Monday, February 6, 2012

Kisah Hati: Part II


menjawab soalan post sebelumnya: terlalu cinta ke aku pd dia?


aku terasa ingin bercakap tentang dia. ini adalah kali terakhir aku meluahkan rasa hati aku tentang dia kerana dia kini milik orang. aku tidak mahu bercerita ttg bagaimana aku jatuh hati pd dia, bagaimana sayangnya aku pada dia, bagaimana cintanya aku pd dia.. tapi aku mahu bercerita bagaimana aku mengadapi hakikat yang tidak mungkin ada masa depan antara dia DAN aku

bln 12, 2011-aku mengetahui ttg berita perkahwinannya melalui FB. bukan melalui event FB etc tp ada lagu kahwin di pagenya. hati aku kuat mengatakan dia akan menikah tahun dpn i.e. tahun ni.. bila? aku tak tahu. masa tu aku tgh teramat2 sibuk dgn final exam. [lihat betapa sayangnya Tuhan pada ku? Dia tak mahu aku terlalu melayan perasaan, jadi Dia takdirkan berita itu sampai ke pengetahuanku pada waktu itu..Tuhan tahu aku mampu lalui semua itu] berkahwin atau tidak masih lagi teka teki sbb sblm ni aku tak pernah dgr ttg berita pertunangan etc biarpun aku tahu hatinya tlh dimiliki..

aku mengetahui betul2 ttg pernikahannya bila ada event di FB semasa aku tgh wat research utk Legal Opinion Writing. jantung aku mcm berhenti sekejap tp since aku tak sempat nk melayan perkara2 sebegitu, aku abaikan dlu. aku tahan air mata. aku tahan sebak hati. aku ada perkara yang lebih penting dari melayan cinta bertepuk sebelah tangan ni.

sebaik sahaja aku submit assignment opinion writing, usai solat maghrib aku tertuduk di sejadah mengadu nasib pada Allah s.w.t kerana semua ini adalah dengan izin-Nya. sakit tapi aku percaya bahawa ini adalah ujian-Nya. tersedu2 menangis kerana hati aku hancur berkecai. tak de perkataan utk aku gambarkan perasaan aku masa tu.

tapi- takkan ada satu pun niat utk mendoakan perkahwinan yang bakal dia bina hancur. seikhlas hati, aku mendoakan dia bahagia dunia akhirat, dikurniakan zuriat2 yang soleh & solehah, di rahmati Allah sampai ke syurga. jangan ada sedikitpun kecacatan dlm rumah tangganya. niat aku menulis doa ku bukan untuk menunjukkan dri ini mulia atau cinta ini hebat- tapi untuk kalian tahu yang cinta aku bukan untuk memiliki. biar ada mimpi untuk meneruskan hidup bersamanya, tapi jika tidak ada dalam tulisan takdir, aku harus redha.

kalau kalian berfikir aku terus menjeruk rasa melayan perasaan, itu salah kerana besoknya, aku bangun dan mulakan hari baru seperti tiada apa2 terjadi. i'll turn 25 this year. i'm not a kid anymore. there is nothing to cry about since i know Allah is always with me. I have to be strong. He is not mine. Neither in past, present nor future.. there is nothing to let go even.

lama aku berfikir ttg hikmah semua ini, akhirnya aku ketemu jawapan mengapa semua ini terjadi. aku jatuh hati pada lelaki itu pd tahun 2002; saat aku mula hendak belajar utk PMR dan cinta aku terkubur pada hari2 terakhir aku bergelar seorang pelajar. aku melihat apa yang Allah aturkan ini adalah kerana Dia tidak mahu hatiku rosak. Dia tak mahu aku rosak kerana aku adalah antara spesis manusia yang akan menghambakan diri demi cinta. aku sedar itu. aku tak pernah menyesal dgn apa yang telah terjadi, malah aku bersyukur kerana Tuhan memperlihatkan dia sebentar dlm hidupku, mengajar aku erti menyayangi tanpa syarat, mencintai tanpa meminta apa-apa..

buat kamu; semoga segala kebahagiaan dunia menjadi milikmu.. insyaAllah

No comments:

Post a Comment

senyum <3