Tuesday, April 18, 2017

#SeoulSistersReunion- Part III

[aku tak tahu la bape part Travel Notes utk Jogja ni. Moga dpt disiapkan awal sementara memory masih fresh]

1st April
Pagi tu kami sangatlah exited dgn tshirt n sluar basahan [kalo sebut baju mandi, jd lain pulak] masing-masing sbb second morning in Yogyakarta kita mulakan dgn cave tubing & body rafting di Goa Pindul. mula-mula meriah la borak gelak bagai, pastu masing-masing membuta sebab perjalanan mmg jauh  [sampaikan Mas Denny kata kitorg ni group paling kuat tidur yang dia pernah handle. huehehe] jauh ke dalam hutan. 


sampai je sekali lagi diserbu penjual-penjual yang jual cover phone la selipar la etc. [xde masalah kalau nak menjual, but bila dtg menyerbu tu buat kita tak selesa] kami kemudiannya diberikan taklimat la ttg aktiviti ni and harga. cumanya tidak diberitahu pakej-pakej apa yg ada. so diorg just letak je hrga pakej yg cover both-cave tubing n body rafting. masuk sekali gambar [bab gambar ni agak tak best sbb seyesly, akak2 ni amik gambr lgi la cantik] lps pilih kasut getah dan jaket keselamatan yang disediakan, kitorg dibawa ke kwsn gua tu. naik mini lori [eh ye ke mini lori?]

  


 

sampai, jalan sikit, pilih pelampong then berjalan ke gua. sungai memang keruh sbb smlm hujan. petugas-petugas tu susun kitorg satu line duduk ats pelampong kemudian dibawa masuk slow2 ke dlm gua. [kalau ditanya samada aktiviti ni sesuai ke tak utk aquaphobia plus nycthophobia mcm aku- jwpn nya yes. masih ada lampu. cuma debar jantung mmg laju] dlm tu ada la kelawar tgh tidur etc. mcm gua biasa. settle cave tubing, kitorg dibawa naik mini lori ke kwsn utk body rafting. air sungai mmg laju. sumpah aku cuak. sedikit tak best sbb tak dpt sama2 dgn kwn2 yg lain. but pedulikkan yg kecik2 tu, bnda ni ohsem. sungai agak jauh. ummm.. dlm satu kilometer lebih kot.. ke tiga km? tak pasti. 


selesai mandi, solat jama' segala, perut dah mula meragam juga exited sbb ikut plan, kita makan lobstrerrrr today! [senyum girang even masa taip ni. ya Tuhan. telan air liur aku] berangan la mkn lobster kt pantai timang, dgr bunyi ombak, angin sepoi-sepoi bahasa bla bla bla tp tiba2 rasa mcm pelik bila dibawa masuk hutan lagi...ehhh pastu sampai depan rumah org..ehhhh kena masuk plak.... i was like- ehhhh i thought we are going to eat seafood?

rupanya lobster yg dah ditangkap, simpan dlm kolam rumah sendiri then masak di situ jua. kitorg order lobster, sotong, ikan segala. mmg mkn besar time tu and puas hati sebab sedap!



alhamdulillah, settle makan, kitorg pun bergerak lah ke pantai timang yang feyymess ituh. masuk hutan lagi, dan actually kenderaan selain ojek [motosikal] tidak dapat/dibenarkan masuk. tp mas denny offer utk bwk kitorg. better la naik van kan, dr motor. dh la jalan hutan, naik motor pula. bahaya dan tak bape manis aku rasa. huhu. sampai di kawsan tu, sekali lagi amazed dgn pantai yg ombak nya sgtla kuat. view? subhanallah. sgt cantik. 


 gondola?
haruslah naik. walaupun mahal, tapi berbaloi-baloi. walaupun aktiviti meminta nyawa. tapi seronok. walaupun hampir kuyup kena ombak ganas. tapi kenangan dibawa sampai mati. 

 

teknologi tempatan. asalnya utk angkut lobster, tp dinaik tarap jd kawasan pelancongan [wisata] gondola ditarik guna kudrat manusia sampai sado2 mereka jdnya [blushing akak. hik] dekat nak magrib kami pun bergerak pulang. kenangan makan di warong SS dlm blackout masih buat aku senyum sorg2. penangan perut lapar dan makanan sedap, nycthophobia bukanlah halangan.  

2nd April.
[happy birthday ijam]

lps sarapan dgn roti yang disediakan oleh homestay, kami pun memulakan perjalanan hari ketiga di Jogja. Dimulakan dgn Kalibiru. nothing much to say psl tempat ni. cumanya pokok yang kitorg panjat untuk gambar cantik tu, tidak lah setinggi yang org sangka. bearable. dan tempat ni jauh ats bukit. bersedialah berhimpit di dalam jeep sblm sampai ke puncak. [mcm kami] 


second ke taman sari. istana lama sultan jogja. tp yg aku fhm more kpd istana hinggap, tempat raja relax-relax mandi2 segala. ada la sorg pakcik local ni dtg explain. awal2 tu aku fhm pe dia ckp, pastu dia naik sheikh bercerita, lnsung sebutir haram aku tak dpt tangkap. lps aku dh tinggalkn slow2 tu, baru tahu yg diorg ni kena byr. tu pun sbb kwn aku byr anoher person. kan ke best kalo aku baca dlu tempat ni utk pe, bru la syok fhm tujuan dtg. [sigh] 

third ke pantai parang tritis. masuk kena byr. bnda kena byr, haruslah byg yg lebih baik dr yg percuma ye dak? tp tidak. pantai malaysia 15 kali ganda lebih cantik. n kita punya lg bersih. cuma diorg ada la aktiviti lain mcm kuda segala. k.as kata ada air terjun kt tepi pantai tu. tp aku mcm dh mls. plus duit dh krik krik. hehe. 


gumuk pasir, aku leka tgk org amik gambar for wedding. ada la aktiviti lain mcm sand boarding etc kalo nk cuba.tapi seyesly aku dh malas. semalas aku nk taip bnda ni lg. huhu.


ok lah. lunch hour dh nk hbis. aku nk tdo sat. bye2.             

No comments:

Post a Comment

senyum <3