis yang sama. Jika diperhatikan betul-betul, boleh kelihatan tompok-tompok hitam pada Panthers.
  10. 1 daripada 4 rumah di Amerika mempunyai kucing
  11. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza
  12. Pada 1800′s, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditudaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini
  13. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw (purring) 
  14. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki
  15. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan. 
  16. Kucing ada 32 otot di setiap telinga.
  17. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya.
  18. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya. 
  19. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan.
  20. Kucing mamapu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, 

I love cats. Aku chenta kucing-kucingku. and aku cepat kesian kat kucing-kucing bersepah di atas muka bumi ni. I treat my cats as if they are my children even aku bahasakan diri as along kat diorang. Sejarahnya dulu macam fobia juga dengan kucing lepas kucing yang aku bela masa drjah 3 hilang. tak la fobia, tapi macam tak suka and takut pun ada. But everything changed lepas amoi datang. Bila amoi mati, sedihnya hanya Tuhan sahajalah yang tahu. 



my note that i wrote bila amoi pergi. tiga hari babe air mata tak stop turun. Tapi patah tumbuh hilang berganti, past is past, now Tuhan anugerahkan keluarga aku dengan tujuh ahli syurga yang chumel-chumel. even kadang-kadang menguji kesabaran, i love them with all my heart. Bak kata Hanis Zalikha [blogger sempoi lagi feymes itu] Dog is human's besfriend but cat is family seh. 


the sexy ladeyhhh! Ayong sesantek


Oshin. Mewarisi kecantikan bondanya- si ayong sesantek. 


nama scientific kutiha d hui hui. nama manje- kuti d tum-bam


my fav micky. yup. aku yang bagi nama. and yup. di inspirasikan dari nama suami- Park Micky Yuchun. Di sudut gambar tu, Ien. Alien sbb dia sekor yang warna oren. Yang lain sume putih. 


Micky memetik bunga di taman larangan tapi ibu takkan marah. heh. Gambar Maru, Mui and Ien yang full tak de la plak. Soon aku post. huhu. Pernah question tak nape orang amik gambar kucing. aku pernah. dulu, aku penah jumpa orang amik gambar kucing penuh satu album and aku pelik- apahal la nak membazir kodak [ha, time orang amik gambar pakai filem lagi]. now aku baru tahu yang jawapannya korang takkan jumpa kalau tak bela kucing sendiri. 

No comments:

Post a Comment

senyum <3