Wednesday, May 16, 2012

Teacher's Day

16 Mei. Hari Guru. Mengimbau jasa-jasa semua cikgu saya~

Cikgu pertama dalam hidup pastinya adalah ibu & ayah. Who can deny that? Sebodoh mana mak bapak, dia pasti menjadi cikgu pertama buat anak-anaknya. Mungkin bukan pendidikan secara formal- tapi nilai kehidupan yang akan dibawa oleh si anak sampai mati. Ini adalah pendidik-pendidik pertama saya




 

kalau tak de mereka, takkan ada ini:-


terima kasih takkan cukup. jasa mereka hanya Tuhan yang dapat membalasnya. aku mungkin hanya dapat memberi kegembiraan tapi takkan sama dengan jasa dan bakti mereka berikan buatku. Terima kasih untuk semua orang yang ada bersamaku saat aku berjuang untuk Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Hons) ini. Terima kasih :) 

Al-Fatihah buat arwah Cikgu Katijah; guru semasa saya darjah 1- baru sangat melihat kehidupan. teringat teacher dewi, cikgu zaharahni, cikgu hanafiah, cikgu wali, teacher zue, ustazah norliza.. juga cikgu-cikgu yang anti pada saya- cikgu jamaliah dan cikgu azra.. suka atau tidak, kalau tidak kerana mereka, aku takkan sampai ke sini. takkan mampu nak tulis blog sekarang ni. tu masa sekolah rendah. kat sekolah menengah, batch aku takkan lupa jasa dan bakti Cikgu Anisah Abdullah- yang memberi kitorang sinar dan perhatian. walau segarang manapun dia, sehitler mana pun- kitorg tahu dia sayangkan kitorang. mc yg orang kata- bila seseorang itu ikhlas, kita pasti akan dpt rasa.. ustazah anita, ustaz aimi, cikgu isa, ustaz nasir.. tu antara cikgu-cikgu yang aku masih ingat namanya- maaf cikgu, ingatan sy sgtlah lemah lately. mungkin saya lupa nama, tapi saya takkan lupa jasa cikgu pada saya

Terima Kasih Cikgu. Selamat Hari Guru Buat Kalian~ 

p/s: i'll update about graduation day, specially to thank those who always be there for me

No comments:

Post a Comment

senyum <3