Monday, April 17, 2017

#SeoulSistersReunion- Part II

31st March 2017
kami mulakan pagi pertama di Jogja seawal 3 pagi, semata-mata ingin mengejar sunrise di Merapi. Solat Subuh di kaki gunung, dan kemudian menaiki jeep untuk ke lokasi tersebut. [sesape ada penyakit buasir, please jgn try. sbb jalan mmg mcm naik kuda gila. tp fun! terkekeh2 aku gelak for something which was obviously not funny at all. im weird. i know] 

[dalam hutan okeh. gelap2 subuh. tiba2 rasa bebal sbb praying hard tak jumpa gajah. lupa kwsn gunung berapi mana ada gajah] 

Sampai sahaja, supir jeep bawa ke tempat yang sesuai untuk ambil-ambil gambar, dan diorg juga rajin melayan. well, bagai org mengantok disorong bantal, maka begini lah hasilnya. 


di kawasan gunung berapi ni ada diorg buat mcm tempat perlindungan la kot2 merapi meletus. namanya Bungker Kaliadem. aku masuk ke dalam tempat tu, nampak macam terowong jepun dari luar, tapi dalam tu aku difahamkan boleh muat 30 orang je tak silap. ada bilik air juga. dikhabarkan juga, pernah ada 2 org sempat menyelamatkan diri dgn masuk ke Bunker tu, tp sudah ajal, lava gunung berapi lalu di kawasan atas bunker tu mengakibatkan dua org tu mati kepanasan seolah-olah di dalam ketuhar. urgh. ngeri dengar. tak boleh bayang camne seksa sakaratulmaut mereka. 

so, issue now- Bunker ni boleh selamatkan apa je?
jawapannya Bunker ni hanya untuk berlindung dari asap panas sahaja. tapi kalau lava yang lalu atas, May Your Soul Rest in Peace. 




Selepas tu kami dibawa ke musium mini yang asalnya adalah sebuah rumah mangsa letusan gunung berapi. owh, lupa nak bgtau, last merapi meletus pada 2010 dan sepatutnya meletus pada 2016. memandangkan 2016 tidak terjadi apa-apa, maka penduduk Jogja actually sedang berhati-hati untuk sebarang kemungkinan. [bak kata pepatah, kalau tak nak dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai. kala tak nak kena bakar, yang p tinggal kat kaki gunung tu apsl?] [tp sepertimana aceh, musibah dilihat sebagai rahmat. akibat dr letusan tu, kawasan kaki gunung merapi menjana batuan2 yg boleh dijadikan arang or bahan binaan. Indeed. Tuhan takkan pernah zalim] Batu alien sume tu nak kena cite ke? Google je la ek. malas nak taip. Haha.

Settle di Merapi, kami dibawa ke Gereja Ayam. but.aku tak naik [memandangkan my beauty sleep telah terganggu tadi pagi, maka nya merengek utk diqada'. jd aku memilih tidur berbanding gereja 'buat lain jd lain' itu. Hehe] Member-member yang naik kata pemandangan mmg cantik. So korg jgn jd macam aku. Alang-alang sampai, sila pergi. nanti bila time nk cite ngan org, kedek2 tanya kwn [mcm aku]


usai makan, kami bergerak ke Borobudur, wisata paling mahal entrance fee nya, but must-go. dahla jauh. [dari satu wisata ke wisata yang lain di Jogja ni mmg jauh, jd boleh qada' tidur banyak2. tp nanti korg terlepas pemandangan sawah padi comel2 tepi2 jalan] sejujurnya trip Jogja kali ni, aku tak sempat nak buat apa-apa bacaan ttg sejarah etc. Thats why bila sampai di Borobudur yang ada dlm kepala aku adalah peta minda Cikgu Anisah & buku sejarah kaler biru tu je. duh, history is fav subject ever! tp bila tgk depan-depan segalanya aku lupa. erk. utk bukan local, kita byr tiker berbeza harga. kalau student dpt half price.

[amaran keras: kalau korg ade berhajat nk bwk student kad lama ke, atau fake ke.. mohon lupakan. if korg claim jd student, dia akan minta supaya dibukakan website universiti and korg kena log in dan2 tu gak.tak dpt log in, maka.......malu la bhai!]

 kau turun saja dari kereta d tmpat parking, maka kau akan diserbuuuuuuuuuuuuuuu oleh peniaga2 jalanan yang memujuk kau dgn skrip yang sama. macam cite zombie. ngeri. serious. aku trauma sampai hari ni.  

ok. berbalik cite psl borobudur, dari entrance ke candi tu mak datuk punya jauh. sila naik mini train. jimat tenaga. masa tu panas terik yang amat.but babe, i tell u, the view was majestic! Like- subhanallah. Tuhan berikan ilham cukup hebat pada org2 dahulu kala untuk buat candi sebegitu besar dan sgt lah halus dan teliti binaannya.


[sumber ehsan google. akak tak de bakat nak amik gmbr sebegini art. yg akak ade hanya ni]



habis di Borobudur, kami ke Malioboro. Takde gambar sebab masing-masing sibuk shopping. Jogja terkenal dgn batik, tp pada aku Terengganu nye lebih menepati citarasa. Owh btw kitorg banyak shopping lipstik wardah dan segala macam produk wardah. Seriously, kalau ada 5 lagi trip org Malaysia shopping wardah mcm kitorg, insyaAllah wardah tak perlu risau ttg kerugian for the next five years [exaggerate, yeah. tp serious banyak. aku tak pernah beli lipstik sampai enam batang serentak sepanjang hampir 30 tahun hidup di bumi Allah ni] 

balik just beli McD je. and ianya tak sedap. sayur kurg, mayo sikit. dan ayam agak keras. duh. but, mas denny ada bawa singgah gi makan sate & nasi kucing [nasi putih dan sambal SAHAJA] juga minum kopi joss. aku order kopi joss- kopi unik yang mana diorg letak arang dalam air tu, nak minum kena keluarkan [duh.of course la kan?] dalam hujan2 tu, kena kopi panas, mmg layan. 

 
 

tu je lah dulu ek.aku plan nak buat utk travel note jogja ni, satu post cite psl 2 hari. tapi mcm banyak sgt. penat.

No comments:

Post a Comment

senyum <3