Tuesday, February 7, 2012

Bonda. Ibu. Mak. Juga Segalanya



13 Ogos 1987; pn.noorliza hj tajudin menjadi seorang ibu buat kali pertama buat anaknya bernama.. hehe.. ye, saya. siti syuhada bt hj mohd isa. Terima kasih Tuhan kerana menjadikan wanita ini sebagai ibuku, kekasihku, nyawaku.

ibu adalah bakal ahli syurga. saya pasti tentang itu.
mengapa?

kerana dia adalah anak yang solehah.
tidak melawan ckp wan & atok, tidak meninggi suara. biar dia akan meluahkan rasa dgn saya ataupun dgn ayah, tp tetap di depan ibu bapanya, dia adalah anak yg taat.

kerana dia menjaga maruah suaminya.


ibu menjaga tertib lakunya. ibu menjaga air muka ayah sebagai suami. dia mungkin bukan isteri yang sempurna; ayah juga bukan suami yang sempurna tapi mereka melengkapi antara satu sama lain. mereka membina sebuah rumah tangga sehingga saya sangat2 bangga menjadi anak mereka berdua. ibu menjaga batas pergaulannya. auratnya. tutur katanya. makan pakai ayah, segalanya ibu jaga. ibu adalah isteri yang cemerlang di mataku.

kerana ibu adalah muslimah yang unggul.
suara yang indah digunakan untuk membaca ayat2 suci al-Quran. dia menjadi pendidik; menyampaikan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah kepada ramai orang. Dia juga gigih menimba ilmu Al-Quran seperti yang dianjurkan oleh Islam. Dia menjaga aurat dengan sempurna. Solatnya tidak tinggal. Ibu wanita contoh yang saya sangat banggakan.

kerana dia dikasihi ramai orang
ibu menjadi tempat rujukan ramai orang.. sikap keterbukaannya membuatkan ramai orang senang berbual dgnnya.. sanak saudara amalah sahabat2 ku juga ada mengadu nasib dengannya.. dia memuliakan tetamunya.. tidak akan ada tetamu yang dtg yang tidak dijamu.. walaupun dia letih dan penat, dia akan pastikan tetamu nya senang berada di rumah kami.. biar lauk yang dihidangkan cukup sederhana, tapi dia akan pastikan mereka selesa.. dia kasihkan binatang.. takkan bergerak walau seincipun kaki ibu kalau binatang peliharaannya tidur di pangku nya.. dia ahli masyarakat yang disegani ramai..

dan kerana ibu adalah ibu terbaik buat anak-anaknya..
ibu adalah ibu impian. dia memahami anak2nya, dia mendampingi anak2nya seperti sahabat. menasihati juga bergurau senda seperti teman2 sepermainan.. air tangannya membuatkan anak2nya sihat membesar hingga kini.. dia segalanya buatku..

tapi tolong jangan menjemput dia menjadi ahli syurga mu dalam masa terdekat ini Tuhan.. izinkan saya membalas jasanya dahulu. hajat hati dgn gaji pertama setelah bergelar peguam; saya mahu menghadiahkannya sebetuk cincin emas.. buat ayah, saya mahu menghadiahkan telefon dengan duit elaun chambering yang akan dikuumpul kelak.. insyAllah.. saya mahu mereka senang dengan usaha saya.. saya mahu mereka bangga dengan saya.. saya mahu mereka bahagia atas usaha saya.. insyaAllah~

-lots of love: along syuhada-

No comments:

Post a Comment

senyum <3