Monday, June 2, 2014

Takde tajuk

Mereka kata
Dalam sabar yg paling kuat
Akan dtg nikmat paling hebat

Mereka kata
Dalam tawakal yang paling utuh
Akan tiba kasih paling jitu

Kalau pada diri ini
Hanya Tuhan sahajalah yang mengerti
Betapa lama aku sabar menanti
Hanya Tuhan jualah yang mengetahui
Berapa kali aku menyeka air mata sendiri

Memujuk hati
--agar jangan sesekali putus asa dengan janji Ilahi

Dan kalaulah benar kamu orgnya
Aku merafak syukur pada Dia
Atas janji yg telah dikotakannya
Jadilah yg baik, mka yg trbaik akan tiba

Aku mengeluh kala terkenang kejahilan lalu
Sangsi akan janji Tuhan ke atas ku
Kini aku benar2 yakin dan tahu
Bahawa utk yg trbaik seperti kamu
Aku sememangnya perlu menunggu

Justeru itu sayang ku
Pandang aku.
Lihat dlm mata ini.
Ada cinta pertama buat kamu
Ada hati paling bersih untukmu
Dan aku janji akan setia hingga hujung nyawaku

-Syuhada. Satu tengahri di Bangi-

[sempena musim menerima soalan2 cliche lagi basi tentang calon suami masa orang ramai kawen ni] [kalau aku dah jumpa, puisi ini untuk dia. prepare awal2]

No comments:

Post a Comment

senyum <3