Saturday, March 31, 2012

Jun 2012

bagaimana aku hendak memulakannya?

ibu mengajak aku menunaikan umrah pada bulan 6 2012 ini dan aku bersetuju. tarikhnya belum pastu dan masih belum ada apa2 persiapan yang dilakukan. dalam tempoh 2 bulan, kalau dizinkan Allah, aku akan menjejakkan kaki ke tanah suci itu... tapi bersediakah aku?

sahabat2 jgn takut pergi ke mekah ...jgn takut..walaupun kita byk dosa.. di mekah bukanya tmpat Allah menghukum. hambanya,. sebenarnya di sana tempat Allah menunjukkan kasih sayangNya.. air mata mengalir... rasa dekatnya dgn Allah dan Rasulullah.. kenangan menangis kerana kenikmatan ini.. tanyalah jamaah yg pernah di jemput ke sana

ni pesan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh dlm status FB nya satu hari yang membuatkan aku terus bersetuju dengan jemputan ibu. tapi bohongla kalau aku kata aku bersedia sudah nk ke sana. artikel2 dlm Mastika dlu bermain2 dlm fikiran. memikirkan dosa2 yang dah aku buat, lutut mana tak goyah? but then, Tuhan tu Maha Besar.. kalau Dia nak menghukum, mana-mana pun boleh. Bukan di Makkah shj.

Tapi Makkah & Madinah tu tanah kelahiran Rasullah s.a.w.. berada di sana bermakna kita betul2 akan rasa dekat dengan Allah juga Rasullah s.a.w.. membayangkan nya sahaja dah buat tengkuk aku meremang, inikan pula bila aku menjejakkan kaki ke sana.. layak kah aku menjadi tetamu-Nya?

jauh dari suduh hati, sebenarnya, apa niat aku ke sana?

nak melancong? nk post gambar kt FB yang aku dh pun membuat umrah, berjalan2 melihat dunia luar? naik kapal terbang?

nak berjumpa dengan jodoh yang Tuhan janjikan buat aku? terpengaruh dengan cerita-cerita yang ramai bertemu jodoh di sana, mungkin?

atau mungkin aku nk menziarah wan di sana?

aku buntu. aku serabut. kalau aku ke sana dengan niat yang salah, apa akan jadi? apakah selepas aku balik aku akan jadi muslim yang lebih baik atau manusia riak dan makin jauh dengan Allah s.w.t.. kalau dihitung dosa yang aku lakukan..
dosa-dosa besar.. yang mengikut hawa nafsu..
yang taksub dengan hiburan-hiburan lagha..
umpatan.. hasad dengki.. hutang piutang..
apa akan berlaku?

Ya Allah~

No comments:

Post a Comment

senyum <3