Sunday, February 17, 2013

Dapur

Sepertimana yang pernah dimaklumkan dlu, aku bukanlah kaki duk dapur and rancangan nak gunakan masa cuti untuk belajar memasak hancur lebur sbb dapur is really not my thing. [Pengakuan telus gila] Tapi ada la satu dua lauk simple yg amat yang aku tahu buat. Lain memang total fail la.

Post kali ni nak share satu resipi yang bak kata tok guru (En. Pian Razak) yg bagi resipi ni- S.Jibeng kalo hidup lagi pun blh buat. Sesuai la utk segelintir kecil gadis-gadis yang lemah kemahiran ilmu dapur macam aku. huhu. 

BREAD BUTTER PUDDING/PUDING ROTI
roti, 15-16 keping (buang tepi, potong 3 segi/xpotong pn xpe, xkesah brand ape, sapu dgn mentega dua2 belah)
mentega (secukupnya)
kismis, 50 gram
3/4 liter susu segar (panaskan sikit)
5 biji telur ayam
90 gram gula kastor (utk kastard)
30 gram gula kastor (utk ditabur)
secubit serbuk buah pala (jgn byk sgt, pahit t. prempuan bagus taw amek buah pala byk. klu lelaki bagus amek halia byk)
.......
1. sapu bekas pembakar dgn mentega.
2. letakkan kismis ke dlm bekas pembakar & aturkan kepingan roti (pastikan xde ruang antara kepingan2 roti, t dptlah end product yg padat. ikut selera klu nk wat lapis2 pn ok).
3. campurkan gula (90 gram) dgn telur ke dlm satu bekas & tuangkan susu sambil diputar dgn pemutar telur (hasilnya nanti 'kastard' namanya).
4. tapiskan adunan kastard ke dalam bekas pembakar & taburkan gula kastor (30 gram) serta serbuk buah pala (roti mst tenggelam ye, gula klu nk letak byk pn ok).
5. letakkan bekas pembakar ke dalam dulang pembakar berisi air & bakar adunan dgn ketuhar bersuhu 170 darjah Celcius selama 35-40 minit (air dlm dulang 2 klu dh kering tp xmasak lg, ko tambahlah. nak tahu dh masak ke x, cucuk tgh2 dia dgn pisau/lidi. klu bersih je pisau/lidi 2, dh masak le maknanya. satu lg cara, cucuk tgh2 ia dgn pisau, pastu rasa kat bibir. klu panas 2 dh masak le 2. slalunye puding ni dia crispy2 sket, br sedap mkn panas2. kaler dia golden brown taw).
6. puding ini boleh dihidangkan ketika panas atau didinginkan di dalam peti sejuk (bila dh kuarkan dr oven, sejukkan sekejap je. pastu leh mkn. klu nk simpan dlm peti ais, mst sejukkan dlu skejap. klu kita simpan bnd yg tgh panas2, t rosak plak peti ais).
klu xde oven, leh gak kukus. tp t dia mcm kenyal sket.


Then ini lah hasilnya. 1st time aku guna oven weh. Kembang kempis hidung aku bila cubaan pertama menjadi. Sodap plak tu!



Tapi ni gambar 3 tahun lepas la. heh. btw, cuti aku akan berkahir. esok mula keje officially. nth officially nth tidak la since PC blm kuar lagi [PC mende, perintah pun tak dpt lagi. sigh] aku harap tindakan nak mula keje awal ni betul lah. mudah-mudahan. Amin~ pasti akan merindui saat-saat lepak berbahagia selama lebih 2 minggu tu. sobs. sobs. tgk la video ni, diorang sgt la ohsem di mataku. Adios! 

2 comments:

  1. BUAT MASE NK G MELAKA LONG!!! MACAM BEST JE..HUKHUKHUK

    ReplyDelete
  2. ko wat la solat hajat kasi aku rajin skit nk wat bnda alah ni. jumaat keje seh. kalo sempat plus rajin tahap gaban aku wat

    ReplyDelete

senyum <3