[saat aku mengira apa yang aku tidak ada, Tuhan tunjukkan aku wajah-wajah mereka yang sedang tidur lena, untuk aku sedar bahawa adanya mereka bermakna aku telah memiliki segalanya]
Senyum mereka, sedih mereka
itu semua hidup aku- maruah aku
adanya mereka, wujudnya mereka
itu anugerah besar Tuhan buat aku
kerana adik-adikku- nyawa aku
melihat mereka
aku lega
biar bergaduh meninggi suara
biar berselisih pendapat dan rasa
aku tahu merekalah segalanya
aku mohon pada Tuhanku yang satu
dekatkan hati-hati kami selalu
jgn dimomokkan kami dengan fitnah duniawi
dengan rasa tamak meninggi diri
dengan rasa hasad berkira itu ini
aku mohon pada Tuhanku yang Maha Satu
ukhwah ini biar sehingga terbinanya mahligai di syurga
bimbing aku untuk memimpin mereka
bimbing aku jadi kakak yang selayaknya
agar menjadi pewaris legasi kedua org tua
dibawah redha Allah s.w.t yang Maha Esa
kerana
andai adik-adikku- nyawa aku
ibu dan ayahku lah degup jantungku.