Wednesday, February 26, 2014

Bukan Orang Suci

[tarik nafas panjang2] [lepas]

baru lepas baca satu kisah manusia. seorang kenalan. yang pernah jd kawan. kenapa pernah? sbb dia pernah sakitkan hati aku sampai bila saja aku teringat- luka boleh pedih balik. Trauma pun ada. Then teringat pulak kt sume manusia yg pernah mencalar balar kan hidup aku dulu. Kena buli, kena fitnah, kena tipu. Pengalaman hidup. Kalau tak de diorg, umur setakat angka- bukan kayu ukur kedewasaan. Ceeewah! Ayat broadway sungguh! Haha..  Tapi-- kenapa susah sangat aku nak maafkan? 

Maafkan tu dah rasanya. Tapi nak lupa tu susah bebenor nak dibuat. Kalau still ingat, maknanya aku tak ikhlas ke memaafkan? 

Allah SWT berfirman:
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. Yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik diwaktu lapang atau sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(QS. Al-Imran: 133-134).

 Ibnu Qudamah dalam Minhaju Qashidin menjelaskan bahawa makna memberi maaf di sini ialah sebenarnya engkau mempunyai hak, tetapi engkau melepaskannya, tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadanya. Quraish Shihab dalam Membumikan Al-Quran menjelaskan: Kata maaf berasal dari bahasa Al-Quran alafwu yang berarti "menghapus", iaitu yang memaafkan menghapus bekas-bekas luka di hatinya. Bukanlah memaafkan namanya, apabila masih ada tersisa bekas luka itu didalam hati, bila masih ada dendam yang membara. [sumber

[buka media player] [pasang kuat2 zikir taubat Munif Hijjaz] 

Itu apa org wat kat aku- yang aku wat kat orang mcm mana? Aduiii. Kalo mati esok, ke kejap lagi ke macam mana aku nak cari sume org utk minta ampun? Dosa dgn Allah bolehlah minta ampun tulus ikhlas dan harap Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani ampunkan dosa kita. Kalau manusia? Ayat apa nak guna untuk minta ampun sesama manusia? Macam mana aku nak g ketuk pintu Seri Perdana n jumpa Kak Mah minta ampun sebab aku banyak mengutuk dia? Allahurabbi.. 

Tu kalo lisan, yang dalam hati menghukum orang macam mana? Duk tempelak org- eh, kjp bertudung, kejap ko tanggal- kau ingat tudung tu mainan? Budget ahli syurga ke pe ko ni syu? Dulu masa baru masuk pre-law, aku mmg ahli aktif mesyuarat tingkap. Alasan- nak dpat ramai kawan. [Aku pernah baca somewhere- gossiping blh attract ramai kawan. But ye ke kawan namanya tu?] tp cam realized i'm not being myself, so pencen la jd ahli. Aku prefer kawan dalam dua tiga org then hidup dalam kelompok tu je. Cerita orang aku tak peduli, apa nak jadi ngan dunia pun aku tak kisah. Janji aku happy. Tapi dalam pada tak peduli, bila ada benda tak berkenan dek hati melintas dpn mata, aku kutuk juga dlm diam. cuma tak ckp ngan org. Dosa gak tu weiiii... 

Bos pernah tanya, yg dlm kubur kena gigit tu jasad ke ruh? Aku yg tgh drive diam sambil visually garu kepala. Kalo jasad, kita akan rasa sakit ke? Kalo tak sakit, nape pengurusan jenazah dimenstikan dgn cara paling lembut? Masa atok pergi aritu, time aku cium atok, ibu pesan cium lembut2. sbb sakitnya nyawa keluar dari badan ni tak terkata. Kita dihijabkan dari nampak darah yg terpercik saat nyawa tinggalkan badan. Mengecik mata aku bila membayangkan betapa ngerinya sakaratul maut. 

Tu baru sakaratul maut. Alam barzakh? Apa rupa mungkar nangkir masa dtg nak interview aku? sesak nye la hai dlm kubur. aku dah la ada claustrophobia, drive guna terowong SMART pun aku ngeri, nikan pulak la duduk dalam liang lahad sempit kecik gelap gitu. [sumpah. bulu rema aku meremang] 

Dari Uqbah bin Amir, dia berkata:
"Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Uqbah, bagaimana jika ku beritahukan kepadamu tentang akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama? Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu dan maafkanlah orang yang telah menzalimimu."
(HR.Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baghawy).
[sumber]

aku bukan ustazah. Ni hanya keluhan kecil seorang hamba sahaya yang nth mana letaknya di mata Tuhan


syair ni buat aku menyesal tido dlm kelas ustazah ummi. kalo aku faham bahasa arab dah tentunya aku blh kagumi bahasanya. translation pun dh syahdu, ni kan pula bahasa asalnya.

No comments:

Post a Comment

senyum <3