Sunday, October 14, 2012

Salam Pagi Ahad

Ahad adalah hari yang membahagiakan untuk kebanyakan org. main reason adalah tak perlu berkerja. *owh. maybe tak apply utk org kelantan, tenganu, kedah etc sbb diorg cuti jumaat n ahad keje* aku juga bahagia hari ahad. menjadi org yang bukan kaki tido tlh menyebabkan kebanyakan malam sabtu aku jarang tido awal n layan cite korea sampai pagi. bad habit. yeah. i know. tp tulah caranya syuhada layan malam minggu dan menghilangkan stress seminggu keje yang menggila.


ni salah satu stress-reliever aku- ayong sesantek. hehe

minggu lepas adalah minggu gila. dimulakan dgn arahan tiba2 kena pergi court ampang watkan urat kepala aku hampir tercabut. dengan duit tak de, dgn jln ampang yang aku amat jahil, dgn fail yang tak de ngan aku. segala masalah mencubit2 hati. tapi ibu positivekan aku. menegur yang aku tak patut think negative. aku kena provekan pada boss yang aku blh wat. then mengenangkan apa yang ibu cakap tu betul, aku positivekan diri. apa nak jadi, jadilah. ibu pun tolong aku g ampang. *terima kasih bu. terima kasih setinggi2 nya sbb sentiasa ada dengan along. boleh mati along kalau ibu tak de dlm hidup* 


selasa- jasin. untuk bicara. aku dihantar ke sana untuk melawan majistret. gila punya kerja. tapi dh namanya saya-yang-menurut-perintah, harung ajelah. so aku pakai approach org melayu yang mementingkan budi bahasa- aku minta jumpa Puan dlm kamar. cakap baik2, minta maaf baik2. explain stand aku cam ne. explain arahan bos cam ne. cakap selembut mungkin. dengan dibantu oleh doa ibu yang juga menemankan aku g jasin, akhirnya Puan tak marah aku. dia bengang, aku tahu tapi terima kasih Puan sbb faham keadaan saya. *terima kasih juga pada ibu yang tak henti2 doakan along. Ya Tuhan, terima kasih kerana pinjamkan ibu hebat itu untuk hamba-Mu ini*

odway balik ke ofis, sheera call bagitau dia lps ethic. exam ethic adalah satu perkara menyusahkan yang menjadi satu kemestian utk lulus kalo nak jadi lawyer. ye, seolah2 exam yang dihadap selama 5 tahun lebih tu tak cukup2 lagi. exam ni kalo wat 2,3 kali mmg tak heran sbb failure mmg ramai. aku sgt lah hepy utk sheera tp cuak utk diri sendiri sbb aku mmg merapu gila tym exam aritu. sampai je opis terus call bar council utk cek result. even krani bertugas tu sgt lah kerek n garang tp aku tak peduli- sbb aku lulus ethic wey! 1st tym amik plak tu. weeeeeeeeeeeeeehihi~


Rabu macam biasa. court seremban sahaja. but datang hari khamis, aku diuji mental n fizikal. anak k.ana masuk hospital n bos ada kes di selayang. so aku kena cover sume kes seremban. seremban ada 10 kes. case management. mention juga satu bicara. dengan 4 kes di sesyen court. pernah g court seremban? kompleks mhkamah seremban 2 berbentuk 'U', imagine cam ne aku berlarimengejar court sana sini. nasib baik sivaram tolong. k.ana mintak tolong dia sbb aku tak blh appear di sesyen court. hectic. tulah d best word yang blh aku explain hari aku hari tu. mmg patah kaki. dua hari juga aku urut kasi elok. 

jumaat. penghulu segala hari. dats y hari tu aku jumpa 'penghulu' segala court- Yang Arif Dato' Siti Mariah hakim mahkamah tinggi Seremban. other side lawyer pun kerek, tu yang wat aku lagi cuak. gelabah tp mungkin sbb terlampau penat n letih nak risau, slowly aku rasa  nothing. alhamdulillah- sume berjalan lancar.

tu je laporan seminggu aku.
owh. sebelum blah, aku nak quote perbualan aku dengan makcik a.k.a akak kantin court. perbualan terjadi pada hari khamis sepuluh kes tu. tym aku tgh nyawa2 ikan g beli mineral water.

akak : ekau bilo habih praktikal?
aku: bln 12 ni insyaAllah kak. 
akak: ekau bulehlah garang ni? akak tgk lombut yo. 
[merujuk kepada kerjaya slps chambering iaitu lawyer]
aku: [memandang akak tu dgn rasa nk ketawa terbahak2. kalau adik beradik aku dgr ni, confirm kena bahan kaw kaw] hanya tersenyum. mengcover 'kelembutan'.

perbualan tu menunjukkan syuhada is a different person di mahkamah. trust me- aku plg banyak senyum kat court lah. apapun kak- u made my day. :D

No comments:

Post a Comment

senyum <3