Tuesday, June 24, 2014

Tersungkur. Aku.

apa yang kau tahu tentang hatiku?
apa yang kau tahu tentang hidupku?
apa yang kau tahu tentang sakitku?
apa yang kau tahu tentang perjuanganku?

aku sangka semuanya baik-baik sahaja
aku cuba sedaya upaya senyum gembira
mungkin aku berjaya menipu dunia
tapi aku kalah di dalamnya

aku sangka aku mampu hadapi semua ini
rupanya aku jatuh tersungkur sendiri
rupanya air mataku sedang jatuh tidak henti-henti

sandiwara apa yang aku lakunkan
terlalu asyik hingga diri sendiri aku abaikan?
madah cinta apa yang aku aturkan
terlalu indah hingga lupa hati telah jatuh di jalan berserakan?

akuu sangka kau akan faham aku
aku sangka dia akan faham aku
aku sangka orang-orang yang selama ini dengan seboleh daya aku cuba fahami
akan cuba utk fahami aku saat aku lalui apa yang mereka lalui
tapi tidak
mereka tidak lansung mengerti
sedikitpun tidak mahu mengerti
Sedikitpun tidak cuba mengerti
malah mereka- yang aku harapkan akan menemani
lansung tidak ada di sisi

aku jatuh tersuungkur sendiri

Pergi, pergi jauh dari aku
aku tak sanggup menanggungnya lagi
sakit jiwaku, sakit rasaku
pergi, tolonglah pergi
jangan ganggu aku di sini

aku tahu Tuhan sedang pandang aku
tanya aku apa yang aku mahu
menuntut janji yang selama ini aku tuturi
dulu aku janji cukuplah Dia yang menemani
jgn diharapkan selain Dia, Tuhan Rabbul Izzati
tapi aku tewas dengan nafsu sendiri

aku takut mahu mengadu lagi
aku malu mahu merintih pada Dia lagi
aku selalu lupa Dia- walau aku tahu
Dia tak pernah lupa aku
sampai satu ketika aku hampir putus asa pada janjiNya
tapi aku juga tahu
bahawa aku tak punya siapa-siapa selain Dia

No comments:

Post a Comment

senyum <3