Sunday, June 16, 2013

My Man

Ayah ooo ayah.
along nak ucap selamat hari bapa kat ayah. Since family kita bukanlah dari kalangan mereka2 yg celebrate hari sebegini, so along segan nak ucap depan-depan kat ayah. hehe.
 Selamat Hari Bapa, Ayah! 

Along banyak bercakap tentang ibu dalam blog ni. Sebab along kan side ibu. Tapi ayah kena tahu- along sayang ayah. Everytime along teringat zaman-zaman kita susah dulu and ayah terpaksa tebalkan muka pinjam kereta kat orang, hati selalu sebak & bersyukur sangat kat Tuhan sebab anugerahkan ayah as ayah along.  semakin along membesar [dan menggemok] along sedar setiap manusia tidak sempurna. Ayah mungkin tidak sempurna, tapi ayahlah yang terbaik. 

along minta ampun banyak2 sbb banyak sebabkan ayah dapat dosa. setiap dosa yang along buat, seperti janji Allah, ayah akan dapat share. Along manusia lalai tapi along berjanji akan jadi manusia dan anak yang lebih baik dari hari ke hari. Ayah doakan along ye. Jangan berhenti doakan along. 

Along pun akan selalu doakan ayah. sebab along sayang ayah. 

Sunday, June 9, 2013

Harapan dari Tuhan

Seriously, long time no see! *selalu je see actually, update je tidak* Gile lama tak update. Running man pun dh kuar kat tv2. pe kena mengena? nth. aku pun tak jumpa link antara dua perkara tu. heh. abaikan. 

dah masuk bulan 6 dah. cepat yang amat masa berlalu. hujung bulan dah nak final. aku prepare ape pun tidak. nota tak buat. final exam question tak habis buat. faham pun belum sepenuhnya. kosong. kosonggg. *korg nyanyi kan? haha* aku tengah serabut ni weh. serabut gilernye serabut. actually tak la serabut mana. tak besar mana pun masalah aku. tak sebesar masalah najib tun razak or anwar ibrahim. agaknya aku memerlukan rehat la. cuti panjang. sheera ada ajak cuti kat PD. lepak-lepak. aku nak tapi tak berduit. hah. tu lagi satu masalah. 

now aku faham kenapa orang kata duit ni masalah dunia.
org boleh gila pasal duit. 
orang boleh gelap mata pasal duit. 

susah nak dapat wei! belajar la bape tahun pun, tak semestinya hidup blh senang kalo tak usaha keras. rezeki tu mmg Tuhan bagi, tapi kalo tak cari, takkan dapat. korg pun tahu kan? aku tahu tapi baru sedar.

jadi marilah terus berusaha. dan teruskan berdoa. kerana Tuhan itu ada.
dan Dia lah harapan kita.



tgk dh video ni? aku strongly suggest utk korg tgk. boleh nangis wo. aku patut cari suami yg berminda positif macam dia. nanti aku pun akan dibimbing jd lebih positive n dpt fikir out of box mcm dia kalo aku kurang berjaya bila usaha sendiri.


Talented people.



good music. absolutely awesome. 

Tuesday, May 21, 2013

Sheera & Ibu

Jumaat lepas lunch date nggan sheera. Sebelum jumpa hati berbunga riang sbb dh lama gila tak bersua muka n mengadu nasib masing-masing. 

But then- bila dah berjumpa macam tak de apa nak cite. Topik perbualan asyik-asyik pasal office, mahkamah, study & colleague.[see. betapa tak de life nye hidup aku] Adeh. Gambar pun tak de, mungkin sebab dua-dua bukan kaki cam whore [and telefon aku camera tak cun] Jadi dapat dirumuskan bahawa, utk menjadikan perbualan lebih rancak, dua-dua kena ada boyfriend, baru blh bnyk benda nak cerita. Tak boleh one side je. 

since, aku tak berapa agree dengan idea boyfriend bagai ni, jadi dua-dua kena nikah dulu, baru perbualan jadi hangat. heh. 

ibu naik ambulance lagi tadi. suspect batu karang n sampai 2,3 shot amik ubat tahan sakit kat Spital Tampin. Meletop lagi jantung aku. Even this time tak la teruk mana cuma sbb tekanan darah dia terlampau tinggi dats y doktor suruh naik ambulance, ibu still ibu weh. Mana ada 2,3. Dalam sakit-sakit tu ibu sempat lagi cakap kat aku- tak blh jadi ni, along kena kawen cepat. 

kawen lagi? [garu kepala] 

Wednesday, May 1, 2013

Buruh Pelupa.

Selamat hari buruh kepada semua buruh-buruh makan gaji seperti aku. Selamat bercuti [senyum] Kerja ade je tapi malas. lately cepat penat. badan letih-letih. keadaan yang memang boleh dijangka bagi manusia malas bersenam macam aku. Supplement tak makan. Kalo dibelah bdan ni, mungkin usia sume organ dalaman macam umur orang 70 tahun mungkin. Well. Tuhan takkan mengubah hambanya kalau sendiri tak berubah. Titik noktah disitu. huhu

Lepas dapat PC, kerja dah mula banyak. Tapi tak le bz mana cuma kesilapan mengatur masa watkan banyak keje tertangguh. Assignment, nk study utk test, baca fail- sume aku asyik tangguh. Nak basuh kete pun asyik tangguh. sampai ibu dh start kecik hati aku tak jaga kete dia. haih. syuhada, syuhada.. Redha Allah letak pd redha seorang mak, syuhada oiii.. 

Ibu. 


Aku takkan lupa tym dia rebah kat pusat dakwah last two weeks. Jantung aku rasa macam nak gugur bila bayangkan bila-bila masa Tuhan boleh ambil balik kepunyaan-Nya. Masa naik ambulance, aku rasa separuh nyawa aku melayang [bukan sebab takut ambulance tu laju gila] tapi bila tgk ibu pucat lesi gitu. Letih badan sehari suntuk kat Shah Alam lansung hilang sbb main focus mmg dekat ibu time tu. Syuhada si budak cengeng punya mata macam tiub air pecah. Air mata tak stop-stop. Berdoa panjang supaya semuanya selamat. 

Pastu bila ibu suruh basuh kete, asyik tangguh. Ceh! Melayu mudah lupa.

Aku merindui ramai orang. Tapi orang tak ingat kat aku pun. Cemburu juga tgk org ramai kawan-kawan yang selalu ada dgn diorang. Hang out together. G holiday bagai. Aku? Duk kat rumah. Tak de live. Haha. Salah aku juga tak suka bercampur. Malas nak keluar. Padan la muka.  

Dahla. Post tak best. Owh btw, selamat mengundi juga utk rakyat Malaysia. Solat Istikarah dulu sebelum mengundi. Moga pilihan kita betul bagi menjamin masa depan. InsyaAllah. 


tgk la video ni. aku jatuh chenta dek idea mamat ni. ohsem!